Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2012

Alhamdulillah, Allahuakhbar!

Alhamdulillah.. Rezeki sememangnya datang dari Allah, Dia lah Maha Kaya, Maha Pemberi, Maha Pendengar Setelah 5 tahun merintih dan merayu, Dia memberikan saya tempat di Jitra tepat pada masanya... Alhamdulillah, syukur pada-Mu.. terlenyaplah segala duku, terhapuslah segala air mata. Moga Allah permudahkan segala urusan.. Moga Allah permudahkan langkah perjalanan hidup kami sekeluarga ke syurga Nya.  

Confinement : Day 20

Alhamdulillah, hari ini genap 20 hari Damia dilahirkan. Mama sangat bersyukur kerana Damia membesar dengan jayanya dan Allah mengizinkan mama untuk menyusukan Damia sepenuhnya. Susu pun sangatlah meriah dan peti sejuk beku kita sudahlah penuh dengan hasil perahan. Sekarang sebenarnya bukanlah masa yang sesuai untuk mengumpul stok. Tapi hasil tersebutlah mama perah setelah baju mama basah dan berasa tidak selesa serta bengkak susu. Moga Allah terus mengizinkan mama untuk menyusukan Damia hingga 2 tahun.. Amin. hasil pertama.. moga Allah mudahkan jalan kita... dahi yang masih lebam.. NICU...

Manja Anak Mama

Alhamdulillah, hari ini hari yang ke 15 - Damia Azzahra 15 hari jugak la Danial jadi abang Danial masih manja-manja macam dulu bila baba kacau-kacau Danial sikit, Danial nangis dan datang mengadu kat mama. Sungguhlah comel. Danial masih boleh manja-manja macam dulu, tidak ada apa yang berubah, mama tetap sayang Danial sama macam sebelum adik ada, tapi sekarang sayang mama dan baba makin bertambah.  Malam-malam, Danial nak tidur dalam pelukan mama. Jadi, bila adik tidur, mama akan main dengan Danial, peluk cium. Melepaskan rindu sebab seharian tak tengok Danial. Moga Danial dan Damia jadi anak yang soleh solehah.

Confinement : Day 14

Alhamdulillah.. mama berasa lebih sihat kini. Berpantang di rumah sendiri tentunya memberikan kelainan. Kali ini, mama dan baba membuat pilihan untuk tinggal di Jitra dahulu selama sebulan sebelum balik berpantang di kampung. Banyak rasionalnya : Supaya baba dan mama dapat sama-sama menjaga Zahra. Baba tak boleh nak berpisah dengan kita lama-lama, rindu katanya. Danial dapat dijaga oleh baba pada waktu malam. Kat kampung, nenek dan atuk perlu bekerja disiang hari, kesian pulak kalau kena berjaga malam untuk membuatkan susu Danial. Mama dapat berurut di sini. Kat kampung susah nak cari tukang urut. Ini berdasarkan pengalaman semasa bersalin Danial. Paling penting, baba dapat jaga mama. Makan Bab makan sebenarnya tak ada masalah sebab mama memang suka menu berpantang. Contohnya sup ikan haruan. Ada setengah orang tak lalu nak makan, tapi mama berselera je. Siap tambah nasi. Ada orang kata, makan nasi masa pantang tak boleh tambah, jadi mama pun letak nasi banyak siap-

Confinement : Day 13

Hari yang sangat indah. Pagi-pagi lagi Danial bangun mengejutkan mama dan Zahra. Danial tidur dengan baba, mama pula tidur dengan Zahra memandangkan Danial sering terjaga ditengah malam dan menangis ingin bermanja bila tengok mama ada kat sebelah, bila mama tak ada, Danial ok jer, boleh pulak terus sambung tidur tanpa nangis-nangis, macam tu lah anak dan ibunya, tak leh nak dipisahkan. Zahra semalam sangat solehah.  Bila mama baru nak letak kepala, nak lelapkan mata sekejap sebab tau Zahra suka bangun tahajjud, Zahra mula merengek manja, rupanya lapar susu. Sian anak mama. Tengok Zahra celik mata, rasa kesian plak nak biarkan,bangkitlah mama bermain-main dengan si bunga kecil ni. Maghrib Baba ke masjid, mama suruh, sebab kesian baba kena solat sorang-sorang kat rumah. Mama tahu baba sendiri tak suka solat sorang-sorang, tapi baba takut mama tak leh nak kontrol Along Danial dan baby Damia. Insya Allah, dua-dua kan anak yang baik. Abang tak kacau adik pun, cuma abang s

Confinement : Day 12

Alhamdulillah, hari ini hari yang ke 12 mama berpantang selepas melahirkan Zahra. Damia ke Zahra? Dua-dua mama suka panggil, Zahra - Bunga Damia - keberkatan BUNGA YANG DIBERKATI moga Damia Az Zahra jadi muslimah yang solehah... sayang anak-anak mama

Kelahiran Yang Di nanti

Nama : Wan Damia Az Zahra binti Wan Mohd Yusoff Tarikh lahir : 26 April 2012 Masa : 11.42 p.m Tempat lahir : Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah