Skip to main content

Zoo Taiping

Danial dan Azzahra anak yang sihat dan muslim yang hebat,
Ini kisah minggu lepas, akiviti hujung minggu yang dibuat tanpa perancangan.
Hari Jumaat, baba ajak kita pergi ke zoo
Wah, cam best jer sebab dah lama kita tak pergi, kali terakhir bulan Jun tahun lepas
Baba kan suka buat surprise, jadi seronok sangatlah bila mama kata nak pergi tengok zirafah, singa, buaya
Kita bertolak dari rumah pada pukul 8.00 pagi, rancangnya nak turun pukul 7.00, tapi biasalah yang tu, yang ni
Singgah dulu sarapan ditempat biasa, kemudiannya barulah bertolak.
Dalam perjalanan, abang kecik asyik tanya je bila nak sampai, teruja sungguh.
Kita sampai di sana lebih kurang pukul 10.30, cuaca pun ok lagi, tak da lah terlalu panas.
Sampai je, lepas baba beli tiket, terus beratur naik train, bukan apa, takut nanti ramai orang,
Nak kena berjalan kaki, kesian pulak kat dua orang si kecik.
Abang kecik pulak, dah malas nak jalan dah, tumpang saja stroller adik, katanya tak larat
Kesian, kesian, kesian….
masa dalam kereta, kemain lagi Danial anak soleh tak duduk diam, sekep dok di depan, sekejap ke belakang.
Sempat jugalah mama tasmik surah fatihah, al Ikhlas dan An Nas.. dan peningkatan.. 
Chaiyook danial, ketepikan dulu doa-doa dan nasyid, kita utamakan hafazan juz 30 kita.. 
Danial sebenarnya lebih banyak menghafak doa dan zikir asbab mama selalu pasang saluran oasis, tapi yang ruginya tak pasang surah juz amma, juz amma hanya di pasang di dalam kereta. Dan minggu lepas, cuba pasang, Dinial terkumat kami mengikut, insya Allah, kena usaha gigih lagi la lepas ni. 

Danial yang suka buat-buat pejam mata dan mama sebagai tourist guide..

Dapat melihat bangau oh bangau dengan jarak paling dekat. Indahnya ciptaan Allah.

Wif my Azzahra.. sweet sokmo
Danial : Mama, unta tu senyum kat Danial..
Waduh, ye ke? Padahal unta tu statik jer dari tadi, kepala pun tak kalih..

Kasihan melihat gajah di sini, kekeringan air. Seperti terseksa melihat gajah yang diikat kakinya,. Cuaca panas, bukankah gajah perlukan air untuk menyejukkan tubuhnya?

Sang zirafah yang tinggi.
Mama : adik, zirrafah ada berapa?
Adik : empat
betul jawpan adik, sebab adik tahun no empat je, kebetuan zirafah memang ada 4 pun.

Burung oh burung

Comments

Popular posts from this blog

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

bila?

Danial sayang, bila kamu mahu mula berjalan? saya sendiri tidak tahu mama, Bulan depan kamu dah nak dapat adik, seronok tak? Seronok mama. Jadi bila kamu nak mula berjalan? Mama dan baba sangat tertunggu-tunggu. Kalau boleh, sekarang juga Danial nak berjalan, macam orang lain. Begitulah kononnya dialog mama dan Danial.  Mama dan baba sangat ingin melihat kamu berjalan, kamu pula suka merangkak saja. Mulanya risau juga, adakah anak mama ok? Siap bawa jumpa doktor lagi, mana taknya Ali Ilhamy, Irdina, Tasneem dan kawan seangkatan Danial sudah lama menjejak langkah... Tapi rupanya setiap yang Allah buat tu semuanya terbaik kan? Danial masih ingin memberi peluang kepada mama dan baba untuk mendukung mu sayang. Bila dah dapat kaki nanti, tak terkejar la pulak. Mama sebenarnya teringin sekali pergi ke masjid kita, sudah lama rasanya tidak melangkah ke sana,  rindu yang teramat mencengkam diri ini, mendengar kuliah bersama-sama baba. Tapi,...

Zahra : 7 bulan

Salam wbt..  Sudah lama mama menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang tak sudah-sudah hinggakan tak sempat nak update tentang diri dan anak-anak. WAN DAMIA AZZAHRA Alhamdulillah, Zahra sudah masuk 7 bulan sudah mula makan macam-macam.. buat masa sekarang, Zahra banyak makan makanan yang dibekalkan oleh cikgu PENGASUH yang sangat baik hati.. nak mengharapkan mama, lambatlah sikit sayang.. Rambut pun dah makin panjang..  Kalau pergi mana-mana, ada saja yang bekenan dengan rambut Zahra, katanya macam topi keledar, siap tanya apa petua mama buat sampai rambut lebat cam gini.. Tak ada apa pun nak dipetuakan.. memang dari lahir lagi rambut Zahra sedia lebat.. Zahra boleh meniarap sekitar umur 5 bulan 11 hari.. Bagus sayang, mama suka dengan perkembangan kamu.. Kamu anak yang sihat. Zahra anak yang sangat mudah dijaga.. mama bersyukur sangat.. Zahra macam faham jer mama ni keje jauh.. Pagi-pagi tak merengek pun, bila mama siap susukan sekitar pukul 6 ...