Skip to main content

~ Semarakkan Ramadhan ~

Alhamdulillah, Khamis lalu baba, mama dan Danial diberi kesempatan oleh Allah untuk berbuka puasa di Masjid Muttaqin. Kami sungguh seronok. Kehadiran kami disambut dengan tangan terbuka oleh qariah masjid tersebut. Hidangan yang disediakan bagi kami sungguh menyelerakan iaitu udang masak merah, gulai ikan dan ikan goreng. Wah, sungguh meriah majlis berbuka puasa di sini. Meriah bukan kerana menu, tetapi orang ramai berebut-rebut pahala berjemaah pada waktu maghrib.

Sebenarnya memang menjadi kelaziman kami sejak Danial berada di alam rahim lagi gemar berbuka puasa di masjid. Alasan kami sungguh mudah, dapat mendidik jiwa bersyukur dengan apa yang ada. Kami akan makan apa sahaja makanan yang disediakan, tepat pada masa untuk solat maghrib, semua akan berhenti makan dan berwuduk. Makan pula berpada-pada sahaja. 



Puasa adalah masanya untuk mendidik perut. Makan secara besederhana agar tidak menyusahkan diri untuk beribadah. Saya sendiri pernah juga terikutkan keinginan makan yang sedikit berlebihan daripada biasa, akibatnya akan dapat dilihat pada waktu kita hendak bersolat terawih. Kualiti tentu kurang. Kita akan berasa tidak selesa, maklumlah perut sendat dengan makanan dan minuman, ruang untuk bernafas pun tersekat-sekat. 

Hari ini adalah hari ke tujuh kita berpuasa. Sebelum terlambat, baiklah kita review kualiti puasa yang kita persembahkan kepada Allah. Berapa markah yang kita berikan kepada diri kita? Moga puasa kita ilah puasa yang diterima oleh ALLAH hendaknya. 


Comments

  1. hebatnya danial sebulan dah berpuase..berbuke dan berterawih dalam perut mama..semoga terus hebat wahai anak!

    zyfa nak alamat: bagi kt email..insyaAllah ade ole2 utk zyfa dlm tarbiyyah danial..

    attuffahumairah@gmail.com

    ReplyDelete
  2. syukran.. ni email saya; naziffa_mn@yahoo.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

bila?

Danial sayang, bila kamu mahu mula berjalan? saya sendiri tidak tahu mama, Bulan depan kamu dah nak dapat adik, seronok tak? Seronok mama. Jadi bila kamu nak mula berjalan? Mama dan baba sangat tertunggu-tunggu. Kalau boleh, sekarang juga Danial nak berjalan, macam orang lain. Begitulah kononnya dialog mama dan Danial.  Mama dan baba sangat ingin melihat kamu berjalan, kamu pula suka merangkak saja. Mulanya risau juga, adakah anak mama ok? Siap bawa jumpa doktor lagi, mana taknya Ali Ilhamy, Irdina, Tasneem dan kawan seangkatan Danial sudah lama menjejak langkah... Tapi rupanya setiap yang Allah buat tu semuanya terbaik kan? Danial masih ingin memberi peluang kepada mama dan baba untuk mendukung mu sayang. Bila dah dapat kaki nanti, tak terkejar la pulak. Mama sebenarnya teringin sekali pergi ke masjid kita, sudah lama rasanya tidak melangkah ke sana,  rindu yang teramat mencengkam diri ini, mendengar kuliah bersama-sama baba. Tapi,...

Zahra : 7 bulan

Salam wbt..  Sudah lama mama menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang tak sudah-sudah hinggakan tak sempat nak update tentang diri dan anak-anak. WAN DAMIA AZZAHRA Alhamdulillah, Zahra sudah masuk 7 bulan sudah mula makan macam-macam.. buat masa sekarang, Zahra banyak makan makanan yang dibekalkan oleh cikgu PENGASUH yang sangat baik hati.. nak mengharapkan mama, lambatlah sikit sayang.. Rambut pun dah makin panjang..  Kalau pergi mana-mana, ada saja yang bekenan dengan rambut Zahra, katanya macam topi keledar, siap tanya apa petua mama buat sampai rambut lebat cam gini.. Tak ada apa pun nak dipetuakan.. memang dari lahir lagi rambut Zahra sedia lebat.. Zahra boleh meniarap sekitar umur 5 bulan 11 hari.. Bagus sayang, mama suka dengan perkembangan kamu.. Kamu anak yang sihat. Zahra anak yang sangat mudah dijaga.. mama bersyukur sangat.. Zahra macam faham jer mama ni keje jauh.. Pagi-pagi tak merengek pun, bila mama siap susukan sekitar pukul 6 ...