Skip to main content

~ Mama Homeschooling ~

Inspirasi daripada mamahomeschool dan Bayt Al Iman, mama semakin bersemangat untuk menubuhkan ~Mama Homeschooling~ buat anak-anak mama. Ya, mama mendapat semangat baru hasil daripada penjelajahan di beberapa laman sesawang yang sangat membantu proses penubuhan ~Mama Homeschooling~. Cuma sekarang mama dan baba masih dalam proses pengumpulan dana bagi merealisasikan impian kami. 

Papan tanda
Papan tanda ~Mama Homeschooling~ buat masa ini ialah ; 



Sumber rujukan utama (buku teks) ;
Buku teks utama dan tiada gantinya ialah kitab suci Al-Quran dan hadis.


Lokasi
Buat masa sekarang, bilik darjah yang dicadangkan belum wujud memandang rumah sewa kita tiada bilik. Kita akan belajar di mana-mana sahaja, termasuklah dapur, ruang tamu, hinggalah ke tempat tidur kamu.


Bahan Pengajaran ;
Mama sangat berminat untuk membeli beberapa bahan yang dapat membantu proses pembelajaran Danial dan adik-adik. Banyak benda mama aim, tunggu ada dana, insya ALLAH, kita akan beli secara berperingkat.

Contoh homescool..





Comments

  1. semangat2! teruskan perjuangan mama..kalau tgk FCU homeschooling lagilah tak tahu mampu ke tak buat mcm mereka..tenaga penganjar die berkepakaran..kite tengah dok fikir mayb boleh mintak silibus mereka untk pemantapan..

    sesungguhnya keindahan ukhuwwah berblogging semakin dirasai...sgt suke blogging fillah! ;)

    ReplyDelete
  2. yeah..semangat2.. ifa pun banyak dapat semangat daripada berblogging... boleh berukhwah tanpa keluar rumah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

Zahra : 7 bulan

Salam wbt..  Sudah lama mama menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang tak sudah-sudah hinggakan tak sempat nak update tentang diri dan anak-anak. WAN DAMIA AZZAHRA Alhamdulillah, Zahra sudah masuk 7 bulan sudah mula makan macam-macam.. buat masa sekarang, Zahra banyak makan makanan yang dibekalkan oleh cikgu PENGASUH yang sangat baik hati.. nak mengharapkan mama, lambatlah sikit sayang.. Rambut pun dah makin panjang..  Kalau pergi mana-mana, ada saja yang bekenan dengan rambut Zahra, katanya macam topi keledar, siap tanya apa petua mama buat sampai rambut lebat cam gini.. Tak ada apa pun nak dipetuakan.. memang dari lahir lagi rambut Zahra sedia lebat.. Zahra boleh meniarap sekitar umur 5 bulan 11 hari.. Bagus sayang, mama suka dengan perkembangan kamu.. Kamu anak yang sihat. Zahra anak yang sangat mudah dijaga.. mama bersyukur sangat.. Zahra macam faham jer mama ni keje jauh.. Pagi-pagi tak merengek pun, bila mama siap susukan sekitar pukul 6 ...

~ cameronian ~

alhamdulillah minggu lepas, kita sekeluarga sempat bercuti di Cameron Highland.. Inilah kali kedua mama dan baba ke sana. Sebelum ni kami pergi berdua sahaja, kini kami datang bertiga. Kedatangan kali ini bertujuan untuk mengimbau kenangan manis mama dan baba, dan melaksanakan agenda percutian keluarga yang tertangguh. Sepatutnya kita ke sana minggu cuti sekolah, tapi disebabkan belum diizinkan Allah, minggu lepas baru kita berkesempatan.  Perjalanan dimulakan pada pukul 4.45 pagi. Memang awal, mamalah yang paling bersemangat bangun awal, mengejutkan baba dan Danial. Kesejukan air bukit di Kuala Pegang mennyegarkan kami. Dari bertolak hinggalah sampai ke Hentian Sungai Perak, mama dan Danial ketiduran. Kesian baba memandu keseorangan. Kami tiba di Simpang Pulai lebih kurang pukul 8.30 pagi, baba memang tak drive laju sangat. Saja nak menikmati keindahan alam yang masih menyegarkan, bebas daripada asap kenderaan.  Perjalanan waktu pagi yang sungguh indah..  Baba, mam...