Skip to main content

~ Cuti-cuti Indah ~

Percutian kali ini sungguh indah, seronok dan relax buat mama. SEronoknya dapat bermain-main dengan Danial, melayan benda-benda baru yang Danial baru belajar dan sangat teruja tunjukkan pada mama. Banyak sangat perkembangan Danial yang mama dapat lihat sepanjang cuti sekolah ni.. Seronok, rupa-rupanya anak mama sangat pandai. Doa mama buat Danial.

Perkembangan setahun
Mama masih belum puas bercerita tentang kamu sayang. Rasanya terlalu banyak nak coretkan. Danial menunjukkan perkembangan psikomotor yang sangat memberangsangkan. Walaupun masih belum boleh berjalan, Danial merangkak tersangatlah laju. Danial juga kuat memanjat. Pantang nampak tangga dan grill mesti nak panjat. Ada yang geleng  kepala melihat aksi Danial. Alhamdulillh


Bila Danial berdiri, sudah jarang sekali jatuh-jatuh. Moga Danial cepat-cepat boleh berjalan kerana perut mama pun semakin besar, Danial pun sudah 10 kg,... mengah juga mama dan mendukung kamu sayang.  Mana tak 10kgnya, Danial kuat makan.Danial kini suka makan nasi yang sama dengan mama dan baba. Danial suka makan apa saja, jadi mama banyak suapkan Danial dengan nasi, berlaukkan ikan dan sayur. Ayam? jarang-jarang sebab mama sendiri kurang makan ayam. Bila lapar, Danial tak malu-malu nak minta makanan, tu sebabnya tubuh Danial makin bersemangat. Mama jugak yang makin kurus.

Apa khabar si kecil mama? 
Danial memang abang yang sangat baik. Setiap hari Danial akan bercakap dan peluk adik. Tentunya danial mengharapkan adik baik-baik saja dalam perut mama, selain itu mama juga sedia menitipkan doa buat anakanda kedua mama... Doa daripada blog ummu Muhammad


Family Day WAN YAACOB 
Alhamdulillah, kita berjaya menyertai family day anjuran Ayah Chik dan ibu. Danial sangat seronok sebab menjadi tumpuan kakak-kakak sepupu, dapat juga mama berehat.. Family day kali ini diadakan di Bukit Keluang Beach Resort selama 2 hari 1 malam pada 6 dan 7 Disember 2012. Aktiviti yang dijalankan ialah mandi kolam, makan ikan bakar dan juga sembang-sembang. Seronok berkahwin dengan baba sebab baba punya ramai adik-beradik. Jadi, tiap masa meraih saja..

masa ketibaan, sementara menunggu check in, ada yang makan, ada yang bersembang..

1st time mandi kolam, Danial sangatlah teruja. Yang hebat, mama sendiri tidak tahu bila Danial belajar berenang. Pertama kali letak Danial dalam pelampung, Danial dah boleh gerakkan pelampung sendiri, Danial menguak kaki macam itik, nak tergelak pun ada, subahanallah. Danial belajar dalam perut mama ye. Mama plak tak konfiden nak lepaskan Danial, tapi ternyata Danial memang sudah boleh apungkan diri. Tak perlu baba ajar. Mama pun turun sama, Tak segan sebab kolam ini dikuasai oleh family kita je, tak de orang lain, family kita saja dan penuh dua kolam. Yang lain-lain tu sepupu Danial dan pok sedare je.

Baju mandi yang dibeli di Zon Ria, harganya?  RM 14.90, tapi  kecik skit dengan Danial sebab masa beli  mama tak bawa Danial, jadi muat-muat, tahun depan boleh bagi kat adik. Dah puas mandi dan kesejukan, mama bagi Danial makan, lapar rupanya main air ni.

Indahnya Pantai!
Kampung mama memang dekat dengan pantai. Jadi, setiap kali balik kampung, mestilah kita akan ke sana untuk menikmati keindahannya. Rugi rasanya kalau tak dapat pijak pasir pantai yang halus dan memutih atau mendengar deruan ombak yang sangat mendamaikan. 
Jalan-jalan tepi benteng Kuala Besut, Danial yang to se duduk  diam atas stroller, asyik  nak memanjat saja, tu ayah teh nak cubit dia.






Comments

  1. wah bestnyeee danial..tahun depan boleh berenang dgn adik..boboy jugak kan? :)

    ReplyDelete
  2. wallahu'lam leen.. lain bebenor alahnya..moga yang cerdas spt muhammad..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. susu tu kalau zyfa dapat cari yang fresh kat institut haiwan lagi baik sebenarnye taoi kalau tak jumpe susu kambing karihome tu memang disyorkan sebab komposisi kimia die melepasi piawaian insyaAllah..kat farmasi banyak..kat sini dapat rm33..kalau zyfa tak dapat juga..nakmintak kite beli n pos pun insyaAllah boleh je ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

♡ oh my danial!! ♡

Pagi-pagi lagi, lepas tuang sebakul mainan yang mama baru kemas, Abang Danial mengalunkan iqamat dan terus solat sambil duduk dengan bacaan versi 2 tahun 10 bulan.. Main lego.. lego tu beli masa Danial umur 8 bulan lagi.. skang nak cari yg macam tu payah nak jumpa. Tengok kat cmart minggu lepas ada la, tapi harinya sekali ganda.. kn tunggu mama kumpul duit dulu la...  Sebakul bola-bola kecil ditaburkan sekitar ruang tamu.. bersabarlah wahai hati..

HOMESCHOOL: Masak

Danial anak yang sangat rajin.. Terima kasih kerana sudi  kemaskan peti sejuk potongkan sawi kemaskan periuk belanga mama kutip pinggan mangkuk yang dah basuh dan letak dalam sink (termasuklah handphone mama dan kopiah baba) semua Danial letak dalam sink. Lipatkan kain-kain yang mama dah lipat.. Syukran sayang, i love u so much oK, sekarang saya nak kemaskan ruang tamu.. mama nak tolong tak? Mama, jom kita masak! Danial nak buat sup sayur.. Mesti sodap.. Pandai sungguh, siang sayur pakai pen.. DANIAL MEMANG PANDAI!

Sanah Helwah Damia Azzahra

Today, my little hunny bunny; Damia Azzahra is two years old... Sungguh, sekejap je rasanya masa dua tahun itu berlalu. Dan saya berasa sangat kagum dengan kuasa Allah bila melihatkan dia.  Betapa besar pergantungan saya kepada Allah saat Damia dilahirkan pada minggu ke 34 dalam kandungan. Sebulan lebih awal daripada jangkaan. Sama seperti abangnya Danial. Jika ikutkan perkembangan dia dari kecil. Damia agak ketinggalan daripada segi perkembangan fizikal. Bayangkan, anak orang lain 9 bulan dah bertatih, dia baru nak mula merangkak. Masa tu kebetulan ada anak kawan yang sebaya dengan dia, jadi adalah yang membuat perbandingan. Dalam hati saya, sabo je lah. Saya memang dah tanamkan dalam minda;   perkembangan anak memang berbeza beza. Jadi, jangan banding bandingkan. Masuk setahun 5 bulan barulah Damia betul betul boleh jalan. Tapi hikmah yang terbesar yang saya dapat lihat ialah dia lebih cepat bercakap.  Setahun 10 bulan, dia sudah lancar surah al fatihah. Dan saya rekod