Skip to main content

galaxy iman

Di awal Januari, saya ada sedikit masalah dengan telefon saya. Dalam hati sungguh resah memandangkan usianya masih muda lagi. Takkan dah nak rosak kot? Telefon saya suka " off" dan "restart dengan sendiri. Terus tanya encik google. Hasil dapatannya, mungkin masuk virus.

Saya muhasabah kembali. Apa tujuan beli telefon ni dulu. Salah satunya ialah supaya senang nak download surah dan senang nak bagi Danial dengar mp3 hafazannya. Allah. Bila semak balik perisian yang ada, tak ada satu pun perisian mp3 Al Quran. Yang ada hanyalah game alif ba ta Danial dan juga game abc. 

Sungguh. Rosak galaxy saya kerana tiadanya iman. Tiada perisian Al Quran. Rasa malu sendiri. Telefon yang salah guna pun boleh rosak, inikan pula manusia yang mengingkari arahan Allah, hidup tanpa iman. Lagilah rosak. 

Alhamdulillah. Selepas itu, saya mulakan download perisian mp3. Pelbagai qari. Ia akan dipasang mengikut kesesuaian. Ahmad Saud untuk Danial Damia. Misyari Al Farisi untuk mama. Mp3 yang selalu dipasang ditelinga sang anak apabila dirumah. Kadangkala ia dibiarkan sahaja terpasang sehingga berjam jam. 



Inilah antara yang sudah selesai di download. Koleksi ceramah dari segmen USRATI di IKIM. Banyak sangat manfaatnya. Menjadi peneman perjalanan sepanjan sejam suku. Untuk perjalanan waktu pulang. Pada pagi hari, saya lebih selesa untuk memasang Mathurat. Itulah hikmah Allah meletakkan saya bekerja di tempat yang agak jauh dari rumah. ALLAH sungguh sayangkan saya. Dia mahu mendidik saya dengan penuh berhikmah. Alhamdulillah.

Comments

Popular posts from this blog

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

bila?

Danial sayang, bila kamu mahu mula berjalan? saya sendiri tidak tahu mama, Bulan depan kamu dah nak dapat adik, seronok tak? Seronok mama. Jadi bila kamu nak mula berjalan? Mama dan baba sangat tertunggu-tunggu. Kalau boleh, sekarang juga Danial nak berjalan, macam orang lain. Begitulah kononnya dialog mama dan Danial.  Mama dan baba sangat ingin melihat kamu berjalan, kamu pula suka merangkak saja. Mulanya risau juga, adakah anak mama ok? Siap bawa jumpa doktor lagi, mana taknya Ali Ilhamy, Irdina, Tasneem dan kawan seangkatan Danial sudah lama menjejak langkah... Tapi rupanya setiap yang Allah buat tu semuanya terbaik kan? Danial masih ingin memberi peluang kepada mama dan baba untuk mendukung mu sayang. Bila dah dapat kaki nanti, tak terkejar la pulak. Mama sebenarnya teringin sekali pergi ke masjid kita, sudah lama rasanya tidak melangkah ke sana,  rindu yang teramat mencengkam diri ini, mendengar kuliah bersama-sama baba. Tapi,...

Zahra : 7 bulan

Salam wbt..  Sudah lama mama menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang tak sudah-sudah hinggakan tak sempat nak update tentang diri dan anak-anak. WAN DAMIA AZZAHRA Alhamdulillah, Zahra sudah masuk 7 bulan sudah mula makan macam-macam.. buat masa sekarang, Zahra banyak makan makanan yang dibekalkan oleh cikgu PENGASUH yang sangat baik hati.. nak mengharapkan mama, lambatlah sikit sayang.. Rambut pun dah makin panjang..  Kalau pergi mana-mana, ada saja yang bekenan dengan rambut Zahra, katanya macam topi keledar, siap tanya apa petua mama buat sampai rambut lebat cam gini.. Tak ada apa pun nak dipetuakan.. memang dari lahir lagi rambut Zahra sedia lebat.. Zahra boleh meniarap sekitar umur 5 bulan 11 hari.. Bagus sayang, mama suka dengan perkembangan kamu.. Kamu anak yang sihat. Zahra anak yang sangat mudah dijaga.. mama bersyukur sangat.. Zahra macam faham jer mama ni keje jauh.. Pagi-pagi tak merengek pun, bila mama siap susukan sekitar pukul 6 ...