Skip to main content

♥anak pasti♥

Inilah anak pasti mama...
alhamdulillah sudah sebulan lebih di PASTI AL HUDA
Banyak perubahan yang Danial tunjukkan.
Cara bercakap pun sudah banyak yang berubah
Kata-katanya menyentuh hati..
  • Danial nak jadi anak soleh, Danial tak nak pakai pampers dah..
  • Danial nak masuk syurga
  • tak pakai tudung, dosa kan
  • dia tunjukkan cara pakai seat belt yang betul bila saya hanya menyakut di bahu sahaja.
Mama dan baba telah bertistikarah. Memilih sekolah untuk Danial. Jika diikutkan hati, risau sekali meninggal anak sebesar itudi sana. Perhatiannya sudah pasti tidak sama dengan nurseri. Lebih kepada penjagaan yang sempurna. Bila balik sekolah, tengok baju sekolah Danial, alahai comotnya. Baunya masam dengan peluh.

Danial selalu mengadu, ada yang suka mengusiknya, mungkin betul. Baba kata, Danial ramai peminat. Bila baba hantar ke pintu pagar, 2-3 orang kawan datang menyambut. Danial terus berlari ikut kawan, sampai lupa nak salam.

Nampak sangat Danial suka sekolah dan suka berkawan. Dia menyebut sorang demi seorang kawannya. Paling rapat, Firas. Danial kata Firas baik, tak buat Danial pun. Bila tiba hari Jumaat, Danial pun masih bersemangat. Tanya mama ; Hari ni kami tak sekolah ke?.

Bila mama lupa nak kemaskan beg, Danial akan menggesa. Katanya mama mesti letak baju banyak. 4 tau. Macam nak tidur disekolah je. Bila da selesai, semuanya akan disusun ditepi pintu utama. Very smart boy.

Sesi mencuba baju. Gumbira dapat berbaju Pasti buat pertama kali.

Sangat suka mengusik cik adik. Adik pun layan saje. Moga Allah memudahkan urusan mu sayangku...

Comments

Popular posts from this blog

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

bila?

Danial sayang, bila kamu mahu mula berjalan? saya sendiri tidak tahu mama, Bulan depan kamu dah nak dapat adik, seronok tak? Seronok mama. Jadi bila kamu nak mula berjalan? Mama dan baba sangat tertunggu-tunggu. Kalau boleh, sekarang juga Danial nak berjalan, macam orang lain. Begitulah kononnya dialog mama dan Danial.  Mama dan baba sangat ingin melihat kamu berjalan, kamu pula suka merangkak saja. Mulanya risau juga, adakah anak mama ok? Siap bawa jumpa doktor lagi, mana taknya Ali Ilhamy, Irdina, Tasneem dan kawan seangkatan Danial sudah lama menjejak langkah... Tapi rupanya setiap yang Allah buat tu semuanya terbaik kan? Danial masih ingin memberi peluang kepada mama dan baba untuk mendukung mu sayang. Bila dah dapat kaki nanti, tak terkejar la pulak. Mama sebenarnya teringin sekali pergi ke masjid kita, sudah lama rasanya tidak melangkah ke sana,  rindu yang teramat mencengkam diri ini, mendengar kuliah bersama-sama baba. Tapi,...

Zahra : 7 bulan

Salam wbt..  Sudah lama mama menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang tak sudah-sudah hinggakan tak sempat nak update tentang diri dan anak-anak. WAN DAMIA AZZAHRA Alhamdulillah, Zahra sudah masuk 7 bulan sudah mula makan macam-macam.. buat masa sekarang, Zahra banyak makan makanan yang dibekalkan oleh cikgu PENGASUH yang sangat baik hati.. nak mengharapkan mama, lambatlah sikit sayang.. Rambut pun dah makin panjang..  Kalau pergi mana-mana, ada saja yang bekenan dengan rambut Zahra, katanya macam topi keledar, siap tanya apa petua mama buat sampai rambut lebat cam gini.. Tak ada apa pun nak dipetuakan.. memang dari lahir lagi rambut Zahra sedia lebat.. Zahra boleh meniarap sekitar umur 5 bulan 11 hari.. Bagus sayang, mama suka dengan perkembangan kamu.. Kamu anak yang sihat. Zahra anak yang sangat mudah dijaga.. mama bersyukur sangat.. Zahra macam faham jer mama ni keje jauh.. Pagi-pagi tak merengek pun, bila mama siap susukan sekitar pukul 6 ...