Skip to main content

" Hidup Baru "

Minggu kedua persekolah mama, mama terpaksa berpisah dengan buah hati mama 2 orang ini. Mama terpaksa la sayang, bukan mudah untuk mama tinggalkan Danial di JItra., sedangkan mama di Kuala Pegang. Bila nak tinggal di Kuala Pegang, banyak benda mama ke fikirkan.
  1. Susu Danial – macam mana nak simpan susu? Peti tak de.. nak beli ice box atau pun peti kecik,..
  2. Rumah sewa – kalau boleh nak cari dekat dengan sekolah, tapi punyalah tak de rumah sewa kawasan ni, kalau ada pun rumah kampung, tak beranilah plak nak tinggal berdua dengan buah hati mama.
  3. Baby sitter – kenalah cari yang terbaik, yang penting tahu dan sanggup nak handle ebm, dan kenalah bersih orangnya.
  4. Makan minum kita berdua – nak beli dapur atau nak makan kat kedai aje.. kalau ade peti ais boleh la mama masak. Bawak bekal ke sekolah macam dulu-dulu. Danial ingat tak?
  5. BERJAUHAN DENGAN MR. MAMA – ni lah part paling sedih. Kita kena berpisah dengan Mr. Mama. (^_>) kesian plak kat baba kena tinggal sorang kat Jitra. Kita plak akan balik hari Khamis dan pergi hari Sabtu. Tak pun baba yang pergi rumah kita. Nanti kita mesti kangan bangat sama baba.
Jadi mama minta tolong kawan2 nak setelkan benda-benda ni.
  1. Susu danial – mama dah Tanya pengasuh tu, dia dah biasa handle ebm. Mama legalah camtu. Danial mesti lebih selesa di rumah pengasuh nanti. Tak perlu minum susu tepung lagi.
  2. Rumah sewa – mama dah jumpa satu rumah. Ok lah rumah tu, belakang Billion Baling... nanti boleh kita g jalan-jalan. Jauh sikit dari sekolah, tapi senang nak beli makanan atau barang-barang.
  3. Baby sitter pun dah jumpa. Danial akan dijaga oleh 2 orang mak cik dan nenek. Mama dah jumpa mereka2 tadi.. Alhamdulillah, sungguh baik. Mungkin sebab dia tak de anak... danial dok elok2 ye.. masa rehat mama boleh g jenguk.
  4. Makan minum – baba kata nak beli peti kecik.. yeyy.. sukanya.. tak yah makan kat luar, bolehla mama masak.. syoknya...bawak bekal ke sekolah, boleh makan banyak2...
  5. Baba boleh datang jenguk jika kerinduan. Sekurang-kurang nya kita masih boleh jumpa, orang lain langsung tak leh jumpa.. syukurlah..
Hari ini, genaplah 4 hari Danial tinggal berdua dengan baba. Danial tahu tak ? Mama sangat rindu. Rindu dengan kamu berdua.

Hari pertama berpisah dengan Baba dan danial..........Mama rasa rindu yang teramat. Terbayang wajah kamu berdua.. Ya Allah, tabahkan hati ini. Mama tetap teruskan rutin harian pumping susu. Stok susu di jitra digunakan sepenuhnya oleh baba. Mama sedikit risau stok yang dipump akan basi memandangkan mama hanya guna ice box untuk simpan susu. Ice plak kena selalu tukar. Stok malam ni, mama tumpang rumah cikgu sebelah ni.. nasib la dia tak kesah..
Jadi, minggu depan, bermulah kehidupan mama dan danial di Baling. Moga Allah mudahkan semua urusan kita....

Comments

Popular posts from this blog

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

bila?

Danial sayang, bila kamu mahu mula berjalan? saya sendiri tidak tahu mama, Bulan depan kamu dah nak dapat adik, seronok tak? Seronok mama. Jadi bila kamu nak mula berjalan? Mama dan baba sangat tertunggu-tunggu. Kalau boleh, sekarang juga Danial nak berjalan, macam orang lain. Begitulah kononnya dialog mama dan Danial.  Mama dan baba sangat ingin melihat kamu berjalan, kamu pula suka merangkak saja. Mulanya risau juga, adakah anak mama ok? Siap bawa jumpa doktor lagi, mana taknya Ali Ilhamy, Irdina, Tasneem dan kawan seangkatan Danial sudah lama menjejak langkah... Tapi rupanya setiap yang Allah buat tu semuanya terbaik kan? Danial masih ingin memberi peluang kepada mama dan baba untuk mendukung mu sayang. Bila dah dapat kaki nanti, tak terkejar la pulak. Mama sebenarnya teringin sekali pergi ke masjid kita, sudah lama rasanya tidak melangkah ke sana,  rindu yang teramat mencengkam diri ini, mendengar kuliah bersama-sama baba. Tapi,...

Zahra : 7 bulan

Salam wbt..  Sudah lama mama menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang tak sudah-sudah hinggakan tak sempat nak update tentang diri dan anak-anak. WAN DAMIA AZZAHRA Alhamdulillah, Zahra sudah masuk 7 bulan sudah mula makan macam-macam.. buat masa sekarang, Zahra banyak makan makanan yang dibekalkan oleh cikgu PENGASUH yang sangat baik hati.. nak mengharapkan mama, lambatlah sikit sayang.. Rambut pun dah makin panjang..  Kalau pergi mana-mana, ada saja yang bekenan dengan rambut Zahra, katanya macam topi keledar, siap tanya apa petua mama buat sampai rambut lebat cam gini.. Tak ada apa pun nak dipetuakan.. memang dari lahir lagi rambut Zahra sedia lebat.. Zahra boleh meniarap sekitar umur 5 bulan 11 hari.. Bagus sayang, mama suka dengan perkembangan kamu.. Kamu anak yang sihat. Zahra anak yang sangat mudah dijaga.. mama bersyukur sangat.. Zahra macam faham jer mama ni keje jauh.. Pagi-pagi tak merengek pun, bila mama siap susukan sekitar pukul 6 ...