Skip to main content

~ hari pertama di sekolah ~

Hari ini hari pertama mama ke sekolah selepas bersalin. Macam-macam mood ada. Seronok, terharu, letih dan sedih pon ada.

SERONOK
apa yang suka sangat ye?
mama dapat mengajar 3 Berlian.. huh. legalah dapat kelas pertama. Tak de lah adegan kejar mengejar pas ni. Tak pon sesi rotan-merotan orang.. tapi kelas pertama pun ada gak ragamnya tersendiri. Mama tak leh la nak duduk-duduk selalu sebab mereka suka tanya. Tanya sampai tak leh nak jawab. Seronok gak sebab ramai anak murid yang masih ingat mama walaupun cikgu ini sangat garang. Moga tahun ni tahun yang menyeronokkan buat mama kat skolah..

LETIH DAN SEDIH
Mama bangun kul 4 suku, untuk pumping, pastu boleh plak sambung tidur jap, ngantuk nya.. Pukul 5.15 mandi dan siap-siap.. Bertolak pukul 5.45, berhenti solat di Gurun pukul 6.20, dan sampai sekolah 7.20 pagi.. Hari ni kelas agak penuh, tapi tak mengajar sebab budak2 tengah exam. banyak bersembang, tanya itu ini. Maklumlah, dah 2 bulan tak datang sekolah. Pukul 10.15 pagi, mama pumping di pra sekolah. Hasilnya,alhamdulillah.. Ada gak untuk danial sayang. masuk pukul 11.00, mama mula rasa letih dan ngantuk..  Masuk 3 Berlian, mama sempat menguap lagi (buat malu kat student jer). Bila bunyi loceng, rasa tak larat sangat nak balik.. KEPENATAN sebab dah lama tak mengajar.. 
Masa drive, mama pk, perlu ke sewa rumah di Kuala Pegang? tak larat sangat rasanya nak ulang-alik, sakit pinggang, sakit belakang. Kalau dok Kuala Pegang, sapa nak jaga Danial, camne nak buat stok susu? Peti ais plak tak de. Macam ne ngan Baba kita. Kesian Baba kena tinggal sorang di Jitra. . Mama plak lepas ni ada kelas tambahan, konfem balik lambat. Tu tak kira ngan sukan dan uniform lagi. Sedihnya, macam nak selesaikan semua ni...

Mama sampai rumah, solat dan tidur. Tak nak tension2 fikirkan semua ni, nanti production susu kurang.. Insya Allah pasti ada jalannya.

tq Encik Kenari kerana membawa saya ke Kuala Pegang dengan selamat.. Moga Allah lindungi kita.

Comments

Popular posts from this blog

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

bila?

Danial sayang, bila kamu mahu mula berjalan? saya sendiri tidak tahu mama, Bulan depan kamu dah nak dapat adik, seronok tak? Seronok mama. Jadi bila kamu nak mula berjalan? Mama dan baba sangat tertunggu-tunggu. Kalau boleh, sekarang juga Danial nak berjalan, macam orang lain. Begitulah kononnya dialog mama dan Danial.  Mama dan baba sangat ingin melihat kamu berjalan, kamu pula suka merangkak saja. Mulanya risau juga, adakah anak mama ok? Siap bawa jumpa doktor lagi, mana taknya Ali Ilhamy, Irdina, Tasneem dan kawan seangkatan Danial sudah lama menjejak langkah... Tapi rupanya setiap yang Allah buat tu semuanya terbaik kan? Danial masih ingin memberi peluang kepada mama dan baba untuk mendukung mu sayang. Bila dah dapat kaki nanti, tak terkejar la pulak. Mama sebenarnya teringin sekali pergi ke masjid kita, sudah lama rasanya tidak melangkah ke sana,  rindu yang teramat mencengkam diri ini, mendengar kuliah bersama-sama baba. Tapi,...

Zahra : 7 bulan

Salam wbt..  Sudah lama mama menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang tak sudah-sudah hinggakan tak sempat nak update tentang diri dan anak-anak. WAN DAMIA AZZAHRA Alhamdulillah, Zahra sudah masuk 7 bulan sudah mula makan macam-macam.. buat masa sekarang, Zahra banyak makan makanan yang dibekalkan oleh cikgu PENGASUH yang sangat baik hati.. nak mengharapkan mama, lambatlah sikit sayang.. Rambut pun dah makin panjang..  Kalau pergi mana-mana, ada saja yang bekenan dengan rambut Zahra, katanya macam topi keledar, siap tanya apa petua mama buat sampai rambut lebat cam gini.. Tak ada apa pun nak dipetuakan.. memang dari lahir lagi rambut Zahra sedia lebat.. Zahra boleh meniarap sekitar umur 5 bulan 11 hari.. Bagus sayang, mama suka dengan perkembangan kamu.. Kamu anak yang sihat. Zahra anak yang sangat mudah dijaga.. mama bersyukur sangat.. Zahra macam faham jer mama ni keje jauh.. Pagi-pagi tak merengek pun, bila mama siap susukan sekitar pukul 6 ...