alhamdulillah minggu lepas, kita sekeluarga sempat bercuti di Cameron Highland.. Inilah kali kedua mama dan baba ke sana. Sebelum ni kami pergi berdua sahaja, kini kami datang bertiga. Kedatangan kali ini bertujuan untuk mengimbau kenangan manis mama dan baba, dan melaksanakan agenda percutian keluarga yang tertangguh. Sepatutnya kita ke sana minggu cuti sekolah, tapi disebabkan belum diizinkan Allah, minggu lepas baru kita berkesempatan. Perjalanan dimulakan pada pukul 4.45 pagi. Memang awal, mamalah yang paling bersemangat bangun awal, mengejutkan baba dan Danial. Kesejukan air bukit di Kuala Pegang mennyegarkan kami. Dari bertolak hinggalah sampai ke Hentian Sungai Perak, mama dan Danial ketiduran. Kesian baba memandu keseorangan. Kami tiba di Simpang Pulai lebih kurang pukul 8.30 pagi, baba memang tak drive laju sangat. Saja nak menikmati keindahan alam yang masih menyegarkan, bebas daripada asap kenderaan. Perjalanan waktu pagi yang sungguh indah.. Baba, mam...
ifa try basahkan kepale danial hingga kulit kepale dan badan die setiap kali tukar pampes..insyaAllah cepat kebah dan tak panas lagi..
ReplyDeletedok wat gtulah semalam, kalau boleh nak elakkan pergi klinik.Alhamdulillah, dah kebah sikit.
ReplyDelete