Skip to main content

Semuanya selamat

Pada hari Khami s yang  lalu, mama dan Danial telah selamat tiba di Alor Star lebih kurang pukul 12 tengah hari. Kepulangan kami kali ini Alhamdulillah telah menyelesaikan beberapa perkara;

  • kami berjaya mendapatkan surat Tapisan Keselamatan mama di JPN
  • telah berjumpa dengan individu yang bertanggungjawab dengan bahagian pertukaran dan mendapat respon yang positif
  • menyelesaikan semua urusan di bank rakyat Jitra.
  • melawat jiran lama - Cik Kiah dan En. Rahim
  • menghadiri majlis akikah anak sulung Cik Siti
  • mencuci rumah kita di Taman Seri Murni 
  • membeli sabun cloth diapers yang dikirim oleh Ustazah 
kepulangan kali ini penuh dengan agenda. Mama berasa sangatlah seronok kerana dengan izin Allah, semuanya dapat diselesaikan. 

Selamat tiba
Sewaktu di majlis akikah, ramai yang bertanya, bagaimana mama memandu selama 1 jam setengah, Danial tak menangis ke? 
Alhamdulillah, kepulangan kami kali ini sangat mudah dengan pertolongan Allah. Terima kasih buat Mr Baba kerana membelikan car seat yang sangat selamat untuk Danial.
Mama memandu seperti biasa, Danial pula mama letakkan di car seat dan dipasangkan tali pinggang keledar. Mula Danial bersembang-sembang dengan mama, lama-lama Danial mengantuk dan tidur dengan sendirinya selepas disusukan oleh mama. Perjalanan pulang berjaya tanpa Danial menangis.
Ketika mahu kembali ke Jitra pula, perjalanan bermula pada pukul 6.15 pagi. Ketika itu Danial nyenyak tidur dan mama tidak sangka Danial hanya bangun ketika kita sampai di Kuala Pegang, apabila sudah sampai dirumah pengasuh. Sungguh soleh anak mama!

Makin tembam
Tiga hari mama dan baba melayan sepenuhnya Danial. Rupa-rupanya Danial sangat kuat makan. Bila dan makan, Danial akan menangis-nangis nak minta mama susukan. Selepas menyusu, apa lagi, tidurlah kamu. Patutlah badan Danial cepat naik. Mama memang kena masakkan bubur setiap pagi. Bubur yang ditambah dengan 2 ekor ikan bilis, kentang dan juga karot. Kadang-kadang, bila lapar, mama pun makan sekali bubur Danial. 

Comments

Popular posts from this blog

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

bila?

Danial sayang, bila kamu mahu mula berjalan? saya sendiri tidak tahu mama, Bulan depan kamu dah nak dapat adik, seronok tak? Seronok mama. Jadi bila kamu nak mula berjalan? Mama dan baba sangat tertunggu-tunggu. Kalau boleh, sekarang juga Danial nak berjalan, macam orang lain. Begitulah kononnya dialog mama dan Danial.  Mama dan baba sangat ingin melihat kamu berjalan, kamu pula suka merangkak saja. Mulanya risau juga, adakah anak mama ok? Siap bawa jumpa doktor lagi, mana taknya Ali Ilhamy, Irdina, Tasneem dan kawan seangkatan Danial sudah lama menjejak langkah... Tapi rupanya setiap yang Allah buat tu semuanya terbaik kan? Danial masih ingin memberi peluang kepada mama dan baba untuk mendukung mu sayang. Bila dah dapat kaki nanti, tak terkejar la pulak. Mama sebenarnya teringin sekali pergi ke masjid kita, sudah lama rasanya tidak melangkah ke sana,  rindu yang teramat mencengkam diri ini, mendengar kuliah bersama-sama baba. Tapi,...

Zahra : 7 bulan

Salam wbt..  Sudah lama mama menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang tak sudah-sudah hinggakan tak sempat nak update tentang diri dan anak-anak. WAN DAMIA AZZAHRA Alhamdulillah, Zahra sudah masuk 7 bulan sudah mula makan macam-macam.. buat masa sekarang, Zahra banyak makan makanan yang dibekalkan oleh cikgu PENGASUH yang sangat baik hati.. nak mengharapkan mama, lambatlah sikit sayang.. Rambut pun dah makin panjang..  Kalau pergi mana-mana, ada saja yang bekenan dengan rambut Zahra, katanya macam topi keledar, siap tanya apa petua mama buat sampai rambut lebat cam gini.. Tak ada apa pun nak dipetuakan.. memang dari lahir lagi rambut Zahra sedia lebat.. Zahra boleh meniarap sekitar umur 5 bulan 11 hari.. Bagus sayang, mama suka dengan perkembangan kamu.. Kamu anak yang sihat. Zahra anak yang sangat mudah dijaga.. mama bersyukur sangat.. Zahra macam faham jer mama ni keje jauh.. Pagi-pagi tak merengek pun, bila mama siap susukan sekitar pukul 6 ...