Skip to main content

Kisah stroller

Assalamualaikum ...
lamanya tak update blog disebabkan malas nak tengok screen lama-lama..
mata saya akan cepat berair dan sangat sensitif dengan cahaya yang terang-terang.. 
Bila pergi jumpa optometris, kena pakai sepek katanya sebab silau tinggi..
kali ni update tentang stroller..
hihi..mentang-mentang la nak dapat baby baru..
nak kena beli stroller ke? Tak de la sebenarnya.. 
kita gunakan yang mana boleh guna... 
cuma, jika ada keperluan yang mendesak, bolehlah beli.

Stroller pertama yang saya dan suami beli adalah jenama scr.. harganya dalam RM160.00.. masa tu pakai beli jer.. xtau pun ada yang canggih2 dan tahan lasak...
beli pun dekat tesko ja.. alhamdulillah.. sempat jugak pakai setahun lebih.. lepas Danial dah sikit.. dia pun tak dok diam dalam stroller.. sampaila tempat duduk stroller tu selalu jatuh2.. xlarat nak baiki.. stoller tu memang dah tak sesuai untuk dia dan dia tak suka duduk sebab selalu tersepit sepit..

Pastu kami beli stroller yang jenis kecik dan ringan nak bawak.. senang nak lipat. Harga pun dalam RM 80.00. Beli yang jenis tu sebab masa pergi rumah kakak kat KL.. pinjam yang dia punya sebab lupa nk bawak stroller..bila guna macam ok je.. stroller tu dah terkoyk rabak..saya siap jahit lagi.. tampal dengan kain jeans.. alahai sungguh gigih.. siap patah2 lagi jarum sebab kain jeans tu tebal sangat... yang bersungguh pi baiki stroller tu pun sebab nak pi sogo.. nak kena bawak 2 stroller..

ingat lagi masa bawak 2 stroller tu.. alahai punyalah susah sebab nak naik turun lif pun nak kena tunggu lama. Suamiku pulak biasa kalau bawak satu stroller dia akan turun ikut eacolator ja.. saya pulak memang takut nak buat keje tu.. takut anak jatuh..lago pun stroller memang tak leh naik escolator pun En. Yusoff ye.. bahaya..tapi dia cakap ok sebab danial dah pakai seat  belt..

kedua dua stroller tu masih dalam simpanan dan digunakan..tapi saya gatai pi beli stroller second hand brand scr8..hihi dah upgrade sikit.. mulanya suami kata membazir.. namun akhirnya dia kata stroller tu yg paling berbaloi.. sebab apa? Danial damia boleh naik skali sebab saiznya agak lebar..memang stroller tu kami guna sungguh2.. pergi zoo, shopping dan kemana je..suami pun xnak bawak stroller lama sebab katanya makan space dalam alza kami.. bawak satu je senang.. stroller pertama scr tu kami juai di mudah.my dan dah sold pun.. alhamdulillah.. kiranya xmembazir pun..

Scr8 yang sangat berbakti.. terima kasih atas jasamu..


stroller yang kedua tu memang kena terima hakikat la bahawa sudah tamat riwayatnya.. nak jual dlam mudah.my pun xsamapai hati sebab dah buruk sangat..

dan yang terbaru.. saya telah mengusulkan proposal untuk beli second hand tandem stroller dengan alasan berikut;
1. Damia memanglah dah nak masuk 3 tahun. Tapi bila pergi berjalan2.. terutamanya shopping complex.. kena  kepung sungguh2 dia.. sebab dia suka lari merata tempat dan tak takut orang.. beza ngan danial.. danial akan sentiasa pegang tangan mama sebab di sudah faham bila saya kata nanti ada orang jahat amik.. dia siap tanya..orang jahat tu macam mana..putih ke hitam.. alahai danial..

2...3...4... reason tak payah dah sebab suami dah luluskan dah.. katanya dia tak kisah..as long as guna sepenuhnya macam scr8 yang saya beli tu.. bayangkan masa mama masum wad.. da sumbat dua orang tu dlam stroller sebab nak kena jalan jauh.. punya lah lasak stroller tu.. pas tu bila saya kata nak juai stroller tu..dia kata tak payah sebab nanti kalu nak guna satu stroller..senang sikit..




Ni double stroller yang tak sampai lagi.. alhamdulillah.. Moga memudahkan urusan kami menguruskan anak2 kecik..
saya beli dengan harga RM420 dari Kedai Anak Kecik Prelove..
mulanya dah ada orang beli stroller ni.. pastu saya pun bersedih hati lah.. terus teringat satu petua tu.. kalau kita xdapat barang yang kita nak.. banyakkan baca ayat 1000 dinar..insya Allah..ada rezeki kita nanti.. maka terkumat kamitlah saya membacanya.. sampai suami pun pelik.. 2 hari pas tu.. sis yg jual stroller msg.. stroller tu dia reservedkan untuk saya.. alhamdulillah..

Suami pun pelik.. katanya bukan ke dah ada orang beli..
bila citer balik.. dia tergelak sakan..
katanya patutlah saya terkumat kamit pas solat maghrib.. ingatkan baca apa.. baca ayat 1000 dinar rupanya..

Alhamdulillah
terima kasih Ya Allah
moga Engkau permudahkan segala urusan kami..


Comments

Popular posts from this blog

~ cameronian ~

alhamdulillah minggu lepas, kita sekeluarga sempat bercuti di Cameron Highland.. Inilah kali kedua mama dan baba ke sana. Sebelum ni kami pergi berdua sahaja, kini kami datang bertiga. Kedatangan kali ini bertujuan untuk mengimbau kenangan manis mama dan baba, dan melaksanakan agenda percutian keluarga yang tertangguh. Sepatutnya kita ke sana minggu cuti sekolah, tapi disebabkan belum diizinkan Allah, minggu lepas baru kita berkesempatan.  Perjalanan dimulakan pada pukul 4.45 pagi. Memang awal, mamalah yang paling bersemangat bangun awal, mengejutkan baba dan Danial. Kesejukan air bukit di Kuala Pegang mennyegarkan kami. Dari bertolak hinggalah sampai ke Hentian Sungai Perak, mama dan Danial ketiduran. Kesian baba memandu keseorangan. Kami tiba di Simpang Pulai lebih kurang pukul 8.30 pagi, baba memang tak drive laju sangat. Saja nak menikmati keindahan alam yang masih menyegarkan, bebas daripada asap kenderaan.  Perjalanan waktu pagi yang sungguh indah..  Baba, mam...

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

Takut untuk makan

Cuti sekolah sudah bermula ! Mama dan Danial sangatlah seronok kerana kita berdua dapat balik ke tanah tumpahnya darah Danial, Jitra.. Rindu Jitra. Sejak minggu lepas lagi, mama sudah sibuk mengemaskan semua barang-barang kita memandangkan Ustazah Azizah akan melangsungkan akad nikah Cik Syahirah dan juga mengadakan majlis selawat dan akikah buat cucunya. Keseronokan berganda buat keluarga ustazah kali ini. Tahniah dari kami. Setelah membuat kerahan tenaga bersama baba, semua barang dapat dipunggah ke dalam kereta dengan jayanya walaupun barang-barang berselarak di sana sini.  Balik ke Jitra memberikan mama peluang untuk kembali beraksi di dapur setelah lama meninggalkannya tak berasap. Sedih sungguh melihatkan keadaan dapur itu, barang-barang banyak yang tidak lengkap memandangkan mama tidak membawa semua barang balik ke JItra. Mama sangat teruja untuk memasak memandangkan sudah lama baba tidak merasa air tangan mama. Hilang selera! Lama sudah rasanya mama asyik hilang ...