Skip to main content

36 weeks already!

Pejam celik minggu ni dah masuk 36 minggu sudah my third pregnancy..
kandungan ke 3 sungguh banyak menguji ketahanan tubuhku..
haa.. bermula dengan alergik gatai satu badan sehingga meninggalkan parut yang comei2 seawal kandungan 3 bulan sehinggalah kisah masuk keluar wad sampai dua kali....
kali pertama masuk wad ialah minggu lepas... 
ya.. baru je last week masuk wad sebab doc suspek air ketuban kurang dan baby dalam kedudukan semi breech. 

Dan semalam adalah kali kedua masuk wad
sebabnya, doc kata ada bunyi kat jantung mommy
sebenarnya bunyi tu doc Jamilah dah detect lama dan dah bagi appointment date kat klinik pakar jantung
tarikh tu pulak kena masa cuti skolah ; 9.12.2014
Tapi masa tu, kami semua balik kampong
jadi mommy buat2 lupa tarikh tu

balik dari kg, kenalah bersyarah bagai ngan doc
lepas masuk wad minggu lepas, doc bagi new date; 914.9.2015
Ha.. kan dah kena.. echo bagi tarikh pas bersalin..
jadi ingatkan benda tu tak serius kot...

rasanya taklah serius kot
biasalah orang mengandung mengah2, semput2 kalau kalut2
orang yang paling risau ialah my hubby ngan anak2 la.. 
anak2 paling tak mau mama masuk hospital..
danial kata: mama tak yahla masuk hospital,kalau mama sakit biar danial urut.. 
alahai danial..murninya hatimu anak
sejak jadi manja ni..( selalu tak larat).. danial damia pun jadik caring semacam je dekat mama.. malam2 sebelum tidur, mesti nak urut kaki mama.. paling kurang pun dia gosok2 kepala.. 
mama pun mulalah nak berlakon lebih2.. dia orang risau sampai nangis2...hahah.. 

Love u danial

nak jadi baby sampai bila2...

minggu ni dah minggu kedua seai persekolahan bermula
tapi, mama still sambung cuti bila doktor bagi mc 10 hari..hari ni tak tahulah endingnya gane..sambung mc atau esok dah blh pergi sekolah.. huwaaaa..saya dah tak sabar nak mengajar ni doktor wehhh..abm bagai dah persiap dari minggu lepas..

memang semangat nak pergi school sebab kan dah lama cuti panjang.. tapi apakan daya..doktor suruh rehat2 kan badan.. 
rehat tau ..bukan pergi berjalan jusco atau pun giant..haha..


Harap sangat hari ni dah boleh keluar wad..
orang lain dok wad sebab dah selamat bersalin
kita dok wad.  Sakit pun idok..keje nak makan je..
orang bagi nasik satu tray tak cukup
Mr hubby siap back up ngan roti dan buah..


Inilah dia anak yang tak de mama.. rambut tak bersikat..serabai ja..kesian sungguh.. macam orang dolu2 pulak.. makan berlapikkan kain batik mama.. sampai ati u baba jadikan kain batik i sprah..ni lah fav anak2.. roti nan.. kalu ada mama.. mesti tak cukup..sebab danial kata mama makan banyak...hihi..





Comments

Popular posts from this blog

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

bila?

Danial sayang, bila kamu mahu mula berjalan? saya sendiri tidak tahu mama, Bulan depan kamu dah nak dapat adik, seronok tak? Seronok mama. Jadi bila kamu nak mula berjalan? Mama dan baba sangat tertunggu-tunggu. Kalau boleh, sekarang juga Danial nak berjalan, macam orang lain. Begitulah kononnya dialog mama dan Danial.  Mama dan baba sangat ingin melihat kamu berjalan, kamu pula suka merangkak saja. Mulanya risau juga, adakah anak mama ok? Siap bawa jumpa doktor lagi, mana taknya Ali Ilhamy, Irdina, Tasneem dan kawan seangkatan Danial sudah lama menjejak langkah... Tapi rupanya setiap yang Allah buat tu semuanya terbaik kan? Danial masih ingin memberi peluang kepada mama dan baba untuk mendukung mu sayang. Bila dah dapat kaki nanti, tak terkejar la pulak. Mama sebenarnya teringin sekali pergi ke masjid kita, sudah lama rasanya tidak melangkah ke sana,  rindu yang teramat mencengkam diri ini, mendengar kuliah bersama-sama baba. Tapi,...

Zahra : 7 bulan

Salam wbt..  Sudah lama mama menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang tak sudah-sudah hinggakan tak sempat nak update tentang diri dan anak-anak. WAN DAMIA AZZAHRA Alhamdulillah, Zahra sudah masuk 7 bulan sudah mula makan macam-macam.. buat masa sekarang, Zahra banyak makan makanan yang dibekalkan oleh cikgu PENGASUH yang sangat baik hati.. nak mengharapkan mama, lambatlah sikit sayang.. Rambut pun dah makin panjang..  Kalau pergi mana-mana, ada saja yang bekenan dengan rambut Zahra, katanya macam topi keledar, siap tanya apa petua mama buat sampai rambut lebat cam gini.. Tak ada apa pun nak dipetuakan.. memang dari lahir lagi rambut Zahra sedia lebat.. Zahra boleh meniarap sekitar umur 5 bulan 11 hari.. Bagus sayang, mama suka dengan perkembangan kamu.. Kamu anak yang sihat. Zahra anak yang sangat mudah dijaga.. mama bersyukur sangat.. Zahra macam faham jer mama ni keje jauh.. Pagi-pagi tak merengek pun, bila mama siap susukan sekitar pukul 6 ...