Skip to main content

Cheese cake mama mengidam!

Mama yang sangat teringin nak makan cheese cake buatan sendiri. Mengidam sungguh bila tengok Kak Atie hantar mms gambar cheese kek hasil buatannya. Rupa-rupanya bukan susah mana pun untuk menghasilkan sebuah cheese cake yang sebegitu sodapnya. Resepi saya amik dari blog mummy faizah. Dan hasilnya, alhamdulillah, sangatlah memuaskan hati.. Saya juga turut merujuk masterchef saya sis Atie yang penuh ilmu bakery di dada..

Biskut oreo saya beli secara timbang di kedai kek, jadi tidak perlu bersusah payah untuk keluarkan krimnya. Butter pulak, saya panaskan atas dapur je, sebab rumah tak ada microwave. Kek ni sebelum masak, nampak macam tak berapa nak jadi, lembik dan tak pada, tapi selepas dimasukkan ke dalam peti ais selama semalaman, rasanya memang mengalahkan kek di cafe S...... R.... Hihi, rugi rasanya baru mencuba, kalau ku tahu semudah ini, lama sudah beranikan diri.

Bahagian atas saya garingkan sikit, supaya nampak menarik.. haha pandai je.. sebenarnya saya tersalah sukatan, whipping cream yang sepatutnya separuh gelas sebab saya cuma gunakan 250 gram cream cheese, tapi tersalah masuk secawan, jadi filling sedikit lembut dan perlu memasak lebih lama. 

resepi from : sis faizah

OREO CHEESE CAKE

1/4 buku butter -  cairkan 
1 1/2 cawan oreo crust/biskut oreo hancur 
dua bahan di atas di gaul bersama ,
kemudian di tekan di dalam loyang 8 or 9 inci ,
then di bakar dalam oven selama 10 min pada suhu 130 Degree.

Resepi Filling  


500g cream Cheese Tatura.
1/2 cawan gula halus.
1 cawan whipping cream.
>> 3 bahan di atas di 'mix' sehingga gebus, lebih kurang 3 min pada kelajuan ter'maksima'.
>>Suami bertindak sebagai penjaga masa


Kemudian masukkan :
3 biji telur saiz tak kisah
1 sk perasa vanilla.
1/8 dri sebiji jus buah oren.
>> Mix JANGAN LAMA kerana kalau lama nanti whipping cream akan pecah dan berketul2.
Lebih kurang 30 second je.

Then masukkan:
5 - 10 keping biskut Oreo kasar2 (agak2 sebesar syiling 20sen), saya terlupa masukkan, gantikan letak bahagian atas.
Gentel2 kan cream oreo dan masukkan jugak ke dalam  adunan, > nanti die melting masa kita
SIAP !

Masukkan filling tadi kedalam loyang , dan bakar pada suhu 160 degree selama setengah jam, kemudian diturunkan suhunye 130 deg sehingga masak.


P/S: Sila fahami oven anda kerana waktu masak kemungkinan berbeza


Jom layan gambar!

Hasil selepas di bakar, akibat kurang sabor nak makan.. masak saja terus keluarkan dari oven. Sepetutnya kena tunggu 30 minit dahulu, sejukkan di dalam oven, barulah di potong.

Lagi semangat nak balik rumah sebab ada cheese kek menunggu. Disebabkan mama seorang sahaja penggemarnya, ia mengambil masa 4 hari untuk dihabiskan. 



Comments

Popular posts from this blog

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

bila?

Danial sayang, bila kamu mahu mula berjalan? saya sendiri tidak tahu mama, Bulan depan kamu dah nak dapat adik, seronok tak? Seronok mama. Jadi bila kamu nak mula berjalan? Mama dan baba sangat tertunggu-tunggu. Kalau boleh, sekarang juga Danial nak berjalan, macam orang lain. Begitulah kononnya dialog mama dan Danial.  Mama dan baba sangat ingin melihat kamu berjalan, kamu pula suka merangkak saja. Mulanya risau juga, adakah anak mama ok? Siap bawa jumpa doktor lagi, mana taknya Ali Ilhamy, Irdina, Tasneem dan kawan seangkatan Danial sudah lama menjejak langkah... Tapi rupanya setiap yang Allah buat tu semuanya terbaik kan? Danial masih ingin memberi peluang kepada mama dan baba untuk mendukung mu sayang. Bila dah dapat kaki nanti, tak terkejar la pulak. Mama sebenarnya teringin sekali pergi ke masjid kita, sudah lama rasanya tidak melangkah ke sana,  rindu yang teramat mencengkam diri ini, mendengar kuliah bersama-sama baba. Tapi,...

Zahra : 7 bulan

Salam wbt..  Sudah lama mama menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang tak sudah-sudah hinggakan tak sempat nak update tentang diri dan anak-anak. WAN DAMIA AZZAHRA Alhamdulillah, Zahra sudah masuk 7 bulan sudah mula makan macam-macam.. buat masa sekarang, Zahra banyak makan makanan yang dibekalkan oleh cikgu PENGASUH yang sangat baik hati.. nak mengharapkan mama, lambatlah sikit sayang.. Rambut pun dah makin panjang..  Kalau pergi mana-mana, ada saja yang bekenan dengan rambut Zahra, katanya macam topi keledar, siap tanya apa petua mama buat sampai rambut lebat cam gini.. Tak ada apa pun nak dipetuakan.. memang dari lahir lagi rambut Zahra sedia lebat.. Zahra boleh meniarap sekitar umur 5 bulan 11 hari.. Bagus sayang, mama suka dengan perkembangan kamu.. Kamu anak yang sihat. Zahra anak yang sangat mudah dijaga.. mama bersyukur sangat.. Zahra macam faham jer mama ni keje jauh.. Pagi-pagi tak merengek pun, bila mama siap susukan sekitar pukul 6 ...