Skip to main content

~ sukan tahunan 2011 ~

Alhamdulillah, petang tadi mama dan Danial telah selamat tiba di Polimas pada jam 4.30 petang. Perjalanan hari ini sedikit memenatkan kerana hari ini ialah hari sukan SKKP. Walaupun penat, tapi kami guru-guru Skkp sangat seronok. Tambahan pula RUMAH TEMENGGUNG di bawah pimpinan USTAZAH SITI HAJAR menjulang juara bagi tahun 2011. Semangat yang ada dikalangan guru-guru sangat mengagumkan mama. Banyak yang mama belajar daripada SUKAN TAHUNAN SKKP 2011. 
  1. Murid-murid sebenarnya mempunyai potensi yang sangat besar dalam banyak bidang. Gurulah yang bertanggungjawab untuk mendidik murid supaya berjaya dalam bidang yang sepatutnya. 
  2. Mama dapat mengenali ramai guru yang kebanyakannya bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan, sanggup memberi sumbangan masa dan tenaga untuk menjayakan rumah sukan masing-masing.
  3. Sukan sekolah banyak memberi ruang kepada murid-murid yang berada dikelas yang agak kebelakang untuk menyertai acara seperti perbarisan rumah sukan ataupun larian. Mereka mungkin tidak menonjol dibidang pelajaran, tapi murid seperti inilah yang sangat rajin bila diminta pertolongan. Murid yang pandai lebih suka melihat daripada membantu. Contohnya tadi mama meminta tolong murid memunggah barangan ke bilik gerakan, ramai pula yang lari daripada mama.. waa..

Bersukan sebenarnya sangat bagus. Bila bersukan, badan akan berpeluh, dan insya Allah akan melahirkan individu yang cergas. Bila agaknya mama dapat tengok anak mama lari ke sana sini.. M0ga Danial cepat dapat berjalan dan berlari ke sana sini. Sayang Danial.

Comments

Popular posts from this blog

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

Tambah susu

Salam wbt.. Sehingga kini, alhamdulillah Zahra solehah saya masih lagi menyusu badan dan belum minum sebarang susu formula. Zahra juga diberi makan bubur dengan makanan harian yang sama dengan mama, baba dan abang Danial. Adik menunjukkan penerimaan yang baik, cuma kadang kala ada juga yang sembelit. Hari ini nak berkongsi tips untuk menambahkan susu badan yang saya amalkan, dan alhamdulillah berkesan juga la.. : Makan biskut/nasi.. Bila susu xda, kena makan nasi banyak-banyak walaupun tak lalu.. Pizza. saya lebih suka domino. Nak buat sendiri tak reti.. Pernah buat tapi keras sikit. Mungkin tersalah adunan. Cheese tart.  Cheezy wedged, boleh buat sendiri kat umah. Minum madu plus susu. Madu yang saya makan mengandungi habbatus sawda.. jadi memang bagus sangat. susu melimpah.. kenalah merajinkan diri dengan ikhlas untuk makan supaya anak dapat minum susu yang terbaik.. I LOVE BF.

~ cameronian ~

alhamdulillah minggu lepas, kita sekeluarga sempat bercuti di Cameron Highland.. Inilah kali kedua mama dan baba ke sana. Sebelum ni kami pergi berdua sahaja, kini kami datang bertiga. Kedatangan kali ini bertujuan untuk mengimbau kenangan manis mama dan baba, dan melaksanakan agenda percutian keluarga yang tertangguh. Sepatutnya kita ke sana minggu cuti sekolah, tapi disebabkan belum diizinkan Allah, minggu lepas baru kita berkesempatan.  Perjalanan dimulakan pada pukul 4.45 pagi. Memang awal, mamalah yang paling bersemangat bangun awal, mengejutkan baba dan Danial. Kesejukan air bukit di Kuala Pegang mennyegarkan kami. Dari bertolak hinggalah sampai ke Hentian Sungai Perak, mama dan Danial ketiduran. Kesian baba memandu keseorangan. Kami tiba di Simpang Pulai lebih kurang pukul 8.30 pagi, baba memang tak drive laju sangat. Saja nak menikmati keindahan alam yang masih menyegarkan, bebas daripada asap kenderaan.  Perjalanan waktu pagi yang sungguh indah..  Baba, mam...