Skip to main content

Posts

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

WAN MEDINA HUMAIRA

assalamualaikum... bulan ni saya dah nak masuk 8 bulan dah.. kejap je masa berlalu kan... dah nak memanjat sana sini.. tiap-tiap hari ada je benjol sana sini Bila main... tak main sorang yer.. saya suka join kakak ngan abang main Depa suka tak ajak saya bila main..

Pengalaman bersalin anak ke tiga

minggu depan.. genaplah 4 purnama usianya puteri tercinta Wan Medina Humaira Kelahirannya cukup selepas 40 minggu dalam kandungan beratnya 2.78 kg... hampir 700 gram lebih berat daripada abang dan kakak berbeza dengan kelahiran sebelum ini Kali ini saya bersalin secara pembedahan... selepas 2 kelahiran normal 12 Februari 2014 malam itu.. kita semua mendapat perkhabaran sedih kehilangan murabbi agung Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz...  sedihnya merentap seluruh jiwa malam itu, saya dan suami tidur agak lambat, mengimbau kenangan tentang Tok Guru Nik Aziz 13 Februari 2015 2.00 pagi saya dah rasa contaction tapi saja nak amik feel dulu contraction datang selang setengah jam.. boleh pulak sambung tidur sebab ngantuk 3.00 pagi mula kejutkan suami.. dia pun mamai2.. kemas barang sikit-sikit anak-anak memang cadang nak mintak tolong Haji Aziz jaga.. dia pun dah setuju. lepas hantar anak2.. suamiku terus pecut ke HSB sebelum naik, makan biskut...

Usia kian menyingkat!

Hari ke hari usia kian menyingkat lupa.. makin hampir ke tarikh kematian Tulisan Ustaz Pahrol kali ini betul-betul menyentuh segenap hati saya yang keras.. moga pedoman datang.. moga Allah berikan saya hati baru.. kerana hati ini sudah terlalu buruk dan kotor dengan mazmumah dosa...  Mari kita baca dengan hati..  tajuknya DAUN USIA GUGUR LAGI.. Entah kenapa, di hari lahir kali ini hatiku sayu sekali. Ucapan tahniah yang melimpah, tidak dapat mengusir segala kesepian yang menjajah jiwa. Aku mendoakan mereka, tetapi hati ku bagai terbelenggu dan terdera. Hati terpasung oleh kata-kata yang pernah diucapkan oleh Sayidina Ali: “Manusia semua tidur, bila mati baru mereka terjaga.” Kata-kata itu menusuk ke lubuk hati. Merobek-robek sisa-sisa kegembiraan yang masih tersisa. Apakah aku masih tidur? Ah, tidur yang sangat panjang kalau begitu. Teringat pula kata Imam Ghazali: “Ada manusia yang sedang ketawa ria, sedangkan kain kafannya sedang dirobek-robekan....

Kakak turns 3!

Alhamdulillah 26.4.2015 genaplah kakak 3 tahun. Kakak dah besar Kakak dah matang Kakak dah tak pakai pampers Kakak dah boleh hafal hampir 13 surah lazim Sungguh hebat perancangan Allah Anak yang dulunya lahir pemature kini berubah menjadi matang dan bijak sekali kun fa ya kun kita berusaha dan bertakwakkal kepadanya saat dia dilahirkan pada usia 34 minggu saya dan suami sungguh-sungguh berusaha memberikan yang terbaik untuk dia penjagaan yang terbaik dengan izin Nya jua dia menjadi anak yang cukup "kuat" jarang sakit sehingga saya lupa bila kali terakhir dia demam Allah izinkan saya menyusukan dia hingga usianya cukup 2 tahun walaupun saya terpaksa mulakan susu formula pada dia ketika umurnya setahun Alhamdulillah semoga kakak menjadi anak solehah mendoakan mama baba moga bahagia ke syurga anakku..

nak masuk syurga tak?

Nak masuk syurga tak?  Tanya kak yang pada patung ultraman yang dah dipakaikan pampers.. sibuk.. ya..sibuk sungguh dia menguruskan babynya memandikan.. dan memakaikan pamper... disambung pula dengan menyusukan.. bila dia agak kalut dengan benda lain.. dia akan pesan pada mamanya supaya jangan lupa tengok kan babynya... sekecil itu sudah tahu tanggungjawab... Subhanallah... suami kata..  anak sekecil itu sudah petah berbicara tentang syurga nak masuk syurga tak?  Kalau nak masuk syurga kena dengar cakap... dia seolah mengulang kembali ayat-ayat yang saya biasa tuturkan pada dia bila dia tantrum...alhamdulillah.. semua nak masuk syurga nak... bila sudah anak 3.. saya sudah lebih bisa mengawal emosi bila anak2 menangis.. mengamuk.. membaling ke sana sini, menyepak nyepak pintu tandas, menjerit jerit nak susu je pun, melompat lompat atas sofa saya, makan bersepah sepah sampai ke serata dapur.... saya kini sudah bisa, boleh, mampu menahan...

Medina 3 months

Alhamdulillah tika ini.. Medina sudah lena dibuai mimpi Sang puteri udah menginjak 3 bulan cepat sungguh masa berputar Sepatutnya saya bawa dia ke klinik hari ni.. nak timbang namun xdan jugak sebabnya meeting sampai ke petang rini... 3 bulan..  maknanya dah 90 hari saya jadi excusive pumping mom pengalaman menyusukan yang sungguh indah masya Allah syukur atas semua nikmat Allah.. Walaupun dah menyusukan 3 orang anak..  saya sentiasa gali ilmu supaya penyusuan kali ini berjaya hingga Medina 2 tahun.. moga dipermudahkan jalannya...  Menggigit jari.. sebab mama tak mau bagi puting kosong...

Mati itu dekat

Mati itu dekat lebih dekat daripada yang paling dekat Mendapat berita kawan sekuliah meninggal.. masa tu umur saya 18 tahun ibu kawan meninggal selepas beberapa hari saya menziarahi suami sahabat meninggal eksiden ketika pulang ke kampung kawan baik meninggal ketika bersalin anak kedua mak kawan meninggal selepas beberapa hari mendengar kawan bercerita tentang maknya yang sakit anak kawan meninggal di rumah pengasuh... hampir setiap hari dengar tentang kematian kalau tak kenalan sendiri.. kawan kepada kawan.. dekatnya kematian dengan kita kerana datangnya tanpa petanda tanpa isyarat... bila-bila pun bisa... hari ini Allah hantar lagi isyarat kematian itu dekat kepada saya tika saya masih sedang leka berseronok tiba-tiba.. seakan satu lintasan.. saya terfikir bagaimana jika Allah tarik nyawa saya hari ini?  Owh.... beratnya... apa bekalan saya... semuanya masih kurang... bukannya makin bertambah mengikut bertambahnya usia.. hari ini, saya sur...

58 days

Medina Humaira sudah 58 days  sekejap jer masa berlalu kan?  Menjelang 2 bulan, Medina pun dh lain dah malam2 suka tidur je, hanya bangun sekali untuk menyusu dia akan around pukul 4.30 - 5.00 pagi sekaligus mengejutkan mama untuk bangun pumping malam2, nal tidur kena ulik2, manja2, peluk2 baru la nak tidur tapi skang, mama ngan baba berebut rebut pulak nak tidurkan si baby after baca satu posting tentang baby language... nak tau ape mendenya yang totally dh ubah kami? Menurut artikel tersebut, peluang untuk parents peluk cium gendong baby cuma satu tempoh yang pendek iaitu lebih kurang setahun sepanjang hidupnya..  ya betul sangat kan? Dalam lebih kurang tempoh tu je anak akan suka kita peluk cium dia sentiasa.. bila dah boleh jalan.. tentunya dia lagi lari sana sini, panjat2, main ngan kawan2... kita pun dah tak de chance dah.. Muka medina iras Danial masa kecik2 pengasuh pun perasan mende ni.. minggu lepas mama dah try2 hantar Medina...

Medina sebulan

Kelmarin.. 14.3.2015 genaplah puteri solehah mama berusia sebulan sekejap sungguh masa berlalu Alhamdulillah... keadaan anakanda sihat walafiat di bawah lindungan Allah genap sebulan juga Medina menyusu badan tetapi minum dalam botol memandangkan anakanda menolak direct feeding... mama? Tentulah tergolong dalam exclusive pumping mother... pagi petang siang malam.. mengepam ajelah kerjanya... mana idaknya.. baba kata, Medina kuat menyusu macam baby boy.. mama akan pam susu.. dan baba akan susukan Medina menggunakan botol.. Medina boleh abiskan 5 oz sekejap je..  

Kisah stroller

Assalamualaikum ... lamanya tak update blog disebabkan malas nak tengok screen lama-lama.. mata saya akan cepat berair dan sangat sensitif dengan cahaya yang terang-terang..  Bila pergi jumpa optometris, kena pakai sepek katanya sebab silau tinggi.. kali ni update tentang stroller.. hihi..mentang-mentang la nak dapat baby baru.. nak kena beli stroller ke? Tak de la sebenarnya..  kita gunakan yang mana boleh guna...  cuma, jika ada keperluan yang mendesak, bolehlah beli. Stroller pertama yang saya dan suami beli adalah jenama scr.. harganya dalam RM160.00.. masa tu pakai beli jer.. xtau pun ada yang canggih2 dan tahan lasak... beli pun dekat tesko ja.. alhamdulillah.. sempat jugak pakai setahun lebih.. lepas Danial dah sikit.. dia pun tak dok diam dalam stroller.. sampaila tempat duduk stroller tu selalu jatuh2.. xlarat nak baiki.. stoller tu memang dah tak sesuai untuk dia dan dia tak suka duduk sebab selalu tersepit sepit.. P...

36 weeks already!

Pejam celik minggu ni dah masuk 36 minggu sudah my third pregnancy.. kandungan ke 3 sungguh banyak menguji ketahanan tubuhku.. haa.. bermula dengan alergik gatai satu badan sehingga meninggalkan parut yang comei2 seawal kandungan 3 bulan sehinggalah kisah masuk keluar wad sampai dua kali.... kali pertama masuk wad ialah minggu lepas...  ya.. baru je last week masuk wad sebab doc suspek air ketuban kurang dan baby dalam kedudukan semi breech.  Dan semalam adalah kali kedua masuk wad sebabnya, doc kata ada bunyi kat jantung mommy sebenarnya bunyi tu doc Jamilah dah detect lama dan dah bagi appointment date kat klinik pakar jantung tarikh tu pulak kena masa cuti skolah ; 9.12.2014 Tapi masa tu, kami semua balik kampong jadi mommy buat2 lupa tarikh tu balik dari kg, kenalah bersyarah bagai ngan doc lepas masuk wad minggu lepas, doc bagi new date; 914.9.2015 Ha.. kan dah kena.. echo bagi tarikh pas bersalin.. jadi ingatkan benda tu tak serius kot......

Projek Kemas Rumah : Rak Mainan Anak

Minggu ni bermulah projek mengemas rumah besar-besaran punya..  maklumlah, bila saya dah pindah sekolah, banyak lah sikit masa untuk kemas rumah dan masak memasak...  projek minggu ni ialah nak kemas tempat simpan mainan dan buku-buku anak. disebabkan tak sediakan tempat khas untuk diaorang kemas mainan.. jadi ikut sukalah nak letak mainan tu... memandangkan bajet pun ciput aje.. saya ajak cik suami pergi giant..  nak cari rak yang murah tapi cantek pada pandangan mataku yang penting kalerfull sesuailah ngan tema anak-anak bila cite kata anak-anak yang mama nak beli rak kemain lagi xcited depa.. malam tu jugaklah kita orang paksa baba pasang rak tu Ni rak yang sebelumnya.. pakai rak kasut lama aja.. warna pon xberapa menarik.. kelabu asap ajo.. ruang yang ada pon kecik.. mana muat ngan mainan yang melambak.. Rak yang ni kami beli di Giant.. macam2 kaler ada.. kami pilih hijau, merah dan biru Tuan punya rak ; tak sabar me...

Peringatan Iman Buat Diriku

Bagi para suami. Bila isteri-isteri anda mengandung. Mohon beri nasihat dan teguran pada mereka s upaya : 1. Jaga solat sebaiknya. (Jangan bila mengandung, solat pun malas nak buat atas alasan tak larat, letih dan seumpamanya) 2. Jaga aurat dengan baik. (Dedah aurat sesuka hati, pakai ketat dan seumpamanya atas alasan sudah bersuami) 3. Jaga mulut. (Dari kata-kata cacian, umpatan, makian atau suka marah-marah pada suami dan seumpamanya) Sebab. Bagi wanita mengandung ini. Kita tak tahu kondisi terakhir kelahirannya kelak. Boleh jadi saat kelahiran itu adalah saat terakhir kita hidup. Bagi para isteri. Perbanyakkan minta ampun pada suami anda atas kesilapan lalu. Ringankan mulut berzikir dan membaca Al Quran. Jaga aurat anda sebaiknya,   tak perlu nak harapkan suami anda menegur dan menasihat, baru rasa nak tutup sana sini. Sekian. -  Has Linda Alias

Al Fatihah...

Al Fatihah buat sahabatku Nur, Pagi semalam, saya dikejutkan dengan masej dari suami, mengatakan bahawa, isteri kawan baiknya yang saya pernah jumpa beberapa kali telah pergi mengadap Ilahi Terpana seketika, mengenangkan arwah Nur, orang Marang, Terengganu, dia sebaya saya. Saya dan suami pernah berkunjung ke rumahnya di Pasir Gudang, terasa seperti baru sahaja pertemuan itu. Allah menjemputnya disaat dia sarat mengandung 8 bulan pendarahan bahagian belakang menjadi asbabnya, namun, semua itu rahsia Allah, Allah, syurga untuknya. Allah telah menjanjikan yang terbaik buat hamba Nya yang solehah . Ya, Allah, jadikan hari kematianku sebagai hari yang terbaik dalam hidupku.  

Alhamdulillah

Alhamdulillah.. Rezeki sememangnya datang dari Allah, Dia lah Maha Kaya, Maha Pemberi, Maha Pendengar Setelah 5 tahun merintih dan merayu, Dia memberikan saya tempat di Jitra tepat pada masanya... Alhamdulillah, syukur pada-Mu.. terlenyaplah segala duku, terhapuslah segala air mata. Moga Allah permudahkan segala urusan.. Moga Allah permudahkan langkah perjalanan hidup kami sekeluarga ke syurga Nya.  

New episode of homeschool

Lama rasanya tak update tentang program homescooling kami. Tambah lagi, kelancaran program yang dirancang tidaklah semeriah di atas kertas. Namun, semangat baru muncul kembali dengan membuak-buak sekali selepas saya menyertai group wassup Homechooling. Melalui group tersebut, banyak perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat untuk ibu muda yang baru hendak berjinak-jinak dengan dunia homeschool seperti saya. Diharapkan dengan menyertai support group seperti ini, saya sentiasa peka dengan apa yang dimatlamatkan untuk anak-anak. Dengan kali lain, FOKUS. Mentor kami ialah : Dr Siti dan suaminya En. Fauzan yang telah lama berpengalaman menjalankan homeschool kepada anak-anak mereka. Once upon a time.... Apa itu homeschool ? Melalui pemahaman saya sendiri, homeschool  ialah satu proses pembelajaran murid-murid di rumah dengan ibu bapa memainkan peranan sebagai guru. Bagaimanakah/apakah yang menyebabkan Dr. Siti boleh memulakan homeschool? Dr. Siti memulakan homeschool...

Kakak 2 tahun 4 bulan !

Add caption 2 tahun 4 bulan sudah cik adik manis ni! Cepatnya masa berlalu.... damia suka orang panggil dia kakak.. macam tak sabo dah nak nak dapat adik.. sedangkan kami masih anggap dia si kecik yang sangat best dicium cium sebab tubuh dia memang kecil molek berbanding kawan seusianya... Bergaya dengan telekung raya... dia suka sangatla telekung tu... bila kami nak solat, dia akan sibukkkk tanya..mana telekung kakak... Bangun awai.. kul 5.30 dah bangun... sama ngan mama.. sibuk nak main ligo.. Ngan abang Danial dia la... boleh plak kongsi tempat tidur..  kalu tak mesti bergaduh punya..