Skip to main content

sebulan sebelum setahun

Alhamdulillah, kini Danial sudah menginjak 11 bulan usianya. Seronok sangat mama dan baba tengok Danial membesar dengan pelbagai ragam dan kerenah yang sangat menghiburkan. Danial kini snagat laju merangkak ke sana ke mari, memanjat manjat, dan juga sangat pakar dalam bidang terjunan. Mama dan Danial akan tidur di bawah, Danial kini sudah boleh naik ke atas katil sendiri, tanpa bantuan mama.


Cuti Hari Raya Haji memberikan peluang kepada kita sekeluarga untuk pulang ke kampung. Kampung mama dan kampung baba. Danial bukan main seronok merangkak ke sana sini memandangkan  rumah di kampung lebih luas dan lapang untuk Danial bergerak. Danial menjadi penyeri di kampung mama kerana Danial sorang saja anak kecil yang ada. Cik Su, Cik Ya, Pok Teh, Pok Ji, Pok Yong, Pak Long, Ayah Qi, semuanya ada untuk berebut-rebut mendukung Danial. Rezeki cuti kali ini ialah Danial menerima sepasang baju daripada Ayah Long yang baru pulang dari US. Dia berkursus selama sebulan. Mama dan baba turut menerima buah tangan masing-masing. Terima kasih daun keladi.

ini kamu yang baru belajar bertatih, sangat seronok bila ada orang melayan  kamu nak bertatih..

Bukan main lagi ye, asyik didukung saja. Mulalah Danial tunjuk kesolehannya.. hurm anak mama..


Comments

  1. amboi rambut boleh geng dgn muhammad nih..sayangkan nak potong pendek sgt..hensem sgtlah along danial nih...tak sabar nk tgk angah pulak lps nih.. ;D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

♡ oh my danial!! ♡

Pagi-pagi lagi, lepas tuang sebakul mainan yang mama baru kemas, Abang Danial mengalunkan iqamat dan terus solat sambil duduk dengan bacaan versi 2 tahun 10 bulan.. Main lego.. lego tu beli masa Danial umur 8 bulan lagi.. skang nak cari yg macam tu payah nak jumpa. Tengok kat cmart minggu lepas ada la, tapi harinya sekali ganda.. kn tunggu mama kumpul duit dulu la...  Sebakul bola-bola kecil ditaburkan sekitar ruang tamu.. bersabarlah wahai hati..

HOMESCHOOL: Masak

Danial anak yang sangat rajin.. Terima kasih kerana sudi  kemaskan peti sejuk potongkan sawi kemaskan periuk belanga mama kutip pinggan mangkuk yang dah basuh dan letak dalam sink (termasuklah handphone mama dan kopiah baba) semua Danial letak dalam sink. Lipatkan kain-kain yang mama dah lipat.. Syukran sayang, i love u so much oK, sekarang saya nak kemaskan ruang tamu.. mama nak tolong tak? Mama, jom kita masak! Danial nak buat sup sayur.. Mesti sodap.. Pandai sungguh, siang sayur pakai pen.. DANIAL MEMANG PANDAI!

Sanah Helwah Damia Azzahra

Today, my little hunny bunny; Damia Azzahra is two years old... Sungguh, sekejap je rasanya masa dua tahun itu berlalu. Dan saya berasa sangat kagum dengan kuasa Allah bila melihatkan dia.  Betapa besar pergantungan saya kepada Allah saat Damia dilahirkan pada minggu ke 34 dalam kandungan. Sebulan lebih awal daripada jangkaan. Sama seperti abangnya Danial. Jika ikutkan perkembangan dia dari kecil. Damia agak ketinggalan daripada segi perkembangan fizikal. Bayangkan, anak orang lain 9 bulan dah bertatih, dia baru nak mula merangkak. Masa tu kebetulan ada anak kawan yang sebaya dengan dia, jadi adalah yang membuat perbandingan. Dalam hati saya, sabo je lah. Saya memang dah tanamkan dalam minda;   perkembangan anak memang berbeza beza. Jadi, jangan banding bandingkan. Masuk setahun 5 bulan barulah Damia betul betul boleh jalan. Tapi hikmah yang terbesar yang saya dapat lihat ialah dia lebih cepat bercakap.  Setahun 10 bulan, dia sudah lancar surah al fatihah. Dan saya rekod