Skip to main content

~ Semuanya ibadah ~

Kebelakangan ini, mama sedikit dihimpit oleh kesibukan kerja dan menguruskan anakanda yang sorang ini. Maklumlah, kami tinggal berdua. Jadi, mama kenalah pandai2 uruskan masa. Baba tersayang tak ada di sisi untuk membantu. Kalau tak, dialah orang paling kalut nak mandi dan tidurkan Danial. Lepas entertain anak, mamanya pula. Biasalah sekali sekala nak bermanja dengan suami.

Rutin harian mama dengan Danial sama je setiap hari, bangun pukul 5 pagi untuk pumping (si kecik pun sibuklah nak bangun sekali, temankan mamanya pumping), siapkan beg Danial, masak barli, mandi, solat dan pukul 7 mesti dah dalam kereta. Sampai sekolah termengah-mengah sebab pukul 7.45 dah ada kelas. Tapi ape pun terjadi, sebelum masuk kelas, mama mesti minum milo ngan biskut jacob dulu. Nak bekalkan tenaga untuk mengajar. 

Pukul 10.15 pagi, masa budak rehat, mama akan cari pot untuk pumping. Kalau tak di pra sekolah, kat bilik kesihatan pun jadilah. Walau apa pun terjadi, pumping adalah wajib. Nanti boleh la tumpang letak di rumah baby sitter. Balik sekolah, amik Danial. Mama biasa balik pukul 2.30, setelkan dulu mana yang patut. Tak de kerja sekolah di rumah ok. kat rumah nak main-main dengan Danial saja. 

Danial memang budak yang baik. Tahu mama dia penat, jadi bila balik sekolah, dia akan tidur sampai petang. Mama pun akan join skali. Penat tak terkata. Tak pun, masa tu lah mama akan setelkan mana yang patut. Jemur kain, basuh pinggan tak pun gosok baju. 

Bila petang tiba, Danial sangat suka bila mama dukung dia sambil duduk kat atas buaian. Dia cukup syok la kalau gitu. Sampai terlena. Maghrib, kami masuk awal sebab takut nyamuk ikut kami. Biasalah, kawasan kampung, nyamuk pun besau2. 

Penat seharian berkejar ke sana sini. Tapi masih bersyukur kerana mama punya pekerjaan. Di luar sana, masih ramai yang sedang tercari-cari pekerjaan yang sesuai untuk diri mereka. Tak pun mungkin mereka akan berkata.. "berilah apa saja pekerjaan yang boleh menanggung keluargaku.." . Memang kita patut banyak bersyukur.

Macam mana nak hilangkan rasa penat ye?
Anggaplah apa yang kita buat sebagai ibadah kita kepada Allah. 
Jariah kita kepada sesama manusia. 
Mengajar dan mendidik dengan harapan supaya anak murid kita berjaya dunia akhirat.
Ikhlaskan diri dalam apa jua tindakan kita. Buatlah kerana Allah, insya Allah berjaya.
 ^ kamu berdualah kekuatan mama.. ^

 ^ mama dan danial ^


Comments

  1. Ya Allah mudahkanlah urusan Naziffa dan baitul muslimnya..berkatilah mereka..mudahkan urusan penukaran..semoga ade rezeki danial dekat dengan babanya ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

bila?

Danial sayang, bila kamu mahu mula berjalan? saya sendiri tidak tahu mama, Bulan depan kamu dah nak dapat adik, seronok tak? Seronok mama. Jadi bila kamu nak mula berjalan? Mama dan baba sangat tertunggu-tunggu. Kalau boleh, sekarang juga Danial nak berjalan, macam orang lain. Begitulah kononnya dialog mama dan Danial.  Mama dan baba sangat ingin melihat kamu berjalan, kamu pula suka merangkak saja. Mulanya risau juga, adakah anak mama ok? Siap bawa jumpa doktor lagi, mana taknya Ali Ilhamy, Irdina, Tasneem dan kawan seangkatan Danial sudah lama menjejak langkah... Tapi rupanya setiap yang Allah buat tu semuanya terbaik kan? Danial masih ingin memberi peluang kepada mama dan baba untuk mendukung mu sayang. Bila dah dapat kaki nanti, tak terkejar la pulak. Mama sebenarnya teringin sekali pergi ke masjid kita, sudah lama rasanya tidak melangkah ke sana,  rindu yang teramat mencengkam diri ini, mendengar kuliah bersama-sama baba. Tapi,...

Zahra : 7 bulan

Salam wbt..  Sudah lama mama menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang tak sudah-sudah hinggakan tak sempat nak update tentang diri dan anak-anak. WAN DAMIA AZZAHRA Alhamdulillah, Zahra sudah masuk 7 bulan sudah mula makan macam-macam.. buat masa sekarang, Zahra banyak makan makanan yang dibekalkan oleh cikgu PENGASUH yang sangat baik hati.. nak mengharapkan mama, lambatlah sikit sayang.. Rambut pun dah makin panjang..  Kalau pergi mana-mana, ada saja yang bekenan dengan rambut Zahra, katanya macam topi keledar, siap tanya apa petua mama buat sampai rambut lebat cam gini.. Tak ada apa pun nak dipetuakan.. memang dari lahir lagi rambut Zahra sedia lebat.. Zahra boleh meniarap sekitar umur 5 bulan 11 hari.. Bagus sayang, mama suka dengan perkembangan kamu.. Kamu anak yang sihat. Zahra anak yang sangat mudah dijaga.. mama bersyukur sangat.. Zahra macam faham jer mama ni keje jauh.. Pagi-pagi tak merengek pun, bila mama siap susukan sekitar pukul 6 ...