Skip to main content

~ kaedah asuhan ~

Menjadi tanggungjawab mama dan baba memberikan pendidikan yang sempurna buatmu anak. Mama dan baba sebenarnya masih dalam proses belajar, tentu sahaja banyak kurang. Baba dan mama sentiasa berharap untuk memberikan bekalan yang terbaik buat kamu supaya kamu dapat mengharungi dunia yang penuh dengan dugaan iman pada masa hadapan. Mama mengambil ibrah daripada banyak kes yang telah berlaku di sekolah mama mengajar. Di mana ramai anak yang kurang mendapat kasih sayang, didikan dan tumpuan sehinggakan pada zaman sekolah rendah lagi sudah terlibat dengan perkara yang tidak sepatutnya.

Kes 1: Selalu ponteng sekolah
  • mempunyai masalah keluarga, ayah dan ibu bercerai
  • emak bekerja shif di kilang, sibuk bekerja mencari nafkah
Kes 2 : Tidak hadir kelas tambahan
  • ibu meninggalkannya dan 4 orang adik pada datuk dan nenek yang sudah tua
  • anak tidak sah taraf
  • sangat miskin - miskin tegar
  • punya adik berusia setahun lebih ; minum susu pekat manis kerana tidak mampu membeli susu tepung
Kes 3 : Menonton video yang tidak sepatutnya
  • cd dibeli oleh ayah dan ibu sendiri
  • menonton dirumah, ketika ayah dan ibu tiada
  • menyebarkan apa yang ditonton kepada rakan-rakan.
Ya Allah, rosaknya akhlak anak-anak kerana masalah ibu bapa yang tidak bertanggungjawab. Mama berasa sangat sedih dan kasihan melihat nasib anak-anak ini. Mereka tidak bersalah. Apa yang mereka tahu? mereka seperti kamu, mahukan kasih sayang dan tumpuan daripada ibu bapa. Mama sempat menjengah ke beberapa blog dalam usaha menuntut ilmu keibubapaan. Antaranya ialah http://www.ypkdt.org. yang membincangkan kaedah asuhan anak dalam islam. Antara tanggungjawab ialah ;

1. Memahami Psikologi Kanak-Kanak.
Firman Allah S.W.T. dalam surah An-Nahl ayat 78 :
  • Maksudnya : “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur”.
FirmanNya lagi dalam surah Ar-Rum ayat 54 :
  • Maksudnya : “Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan Dialah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa”.
2. Mendodoikan Anak Dengan Kalimah Thoyyibah.
Kata-kata yang menimbulkan kecintaan kepada Allah S.W.T. dan Rasul serta Akhlak yang mulia
  • Didodoikan dengan kalimah Syahadah.
  • Didodoikan dengan Selawat kepada Rasulullah s.a.w.
  • Didodoikan dengan nama-nama Allah S.W.T. yang baik-baik
Firman Allah Taal dalam surah Ibrahim ayat 24-26 :
  • Maksudnya : “Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu utk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). Dan bandingan kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi, tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup. Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri) dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya”.
3. Cerita-Cerita Tauladan, Sirah dan Sejarah.
Anak-anak hendaklah sentiasa diperdengarkan dengan cerita-cerita dan kisah-kisah tauladan seperti kisah para Nabi, Sahabat-sahabat, Ulamak-ulamak, Masyitah, Qais Al-Qarni, Tha’labah, Alqamah, Barshishah dan lain-lain.
4. Doa.
Ibubapa hendaklah sentiasa mengamalkan doa-doa seperti doa harian dan mendidik anak-anak supaya membaca doa-doa tersebut. Antaranya ialah :
  • Maksudnya : “Ya Allah wahai tuhan kami, tunjukkanlah kami akan kebenaran dan mudahkanlah kami mengikutinya dan tunjukkanlan juga kami akan kebatilan dan mudahkanlah kami untuk menjauhinya pula”.
5. Mengamalkan Membaca Al-Quran.
Ibubapa hendaklah sentiasa mengamalkan mambaca Al-Quran terutamanya surah Al-Ikhlas, Al-Mi’wazatain, Al-Kauthar dan lain-lain serperti :
Surah Toha ayat 1-8 :
  • Maksudnya : “Taa Haa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Dialah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada dibumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi. Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi”.
Surah Al-Israk ayat 82 :
  • Maksudnya : “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua”.
6. Kewajipan Bersama Ibu Dan Bapa
Tugas asuhan anak-anak adalah menjadi tanggungjawab ibubapa sepanjang masa dalam memastikan bimbingan dan asuhan menurut Islam.
Firman Allah Taala dalam surah Al-Maidah ayat 2:
  • Maksudnya : “Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan”.
7. Tidak Menyerahkan Sepenuhnya Pengasuhan Anak Kepada Pembantu.
Rasulullah s.a.w. bersabda :
  • Maksudnya : “Sesungguhnya Allah S.W.T. aka bertanya setiap orang yang diamanahkan dengan sesuatu tanggungjawab terhadap tanggungannya sama ada ia menjaganya atau mengabaikannya sehinggakan seorang suami dan bapa akan ditanya tentang ahli keluarga yang berada di bawah tanggungjawabnya”.

moga Danial jadi hamba Allah yang taat, muslim yang hebat, anak yang soleh..

Comments

  1. teruna hebat yang diredhoi Allah dan Rasul semakin hensem...rupe cerdik dah terserlah dah..mudah2an makbul doa mama utk danial..

    5 bintang utk entry ni..boleh share utk diperpanjangkan saham jariah bersama insyaAllah!

    moge kite same2 dapat sahut seruan Allah dan Rasulullah ya mama..jihad utk anak2 hebat! ;)

    ReplyDelete
  2. sangat suka dengan entry ini :) moga dapat manfaat bersama...

    ReplyDelete
  3. syukran,moga kita berjaya mendidik amanah Allah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

~ cameronian ~

alhamdulillah minggu lepas, kita sekeluarga sempat bercuti di Cameron Highland.. Inilah kali kedua mama dan baba ke sana. Sebelum ni kami pergi berdua sahaja, kini kami datang bertiga. Kedatangan kali ini bertujuan untuk mengimbau kenangan manis mama dan baba, dan melaksanakan agenda percutian keluarga yang tertangguh. Sepatutnya kita ke sana minggu cuti sekolah, tapi disebabkan belum diizinkan Allah, minggu lepas baru kita berkesempatan.  Perjalanan dimulakan pada pukul 4.45 pagi. Memang awal, mamalah yang paling bersemangat bangun awal, mengejutkan baba dan Danial. Kesejukan air bukit di Kuala Pegang mennyegarkan kami. Dari bertolak hinggalah sampai ke Hentian Sungai Perak, mama dan Danial ketiduran. Kesian baba memandu keseorangan. Kami tiba di Simpang Pulai lebih kurang pukul 8.30 pagi, baba memang tak drive laju sangat. Saja nak menikmati keindahan alam yang masih menyegarkan, bebas daripada asap kenderaan.  Perjalanan waktu pagi yang sungguh indah..  Baba, mam...

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

~ Cuti-cuti Indah ~

Percutian kali ini sungguh indah, seronok dan relax buat mama. SEronoknya dapat bermain-main dengan Danial, melayan benda-benda baru yang Danial baru belajar dan sangat teruja tunjukkan pada mama. Banyak sangat perkembangan Danial yang mama dapat lihat sepanjang cuti sekolah ni.. Seronok, rupa-rupanya anak mama sangat pandai. Doa mama buat Danial. Perkembangan setahun Mama masih belum puas bercerita tentang kamu sayang. Rasanya terlalu banyak nak coretkan. Danial menunjukkan perkembangan psikomotor yang sangat memberangsangkan. Walaupun masih belum boleh berjalan, Danial merangkak tersangatlah laju. Danial juga kuat memanjat. Pantang nampak tangga dan grill  mesti nak panjat. Ada yang geleng  kepala melihat aksi Danial. Alhamdulillh Bila Danial berdiri, sudah jarang sekali jatuh-jatuh. Moga Danial cepat-cepat boleh berjalan kerana perut mama pun semakin besar, Danial pun sudah 10 kg,... mengah juga mama dan mendukung kamu sayang.  Mana tak 10kgnya, Danial kuat ...