Skip to main content

Usia kian menyingkat!

Hari ke hari
usia kian menyingkat
lupa.. makin hampir ke tarikh kematian
Tulisan Ustaz Pahrol kali ini betul-betul menyentuh segenap hati saya yang keras..
moga pedoman datang..
moga Allah berikan saya hati baru..
kerana hati ini sudah terlalu buruk dan kotor
dengan mazmumah dosa... 
Mari kita baca dengan hati.. 
tajuknya DAUN USIA GUGUR LAGI..

Entah kenapa, di hari lahir kali ini hatiku sayu sekali. Ucapan tahniah yang melimpah, tidak dapat mengusir segala kesepian yang menjajah jiwa. Aku mendoakan mereka, tetapi hati ku bagai terbelenggu dan terdera. Hati terpasung oleh kata-kata yang pernah diucapkan oleh Sayidina Ali:
“Manusia semua tidur, bila mati baru mereka terjaga.”
Kata-kata itu menusuk ke lubuk hati. Merobek-robek sisa-sisa kegembiraan yang masih tersisa. Apakah aku masih tidur? Ah, tidur yang sangat panjang kalau begitu. Teringat pula kata Imam Ghazali:
“Ada manusia yang sedang ketawa ria, sedangkan kain kafannya sedang dirobek-robekan.”
Sudah lebih separuh abad aku bernaung di bawah langit-Mu ya Allah. Belum pun aku terasa menjadi hamba-Mu yang sebenar. Masih berpura-pura. Alangkah alpa dan berdosanya aku. Apakah sisa umurku masih panjang? Atau hanya seketika lagi. Aku tidak pasti.
Ketika ramai teman mengucapkan selamat panjangg umur, hakikatnya umurku semakin pendek. Bukankah tarikh mati setiap insan sudah ditetapkan? Dan hari ini, esok dan lusa aku menapak lagi… semakin hampir pada tarikh kematian yang dijanjikan. Duhai, tertipunya aku ketika menerima ucapan selamat hari jadi… selamat pulakah hari matiku?
Aku belum bersedia untuk bertemu-Mu ya Allah. Walaupun aku tahu, siapalah aku untuk menyatakan tidak dan tunggu. Ya, Allah… segala kekuatan hanya pada-Mu jua. Kau yang Maha tahu apa yang terbaik untukku. Aku merayu pada-Mu ya Allah, pada tarikh ini.
Untuk mengemis keampunan-Mu dengan tangan yang berdosa, dengan hati yang tercela. Jika tidak mengenangkan yang Engkau Maha Pengampun, aku tidak akan datang ya Allah. Rasa malu dan hina untuk meminta. Apakah aku diterima?
Ya, Allah di hari ini, kupinta dileraikan kusut fikirku. Mohon dijinakkan nafsu liarku. Tenangkanlah gejolak hati ini. Wahai yang Maha Adil, kutiplah aku untuk menumpang sekalipun di pinggiran rahmatMu. Walau sering aku lupa, tetapi aku sentiasa mendamba.
Entah mengapa gelombang rasa ini sering datang dan pergi. Gelombang mujahadah ini tidak pernah tenang. Jangankan mutmainnah, malah ammarah pula yang sering melanda. Kekadang aku sendiri bertanya, akukah aku ini? Terasa diri bersalin dua, tiga dan… Ya, Allah, jauhkan aku dari topeng munafik yang menipu-daya ini.
Aku bukan Hanzalah yang mencurigai dirinya munafik walau taqwanya melimpah. Bukan juga Umar Al Khattab, yang tega memukul diri walaupun sedikit berdosa. Pun bukan seumpama Rabiahtul Adawiyah yang sentiasa berkata: “Sesungguhnya istighfarku memerlukan satu istighfar lagi.”
Aku juga tidak mampu menangis kerana dosa… Hatiku keras amat. Kucuba menangis dengan merasa kesal. Tapi gagal. Mengapa aku tidak mahu menangis kerana gagal menangis. Ya Allah, kerasnya hatiku ini. Mohon dilembutkan. Atau mohon aku diberi ‘hati’ yang lain. Hati yang ada ini bagaikan sudah mati ya Allah.
Aku kembara telah jauh. Daun usia ku gugur helai demi helai. Namun kolam hatiku kian keruh. Beban tambah berat, diriku kian penat. Urusan kian payah. Jiwa semakin gundah. Justeru, mudah-mudahan di hari lahirku ini aku akan ‘dilahirkan’ semula. Lahir sebagai insan yang sentiasa mengingatiMu. Yang mampu hidup antara kekangan takut dan lingkungan harap. Takut, kalau-kalau dimurkai. Harap, minta-minta diampuni.
Buat sahabat, teman dan kenalan… terimakasih atas ingatan kalian. Pada yang jauh, maafkan aku kerana gagal mendekat. Pada yang hampir, maaf kerana tidak pandai membelai. Akhirnya terimalah secebis kata ini, (mungkin inipunmasih  dari terowong jiwaku yang gelap gelita.).
Pesanku:
“Marilah kita hidup…
seperti orang yang menanti mati
kerana ingat mati itu…
akan mengecilkan segala derita
akan mencairkan segala alpa
kiranya inilah detik terakhir
marilah kita mulakan semula
walau yang masih tersisa hanya sedetik cuma…
itu lebih bermakna!”
Ah, kata pujangga, kita akan temui semula sesuatu di tempat yang kita kehilangannya. Dan sesuatu pengakhiran kekadang membawa kita kepada suatu permulaan yang lebih baik. Ah, teringat ungkapan dalam bahasa Inggeris yang pernah menjadi hiasan meja sewaktu belajar dahulu:“In life, what sometimes appears to be the end is really a new beginning… “
Mudah-mudahan. Ini permulaan yang baik. Amin ya, Allah!
CREDIT : http://genta-rasa.com/2015/05/21/daun-usia-gugur-lagi/


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

bila?

Danial sayang, bila kamu mahu mula berjalan? saya sendiri tidak tahu mama, Bulan depan kamu dah nak dapat adik, seronok tak? Seronok mama. Jadi bila kamu nak mula berjalan? Mama dan baba sangat tertunggu-tunggu. Kalau boleh, sekarang juga Danial nak berjalan, macam orang lain. Begitulah kononnya dialog mama dan Danial.  Mama dan baba sangat ingin melihat kamu berjalan, kamu pula suka merangkak saja. Mulanya risau juga, adakah anak mama ok? Siap bawa jumpa doktor lagi, mana taknya Ali Ilhamy, Irdina, Tasneem dan kawan seangkatan Danial sudah lama menjejak langkah... Tapi rupanya setiap yang Allah buat tu semuanya terbaik kan? Danial masih ingin memberi peluang kepada mama dan baba untuk mendukung mu sayang. Bila dah dapat kaki nanti, tak terkejar la pulak. Mama sebenarnya teringin sekali pergi ke masjid kita, sudah lama rasanya tidak melangkah ke sana,  rindu yang teramat mencengkam diri ini, mendengar kuliah bersama-sama baba. Tapi,...

Zahra : 7 bulan

Salam wbt..  Sudah lama mama menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang tak sudah-sudah hinggakan tak sempat nak update tentang diri dan anak-anak. WAN DAMIA AZZAHRA Alhamdulillah, Zahra sudah masuk 7 bulan sudah mula makan macam-macam.. buat masa sekarang, Zahra banyak makan makanan yang dibekalkan oleh cikgu PENGASUH yang sangat baik hati.. nak mengharapkan mama, lambatlah sikit sayang.. Rambut pun dah makin panjang..  Kalau pergi mana-mana, ada saja yang bekenan dengan rambut Zahra, katanya macam topi keledar, siap tanya apa petua mama buat sampai rambut lebat cam gini.. Tak ada apa pun nak dipetuakan.. memang dari lahir lagi rambut Zahra sedia lebat.. Zahra boleh meniarap sekitar umur 5 bulan 11 hari.. Bagus sayang, mama suka dengan perkembangan kamu.. Kamu anak yang sihat. Zahra anak yang sangat mudah dijaga.. mama bersyukur sangat.. Zahra macam faham jer mama ni keje jauh.. Pagi-pagi tak merengek pun, bila mama siap susukan sekitar pukul 6 ...