Skip to main content

JANUARI 2012

Alhamdulillah, kita telah menjengah ke tahun 2012 selama hampir cukup 3 bulan. Mama pula baru berkesempatan untuk membuka tirai rumah mama yang dah bersawang sangat ni. Masih belum terlambat rasanya untuk mama mengucapkan selamat tahun baru, moga tahun Allah berikan rezeki yang terbaik buat kita. Bukan sahaja rezeki wang ringgit, mama sangat harapkan rezeki sihat, rezeki anak dan rezeki kasih sayang di antara kita. 

JANUARI - Masih terus mengharap
Januari tahun 2012 dimulakan dengan harapan dapat bertukar sekolah masih menggunung dalam diri mama. Walaupun ramai yang mengatakan sudah tidak ada harapan kerana sesi persekolahan bakal bermula, memo rayuan sudah diedarkan, tidak ada lagi rayuan. Tapi mama, ada lagi. rayuan, rintihan pada ALLAH. Itulah satu-satu jalan yang mama ada.

3 Januari - Allah bukakan jalan
Pada 3 Januari 2012, sekolah bermula seperti biasa. Semua sibuk. Semuanya kalut. Maklumlah dah hampir dua bulan bercuti. Danial mama hantar ke rumah pengasuh seperti biasa. Hari pertama banyak sekolah dipantau oleh PPD. jadi semua guru bersedia dengan RPH dan memulakan sesi P&P pada hari pertama. Mama turut diobserve oleh Encik Suhaimi Sulong, Pegawai Kanan Bahagian Sekolah di PPD Baling/Sik. Selesai memantau, Encik Suhaimi ke bilik guru untuk memantau keadaan di sana. Mama kebetulan ada di situ. Kawan sejawatan, Cikgu Hazriah Ghazali, ajak mama jumpa Encik Suhaimi. Katanya, cubalah sembang-sembang. 

Mama ceritakan masalah mama.Mama mahu pindah ke Kubang Pasu. 
Balasnya ; Kubang Pasu dah penuh. dah lebih 70 orang guru. Macam mana awak nak masuk. Kena tunggu hingga cukup 5 tahun baru dapat. 

Mama tanya, sekitar Gajah Putih tak boleh ke? masih dalam kawasan Baling/Sik. Entah macam mana Allah lintaskan mama untuk tanya, sebelum tu tak pernah terfikir pun.
Balasnya ; Awak nak sekolah mana?

Sekolah Padang Chicak atau kawasan yang dekat dengannya.
Balasnya : Kalau Padang Chicak penuh, Kota Bukit atau Kalai boleh?

Boleh, asalkan di kawasan tu je. Dekatlah sikit untuk ulang alik. Tolongla saya encik, anak saya pun selalu demam-demam sekarang, saya perlukan suami saya.
Balanya ; Saya akan cuba tolong.

Akhir sebelum beredar Encik Suhaimi ambil no telefon mama. Dalam hati mama, Ya ALLAH tolong aku. 

Januari terus berlalu dengan penuh doa dan harapan., Mama sangat-sangat berharap walaupun pelbagai cakap-cakap yang timbul. Lebih-lebih lagi persoalan siapa yang mahu menggantikan mama mengajar tahun 6.

Danial Masuk Wad
Kali pertama pengalaman mama menjaga anak mama masuk wad. Penuh dengan air mata.
Minggu 15 Januari, Badan Danial selalu panas. Baba pula kebetulan sibuk dengan tanggungjawab di kamsis, tidak boleh selalu balik ke Kuala Pegang.
Mama beberapa kali bawa Danial ke klinik, tapi masih belum kebah. Mama risau bila petang 17 Januari, badan Danial sangat panas. 
Mama minta bantuan pengasuh untuk bawa Danial ke Hospital Baling. Bila doktor check, suhu badan Danial 39.5 darjah celcius. Terus Danial kena tahan wad. Doktor risau kerana terlalu panas.
Selepas diberikan ubat, suhu turun, tapi Danial pulak jadi aktif terlebih-lebih.
Danial panjat katil hospital, Danial baling tag nama, sampai nurse marah mama. 
Danial terlalu seronok, mungkin sebab kali pertama masuk wad.
Baba pula masih belum tiba. Malamnya, suhu Danial naik lagi, nurse nak drip tangan Danial, bukan main lagi nangisnya, dua kali barulah berjaya. 
Tak sampai sejam Danial nangis minta dibukakan tangan yang dibalut, Danial tarik sendri. Habis berdarah-darah. Menangis-nangis mama tengok. Kesiannya anak mama.
Mama mohon dengan nurse supaya buang saja drip tu, nurse tu ikut je sebab Danial nangis kuat sangat sampai ganggu orang lain.
Pukul 10 baba sampai, Danial dah ok. Alhamdulillah, Danial dah boleh senyum pada baba. Dan baba yang keletihan tidur atas katil dengan Danial. 
Cepatlah baik sayang. 
Esoknya, Danial admit ward. 
Moga semuanya ok sayang, Insya Allah.


Comments

  1. nak menitis air mate rasenye bace...baru berkesempatan nak BW...kuatnye ifa..kalau kite kat tempat ifa,kite sendiri tak tahu mampu ke tak bawak badan takpe lagi..nak bawak perasaan tu..alhamdulillah Allah bersama orang2 yg sabar ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

bila?

Danial sayang, bila kamu mahu mula berjalan? saya sendiri tidak tahu mama, Bulan depan kamu dah nak dapat adik, seronok tak? Seronok mama. Jadi bila kamu nak mula berjalan? Mama dan baba sangat tertunggu-tunggu. Kalau boleh, sekarang juga Danial nak berjalan, macam orang lain. Begitulah kononnya dialog mama dan Danial.  Mama dan baba sangat ingin melihat kamu berjalan, kamu pula suka merangkak saja. Mulanya risau juga, adakah anak mama ok? Siap bawa jumpa doktor lagi, mana taknya Ali Ilhamy, Irdina, Tasneem dan kawan seangkatan Danial sudah lama menjejak langkah... Tapi rupanya setiap yang Allah buat tu semuanya terbaik kan? Danial masih ingin memberi peluang kepada mama dan baba untuk mendukung mu sayang. Bila dah dapat kaki nanti, tak terkejar la pulak. Mama sebenarnya teringin sekali pergi ke masjid kita, sudah lama rasanya tidak melangkah ke sana,  rindu yang teramat mencengkam diri ini, mendengar kuliah bersama-sama baba. Tapi,...

Zahra : 7 bulan

Salam wbt..  Sudah lama mama menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang tak sudah-sudah hinggakan tak sempat nak update tentang diri dan anak-anak. WAN DAMIA AZZAHRA Alhamdulillah, Zahra sudah masuk 7 bulan sudah mula makan macam-macam.. buat masa sekarang, Zahra banyak makan makanan yang dibekalkan oleh cikgu PENGASUH yang sangat baik hati.. nak mengharapkan mama, lambatlah sikit sayang.. Rambut pun dah makin panjang..  Kalau pergi mana-mana, ada saja yang bekenan dengan rambut Zahra, katanya macam topi keledar, siap tanya apa petua mama buat sampai rambut lebat cam gini.. Tak ada apa pun nak dipetuakan.. memang dari lahir lagi rambut Zahra sedia lebat.. Zahra boleh meniarap sekitar umur 5 bulan 11 hari.. Bagus sayang, mama suka dengan perkembangan kamu.. Kamu anak yang sihat. Zahra anak yang sangat mudah dijaga.. mama bersyukur sangat.. Zahra macam faham jer mama ni keje jauh.. Pagi-pagi tak merengek pun, bila mama siap susukan sekitar pukul 6 ...