Skip to main content

Ya Allah, tolonglah kami...

Musim sekarang ini, guru -guru yang minta tukar sekolah akan sentiasa membuka laman web eg-tukar untuk menyelesaikan semua urusan mengisi maklumat pertukaran secara sebelum tarikh tutup; 1 Oktober. Keputusan pertukaran dijangka akan keluar pada 14 November 2011. Mama adalah antara ribuan guru yang memohon untuk bertukar ke sekolah yang lebih dekat dengan suami. Mama sudah mengisi borang pertukaran sebanyak dua kali, dan ini kali ke tiga. Moga Allah mudahkan urusan kami.  Kali ini, mama lebih banyak memohon pada Allah, moga Allah sangat mendengar permohonan mama, baba dan Danial untuk tinggal bersama.

Syarat Pertukaran
Menurut orang lama, semua guru mestilah berkhidmat di sesebuah sekolah selama 4 tahun barulah boleh membuat permohonan untuk bertukar. Tempoh yang kurang daripada itu tidak akan dilayan. Mama telah berkhidmat di SKKP selama hampir dua tahun, jika betullah syarat 4 tahun, bermakna tinggal dua tahun lagi. Tapi, syarat tu kan manusia yang buat, kuasa Allah lagi besar. Itulah keyakinan mama.

Jangan bandingkan kami dengan kamu
Kami pedagang, orang luar, orang pantai timur, tidak punya kaum kerabat di sini, susah dan senang kami tanggung sendiri. Kamu kebanyakannya lain, memang asal orang sini, rumah mak ayah? sekampung,  tak pun kampung sebelah je,  apa-apa masalah adik beradik pun ada. Boleh bantu.  

Kami layak!
  1. Bagi mama, mama punya sebab yang sangat kukuh untuk memohon bertukar ke Jitra. Baba bekerja di politeknik, dan Baling tidak ada politeknik, mama tidak punya pilihan kecuali berpindah ke Jitra.
  2. Ramai juga guru yang memohon, tak mungkin tn GB mahu luluskan semuanya, ada dalam 15 orang termasuk 3 pasang suami isteri. Kebanyakannya mahu bertukar ke Sungai Petani, kawasan yang paling hot di Kedah. 40 minit daripada Kuala Pegang tanpa sebarang tol, kalau Cikgu Wan drive boleh jadi 30 minit ape, jauh lebih dekat daripada mama dan baba. perjalanan 1 jam setengah, tol pergi balik RM 11.60. 
  3. Kos hidup yang meningkat, pinjaman perumahan mula dipotong. Kami terpaksa membayar 3 buah rumah, rumah sewa di Kuala Pegang, rumah kuarters, dan Jannati di Taman Sri Murni. Semua bernilai seribu lebih. Jannati belum sedia diduduki kerana perlukan sedikit renovation, rumah second, jadi ada yang perlu dibuat semula, perlukan dana yang masih belumcukup.

Esok mama, baba dan Danial akan ke JPN bertemu dengan individu yang terlibat dengan proses pertukaran, berbicara, moga allah beri ruang dan peluang buat kami. Kali ini, kami sangat berharap. Tolong doakan kami, moga Allah lembutkan hati Haji Munajat ( Ketua Sektor Sekolah ),Tn Hj Othman ( Ketua Sektor Sekolah Rendah) kerani-kerani di JPn, Guru Besar dan semua yang terlibat. 

Comments

  1. mudah-mudahan ya ummu....
    saya pun baru kali ni terdetik nak pindah sungguh-sungguh.hanya mampu mintak rahmatNya saje...dah sampai masa sy bina keluarga sendiri...walaupun sy syg sgt jb.Smoga ummu n family dpt bersatu.=)

    ReplyDelete
  2. amin utk semua doa-doanya..Ya Allah mudahkan baitul muslim mereka kerana di dalamnya terdapat bakal-bakal muslim yg hebat yang memerlukan pendidikan awal dari kedua orang tuanya..mudahkanlah mereka..

    ReplyDelete
  3. syukran.. moga Allah mudahkan urusan semua orang yang memudahkan urusan kami.
    che'adil; saya pun doakan awak, m0ga semua mudah kan..
    ummu muhammad ;banyak inspirasi daripada Bayt Al Iman yang nak dilaksanakan bila berpindah ke Jitra nanti..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

~ cameronian ~

alhamdulillah minggu lepas, kita sekeluarga sempat bercuti di Cameron Highland.. Inilah kali kedua mama dan baba ke sana. Sebelum ni kami pergi berdua sahaja, kini kami datang bertiga. Kedatangan kali ini bertujuan untuk mengimbau kenangan manis mama dan baba, dan melaksanakan agenda percutian keluarga yang tertangguh. Sepatutnya kita ke sana minggu cuti sekolah, tapi disebabkan belum diizinkan Allah, minggu lepas baru kita berkesempatan.  Perjalanan dimulakan pada pukul 4.45 pagi. Memang awal, mamalah yang paling bersemangat bangun awal, mengejutkan baba dan Danial. Kesejukan air bukit di Kuala Pegang mennyegarkan kami. Dari bertolak hinggalah sampai ke Hentian Sungai Perak, mama dan Danial ketiduran. Kesian baba memandu keseorangan. Kami tiba di Simpang Pulai lebih kurang pukul 8.30 pagi, baba memang tak drive laju sangat. Saja nak menikmati keindahan alam yang masih menyegarkan, bebas daripada asap kenderaan.  Perjalanan waktu pagi yang sungguh indah..  Baba, mam...

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

~ Cuti-cuti Indah ~

Percutian kali ini sungguh indah, seronok dan relax buat mama. SEronoknya dapat bermain-main dengan Danial, melayan benda-benda baru yang Danial baru belajar dan sangat teruja tunjukkan pada mama. Banyak sangat perkembangan Danial yang mama dapat lihat sepanjang cuti sekolah ni.. Seronok, rupa-rupanya anak mama sangat pandai. Doa mama buat Danial. Perkembangan setahun Mama masih belum puas bercerita tentang kamu sayang. Rasanya terlalu banyak nak coretkan. Danial menunjukkan perkembangan psikomotor yang sangat memberangsangkan. Walaupun masih belum boleh berjalan, Danial merangkak tersangatlah laju. Danial juga kuat memanjat. Pantang nampak tangga dan grill  mesti nak panjat. Ada yang geleng  kepala melihat aksi Danial. Alhamdulillh Bila Danial berdiri, sudah jarang sekali jatuh-jatuh. Moga Danial cepat-cepat boleh berjalan kerana perut mama pun semakin besar, Danial pun sudah 10 kg,... mengah juga mama dan mendukung kamu sayang.  Mana tak 10kgnya, Danial kuat ...