Skip to main content

1 Ramadhan

Alhamdulillah, 1 Ramadhan telah berjaya kita harungi bersama-sama. Berjayakah kita di hari yang pertama? Mama sebenarnya telah ditakdirkan Allah tidak berpuasa, kata babah, cuti umum, jadi kehangatan malam pertama Ramadhan kurang dirasai oleh mama. Akibatnya, Danial juga turut sama tidak berterawih pada malam tersebut. Malam 1 Ramadhan kita raikan di rumah Tok Ma di Selising. Petang sebelum 1 Ramadhan, Danial aiarak ke sana ke mari oleh kakak-kakak dan abang sepupu yang sungguh berminat dengan Danial. Ini kerana, kakak Nadirah, Najwa dan Nabila belum ditakdirlah Allah punya adik lelaki, lalu bila bertemu dengan Danial, mereka akan berebut-rebut hendak mendukung Danial. Bagi keluarga Mama Da, mereka semestinya telah lama menunggun kehadiran si kecil, namun, belum ada rezeki. Dan Insya Allah, bulan Oktober ini, Mama Da dan suaminya akan ke tanah suci. 

Malam 1 Ramadhan yang meriah!
Malam 1 Ramadhan di kampung kelahiran babah ini sangat meriah, kebektulan malam tersebut ayah Chik turut sama berterawih di surau berhampiran rumah Tok Ma, tambahlah legi kemeriahannya. 

Pagi 1 Ramadhan: Dugaan buat mama!
Pabila mama dan baba bangun untuk bersahur, Danial juga turut sama bangun. Danial bersahur dengan susu mama dengan izin Allah. 1 Ramadhan memeberikan banyak dugaaan buat mama. Danial sungguh kuat menyusu. Lebih dariapada kebiasaan, mama pula kehilangan seluruh tenaga kerana kita turut bermusafir untuk pulang ke Kedah. Pada mulanya, mama bertekad tidak mahu tidur, ingin menemani baba memandu. Namun, apakan daya, sampai di Grik, mama dah entah ke mana-mana bermimpi di siang hari. Kita tiba di Baling lebih kurang pukul 5.00 petang, agak awal berbanding kebiasaannya pukul 7.00 malam. Mama memang tidak sempat memasak apa pun, baba belikan ayam panggang. Satu jenis lauk sudah cukup, usahlah berlebih-lebihan dengan pelbagai jenis hidangan yang belum tentu habis. Danial pula ketiduran tanpa sempat menunggu azan maghrib 2 Ramadhan. Keletihan sungguh anak mama.
 

 

Comments

Popular posts from this blog

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

bila?

Danial sayang, bila kamu mahu mula berjalan? saya sendiri tidak tahu mama, Bulan depan kamu dah nak dapat adik, seronok tak? Seronok mama. Jadi bila kamu nak mula berjalan? Mama dan baba sangat tertunggu-tunggu. Kalau boleh, sekarang juga Danial nak berjalan, macam orang lain. Begitulah kononnya dialog mama dan Danial.  Mama dan baba sangat ingin melihat kamu berjalan, kamu pula suka merangkak saja. Mulanya risau juga, adakah anak mama ok? Siap bawa jumpa doktor lagi, mana taknya Ali Ilhamy, Irdina, Tasneem dan kawan seangkatan Danial sudah lama menjejak langkah... Tapi rupanya setiap yang Allah buat tu semuanya terbaik kan? Danial masih ingin memberi peluang kepada mama dan baba untuk mendukung mu sayang. Bila dah dapat kaki nanti, tak terkejar la pulak. Mama sebenarnya teringin sekali pergi ke masjid kita, sudah lama rasanya tidak melangkah ke sana,  rindu yang teramat mencengkam diri ini, mendengar kuliah bersama-sama baba. Tapi,...

Zahra : 7 bulan

Salam wbt..  Sudah lama mama menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang tak sudah-sudah hinggakan tak sempat nak update tentang diri dan anak-anak. WAN DAMIA AZZAHRA Alhamdulillah, Zahra sudah masuk 7 bulan sudah mula makan macam-macam.. buat masa sekarang, Zahra banyak makan makanan yang dibekalkan oleh cikgu PENGASUH yang sangat baik hati.. nak mengharapkan mama, lambatlah sikit sayang.. Rambut pun dah makin panjang..  Kalau pergi mana-mana, ada saja yang bekenan dengan rambut Zahra, katanya macam topi keledar, siap tanya apa petua mama buat sampai rambut lebat cam gini.. Tak ada apa pun nak dipetuakan.. memang dari lahir lagi rambut Zahra sedia lebat.. Zahra boleh meniarap sekitar umur 5 bulan 11 hari.. Bagus sayang, mama suka dengan perkembangan kamu.. Kamu anak yang sihat. Zahra anak yang sangat mudah dijaga.. mama bersyukur sangat.. Zahra macam faham jer mama ni keje jauh.. Pagi-pagi tak merengek pun, bila mama siap susukan sekitar pukul 6 ...