Skip to main content

Februari Yang Menggembirakan

3 Februari - Mama sekali lagi menelefon PPD untuk mendapatkan kepastian tentang status pertukaran mama, masihkah ada harapan buat kita sekeluarga? Namun, jawapan yang agak mengecewakan, mama sedikit bersedih dan mama tekad untuk tidak memikirkan lagi lagi tentang isu pertukaran ini. Banyak menyakitkan dan menyesakkan jiwa. Menggangu tumpuan mama pada baba dan Danial. Meltihkan. 

8 Februari - Mama bertambah sedih dengan sikap rakan sejawatan, namun bila diceritakan pada baba, bersyukurlah kerana mereka ingin menambah pahala kesabaran kita sekeluarga. Baba membuatkan mama tersenyum.

Alhamdulillah..
15 Februari menjadi sejarah apabila mama dipanggil oleh Penolong Kanan, 
Mengumumkan.. " Tahniah, awak dapat bertukar ke SK Kampong Kota Bukit, Sik."
Hanya air mata kegembiraan dapat menggambarkan segalanya.

16 Februari - Baba dapat naik pangkat.
Alhamdulillah syukur pada Allah,
Allah tangguhkan permintaan mama dan baba sebelum ini untuk memberikan kegembiraan berganda buat keluarga kita pada saat ini.

Mama melaporkan diri buat kali pertama di SK Kampong Kota Bukit. Sebuah sekolah kampong yang sedikit kecil, mama suka. Mama menggantikan cikgu pemulihan. Satu lagi rahmat yang besar buat mama. Syukur, syukur, syukur. 

SK Kampong Kota Bukit, "SEKOLAHKU SYURGAKU"

19 Februari - Mama mula berulang alik dari Jitra ke KOta Bukit sejauh 60 kilometer. Mama bertolak dari POLIMAS pada pukul 6.35 pagi. Moga Allah sentiasa lindungi perjalanan mama, moga segalanya selamat. 

ALHAMDULILLAH, SYUKUR YA ALLAH,
ENGKAU MEMBERIKAN AKU NIKMAT,
JANGANLAH AKU MEMBALASNYA DENGAN KELALAIAN
ENGKAU MENUNAIKAN PERMOHONAN DAN RAYUANKU,
JANGLAH AKU MENJADI HAMBA YANG DERHAKA..
YA ALLAH,
PELIHARALAH KELUARGAKU DARIPADA API NERAKA.

Comments

  1. alhamdulillah..ya Allah fa..banyak semue entry ifa rase getaran perasaan..selalunye kalau bace entry sampai meremang roma, penulis pasti tulis dengan penuh perasaan..alhamdulillah semoga sentiasa dalam rahmat Allah ifa sekeluarga

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

~ cameronian ~

alhamdulillah minggu lepas, kita sekeluarga sempat bercuti di Cameron Highland.. Inilah kali kedua mama dan baba ke sana. Sebelum ni kami pergi berdua sahaja, kini kami datang bertiga. Kedatangan kali ini bertujuan untuk mengimbau kenangan manis mama dan baba, dan melaksanakan agenda percutian keluarga yang tertangguh. Sepatutnya kita ke sana minggu cuti sekolah, tapi disebabkan belum diizinkan Allah, minggu lepas baru kita berkesempatan.  Perjalanan dimulakan pada pukul 4.45 pagi. Memang awal, mamalah yang paling bersemangat bangun awal, mengejutkan baba dan Danial. Kesejukan air bukit di Kuala Pegang mennyegarkan kami. Dari bertolak hinggalah sampai ke Hentian Sungai Perak, mama dan Danial ketiduran. Kesian baba memandu keseorangan. Kami tiba di Simpang Pulai lebih kurang pukul 8.30 pagi, baba memang tak drive laju sangat. Saja nak menikmati keindahan alam yang masih menyegarkan, bebas daripada asap kenderaan.  Perjalanan waktu pagi yang sungguh indah..  Baba, mam...

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

Takut untuk makan

Cuti sekolah sudah bermula ! Mama dan Danial sangatlah seronok kerana kita berdua dapat balik ke tanah tumpahnya darah Danial, Jitra.. Rindu Jitra. Sejak minggu lepas lagi, mama sudah sibuk mengemaskan semua barang-barang kita memandangkan Ustazah Azizah akan melangsungkan akad nikah Cik Syahirah dan juga mengadakan majlis selawat dan akikah buat cucunya. Keseronokan berganda buat keluarga ustazah kali ini. Tahniah dari kami. Setelah membuat kerahan tenaga bersama baba, semua barang dapat dipunggah ke dalam kereta dengan jayanya walaupun barang-barang berselarak di sana sini.  Balik ke Jitra memberikan mama peluang untuk kembali beraksi di dapur setelah lama meninggalkannya tak berasap. Sedih sungguh melihatkan keadaan dapur itu, barang-barang banyak yang tidak lengkap memandangkan mama tidak membawa semua barang balik ke JItra. Mama sangat teruja untuk memasak memandangkan sudah lama baba tidak merasa air tangan mama. Hilang selera! Lama sudah rasanya mama asyik hilang ...