Skip to main content

Ujian Tanda Allah Sayang

Petang semalam, mama dan Danial balik ke Jitra. Perjalanan berdua yang sungguh indah. Danial tidur lena sepanjang perjalanan, ditambah lagi cuaca yang bhujan renyai-renyai menambahkan syoknya anak mama tidur. Mama pula ditemani lagu-lagu indah yang banyak memberi ruang untuk mama muhasabah diri..

Tujuan balik
Tentunya Danial pelik, kenapa mama membawa Danial pulang ke Jitra pada hari Selasa, sedangkan Rabu dan Khamis mama masih perlu mengajar. Mama sebenarnya telah mengambil cuti. Cuti yang bertujuan memenuhi tuntutan temujanji Danial dengan doktor pakar kanak-kanak di Hospital Sultanah Bahiyah, tempat di mana Danial dilahirkan. temujanji terakhir adalah kira-kira 2 bulan lepas.



Kronologi Pemeriksaan Doktor Pakar
Pemeriksaan pertama mendapati Danial masih lagi diserang kuning walaupun sudah berusia satu bulan. Semasa baba dan mama pergi ke hospital untuk temu janji pertama, muka Danial masih lagi kelihatan kuning, walaupun tahap kuningnya tidaklah tinggi, tapi doktor tetap mahu melakukan ujian darah untuk mendapatkan kepastian.

Pemeriksaan kali kedua, mama dan baba menyaksikan Danial sekali lagi dicucuk untuk diambil sampel darah, ujian yang sama diulang sehingga kami tertanya-tanya, apakah tujuannya? Jika benar Danial disyaki menghidap Talasemia, mengapa ujian yang sebenar tidak terus dilakukan? Kata doktor yang sangat muda itu, ujian perlu sebenar perlu dilakukan apabila Danial berusia enam bulan.

Genap Danial berusia enam bulan, baba dan mama membawa Danial sekali lagi ke hospital mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh doktor. Doktor kata Danial perlu jalani ujian darah untuk mengesan Talasemia. Bukankah Talasemia itu satu penyakit genetik? mama dan baba tidak punya ahli keluarga yang ada penyakit Talasemia. Kami membuang jauh-jauh segala kemungkinan yang tidak mungkin tanpa izin ALLAH. Pemeriksaan kali membuatkan mama dan baba sedikit gementar, keputusan ujian akan diketahui 2 bulan lagi. Danial sekali lagi dicucuk untuk ujian darah. Apa yang tak sampai hati mama sebagai seorang ibu melihat ialah, bukan sekali Danial dicucuk, tapi 3 kali. Doktor yang membuat ujian darah itu adalah doktor baru. Mama sempat menjeling pada kad matriknya, seusia dengan mama. Mungkin dia masih dalam proses belajar, tapi bolehkah buat betul?, Danial menangis sekuatnya bila sudah banyak kali dicucuk. Mama lebih suka cara nurse yang sedikit veteren, seorang cina itu membuat ujian ke atas Danial, hanya sekali cucuk, semuanya selesai.


Setelah lama menunggu
Semalam, kita ke HSB lagi, dengan harapan yang penuh mengharap untuk mengetahui keputusan ujian. Apa sebenarnya yang berlaku? mama amat inginkan sesuatu yang jelas. Sejak Danial berusia sebulan lagi, doktor mengesyakinya menghidap Talasemia, sekarang usia Danial sudah 9 bulan. Mama masih belum mendapat kepastian. Berapa lama lagi mama dan baba perlu menunggu. Saya percayakan doktor-doktor di sini adalah yang terbaik. Dapat merawat anak Danial sebagaimana menyambut kelahiran Danial dengan begitu baik sekali. Setelah hampir tiga jam menunggu, kita bertiga masuk ke bilik doktor.

Ketika itu, Danial baru sahaja tidur. Mama dan baba sedikit terkejut dengan pertanyaan doktor seusai kami masuk. Belum sempat kami bersuara,
" So, ada tak dia pucat-pucat?"
" Dah bagi makan apa ?"
Soalan pertama sedikit mengejutkan mama dan baba. Kami sebenarnya mengharapkan sedikit penjelasan, sebelum soalan itu diajukan. Baba lebih tenang. Bertanyakan apa yang kami mahu tahu.
" Bagaimana dengan keputusan ujian darah yang lepas?"
" Keptusan ujian darah mendapati sel darah merah baby adalah kecil. Kandungan Hbnya rendah, tapi bukanlah ditahap yang membahayakan. "
Kami memberitahu bahawa Danial sangat aktif dan sihat. Tiada apa-apa masalah. Cuma bila ditanya adakah kami memberi Danial makan daging dan bayam, memang mama dan baba masih belum pernah memberikan makanan tersebut. Doktor menasihatkan mama dan baba supaya memberikan Danial makan makanan yang mengandungi zat besi seperti bayam dan daging.

Kata doktor yang muda itu, mama dan baba juga perlu jalani ujian saringan Talasemia, untuk mendapatkan punca, hari ini sekali lagi selepas berkali-kali, Danial akan menjalani ujian DARAH. Mama sendiri tidak tahu bila mama dan baba akan mendapat kepastian.

Sekarang, kami berkira-kira untuk membawa Danial ke hospital swasta. Kami mahukan kepastian. Mama tahu anak mama sihat, dan mama tidak mama sekali-kali melihat Danial sakit. Cukuplah tengok Danial deman pun mama menangis. Mama dan baba tahu Danial anak yang kuat dan sihat. Pergi mana-mana pun mesti orang nak tegur Danial sebab Danial suka senyum... Mama dan baba sayang Danial

Danial anak yang sihat, Danial sangat soleh.

Comments

  1. sokong juga fa..cube pegi double cek kat mane2 n try juga pegi klinik homopati ke..

    susu karihome antere susu yang ratio kimianye menepati piawaian..insyaAllah sesuai utk danial..ade susu utk baby..

    ReplyDelete
  2. Singgah ziarah.. salam ukhwah.. Ibu Yusuf follow blog ini.. :D

    ReplyDelete
  3. syukran ummu Muhammad dan Zefa.
    Ummu muhammad ; Dah hantar add untuk minta sampel susu tu, harap-harap cepat sampai. Leen beli kat mana susu tu?

    ReplyDelete
  4. kat farmasi banyak fa..kat sini dapat paling murah 34.5..mase expo tu 33..trylah insyaAllah danial suke..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

~ cameronian ~

alhamdulillah minggu lepas, kita sekeluarga sempat bercuti di Cameron Highland.. Inilah kali kedua mama dan baba ke sana. Sebelum ni kami pergi berdua sahaja, kini kami datang bertiga. Kedatangan kali ini bertujuan untuk mengimbau kenangan manis mama dan baba, dan melaksanakan agenda percutian keluarga yang tertangguh. Sepatutnya kita ke sana minggu cuti sekolah, tapi disebabkan belum diizinkan Allah, minggu lepas baru kita berkesempatan.  Perjalanan dimulakan pada pukul 4.45 pagi. Memang awal, mamalah yang paling bersemangat bangun awal, mengejutkan baba dan Danial. Kesejukan air bukit di Kuala Pegang mennyegarkan kami. Dari bertolak hinggalah sampai ke Hentian Sungai Perak, mama dan Danial ketiduran. Kesian baba memandu keseorangan. Kami tiba di Simpang Pulai lebih kurang pukul 8.30 pagi, baba memang tak drive laju sangat. Saja nak menikmati keindahan alam yang masih menyegarkan, bebas daripada asap kenderaan.  Perjalanan waktu pagi yang sungguh indah..  Baba, mam...

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

Takut untuk makan

Cuti sekolah sudah bermula ! Mama dan Danial sangatlah seronok kerana kita berdua dapat balik ke tanah tumpahnya darah Danial, Jitra.. Rindu Jitra. Sejak minggu lepas lagi, mama sudah sibuk mengemaskan semua barang-barang kita memandangkan Ustazah Azizah akan melangsungkan akad nikah Cik Syahirah dan juga mengadakan majlis selawat dan akikah buat cucunya. Keseronokan berganda buat keluarga ustazah kali ini. Tahniah dari kami. Setelah membuat kerahan tenaga bersama baba, semua barang dapat dipunggah ke dalam kereta dengan jayanya walaupun barang-barang berselarak di sana sini.  Balik ke Jitra memberikan mama peluang untuk kembali beraksi di dapur setelah lama meninggalkannya tak berasap. Sedih sungguh melihatkan keadaan dapur itu, barang-barang banyak yang tidak lengkap memandangkan mama tidak membawa semua barang balik ke JItra. Mama sangat teruja untuk memasak memandangkan sudah lama baba tidak merasa air tangan mama. Hilang selera! Lama sudah rasanya mama asyik hilang ...