Skip to main content

~ Kekasih sudah mahu pergi ~

Pejam celik, pejam celik, hari ini sudah pun 25 Ramadhan, kekasih hati Ramadhan sudah mahu meninggalkan kita semua. Mama sangat sedih. Pelbagai persoalan membelenggu fikiran.
Apakah amalan-amalanku yang sedikit ini diterima?
Apakah solat dan doaku didengarinya?
rasa mahu menangis sahaja, bimbing segala yang dibuat tidak diterima disisi, tetapi diibaratkan seperti debu-debu beterbangan, nauzubillah. Celakakah jika seseorang yang keluar daripada madrasah Ramadhan tanpa mendapat keampunan daripada Allah. Masih ada lagikah peluang buat kita pada tahun hadapan?
Itu semua belum tentu, entah esok atau lusa kita dijemputnya,
Sayang, walaupun Ramadhan kali ini mama tidak ke masjid untuk berterawih, moga amalan-amalan yang sedikit yang sempat mama lakukan diterima ALLAH.
Sungguh takut jika memikirkan, andainya ALLAH takdirkan mama pergi sebelum menjelangnya Ramadhan tahun hadapan, apakah bekalan yang mama mahu bawa?
Di saat Ramadhan mula melabuhkan tirai, kita semua kalut dengan persiapan hari raya,
baju-baju, balik kampung dan kuih muih yang banyak tidak terkira,
sedangkan dihujung inilah ALLAh mahu menguji hamba Nya yang benar-benar bertakwa,
tidak dilekakan dengan hari raya..

MOGA ALLAH AMPUNKAN DOSA-DOSA MAMA, BABA DAN SEMUA UMMAT ISLAM APABILA MENJELANGNYA SYAWAL

http://mysweetmotherhood.blogspot.com ; Syurga itu terlalu mahal harganya..

Comments

Popular posts from this blog

♡ oh my danial!! ♡

Pagi-pagi lagi, lepas tuang sebakul mainan yang mama baru kemas, Abang Danial mengalunkan iqamat dan terus solat sambil duduk dengan bacaan versi 2 tahun 10 bulan.. Main lego.. lego tu beli masa Danial umur 8 bulan lagi.. skang nak cari yg macam tu payah nak jumpa. Tengok kat cmart minggu lepas ada la, tapi harinya sekali ganda.. kn tunggu mama kumpul duit dulu la...  Sebakul bola-bola kecil ditaburkan sekitar ruang tamu.. bersabarlah wahai hati..

HOMESCHOOL: Masak

Danial anak yang sangat rajin.. Terima kasih kerana sudi  kemaskan peti sejuk potongkan sawi kemaskan periuk belanga mama kutip pinggan mangkuk yang dah basuh dan letak dalam sink (termasuklah handphone mama dan kopiah baba) semua Danial letak dalam sink. Lipatkan kain-kain yang mama dah lipat.. Syukran sayang, i love u so much oK, sekarang saya nak kemaskan ruang tamu.. mama nak tolong tak? Mama, jom kita masak! Danial nak buat sup sayur.. Mesti sodap.. Pandai sungguh, siang sayur pakai pen.. DANIAL MEMANG PANDAI!

Sanah Helwah Damia Azzahra

Today, my little hunny bunny; Damia Azzahra is two years old... Sungguh, sekejap je rasanya masa dua tahun itu berlalu. Dan saya berasa sangat kagum dengan kuasa Allah bila melihatkan dia.  Betapa besar pergantungan saya kepada Allah saat Damia dilahirkan pada minggu ke 34 dalam kandungan. Sebulan lebih awal daripada jangkaan. Sama seperti abangnya Danial. Jika ikutkan perkembangan dia dari kecil. Damia agak ketinggalan daripada segi perkembangan fizikal. Bayangkan, anak orang lain 9 bulan dah bertatih, dia baru nak mula merangkak. Masa tu kebetulan ada anak kawan yang sebaya dengan dia, jadi adalah yang membuat perbandingan. Dalam hati saya, sabo je lah. Saya memang dah tanamkan dalam minda;   perkembangan anak memang berbeza beza. Jadi, jangan banding bandingkan. Masuk setahun 5 bulan barulah Damia betul betul boleh jalan. Tapi hikmah yang terbesar yang saya dapat lihat ialah dia lebih cepat bercakap.  Setahun 10 bulan, dia sudah lancar surah al fatihah. Dan saya rekod