Skip to main content

58 days

Medina Humaira sudah 58 days 
sekejap jer masa berlalu kan? 
Menjelang 2 bulan, Medina pun dh lain dah
malam2 suka tidur je, hanya bangun sekali untuk menyusu
dia akan around pukul 4.30 - 5.00 pagi
sekaligus mengejutkan mama untuk bangun pumping
malam2, nal tidur kena ulik2, manja2, peluk2 baru la nak tidur
tapi skang, mama ngan baba berebut rebut pulak nak tidurkan si baby after baca satu posting tentang baby language...
nak tau ape mendenya yang totally dh ubah kami?
Menurut artikel tersebut, peluang untuk parents peluk cium gendong baby cuma satu tempoh yang pendek iaitu lebih kurang setahun sepanjang hidupnya.. 
ya betul sangat kan? Dalam lebih kurang tempoh tu je anak akan suka kita peluk cium dia sentiasa.. bila dah boleh jalan..
tentunya dia lagi lari sana sini, panjat2, main ngan kawan2...
kita pun dah tak de chance dah..


Muka medina iras Danial masa kecik2
pengasuh pun perasan mende ni..
minggu lepas mama dah try2 hantar Medina ke pengasuh
alhamdulillah
Medina dapat minum ebm mama dengan baik..
minum banyak pulak tu..siap tak cukup Lagi
Setiap kali hantar, Medina akan dibekalkan dengan 8oz susu simpanan
insya Allah.. cukup sampai ke petang...
mama biasa akan amik Medina around pukul 2.30 petang

perjuangan baru bermula..
insya Allah penyusuan kali ini akan berjaya sampai ke hujungnya
jika Damia dulu mama mampu bertahan setahun lebih memgusung pam ke kota bukit, mencuri masa mengepam di waktu luang, menyorok bawah meja untuk pastikan keadaan selamat untuk pumping, kali ini nampak keadaan lebih mudah
insya Allah..kita berusaha dengan izin Nya jua..

Comments

Popular posts from this blog

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

bila?

Danial sayang, bila kamu mahu mula berjalan? saya sendiri tidak tahu mama, Bulan depan kamu dah nak dapat adik, seronok tak? Seronok mama. Jadi bila kamu nak mula berjalan? Mama dan baba sangat tertunggu-tunggu. Kalau boleh, sekarang juga Danial nak berjalan, macam orang lain. Begitulah kononnya dialog mama dan Danial.  Mama dan baba sangat ingin melihat kamu berjalan, kamu pula suka merangkak saja. Mulanya risau juga, adakah anak mama ok? Siap bawa jumpa doktor lagi, mana taknya Ali Ilhamy, Irdina, Tasneem dan kawan seangkatan Danial sudah lama menjejak langkah... Tapi rupanya setiap yang Allah buat tu semuanya terbaik kan? Danial masih ingin memberi peluang kepada mama dan baba untuk mendukung mu sayang. Bila dah dapat kaki nanti, tak terkejar la pulak. Mama sebenarnya teringin sekali pergi ke masjid kita, sudah lama rasanya tidak melangkah ke sana,  rindu yang teramat mencengkam diri ini, mendengar kuliah bersama-sama baba. Tapi,...

Zahra : 7 bulan

Salam wbt..  Sudah lama mama menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang tak sudah-sudah hinggakan tak sempat nak update tentang diri dan anak-anak. WAN DAMIA AZZAHRA Alhamdulillah, Zahra sudah masuk 7 bulan sudah mula makan macam-macam.. buat masa sekarang, Zahra banyak makan makanan yang dibekalkan oleh cikgu PENGASUH yang sangat baik hati.. nak mengharapkan mama, lambatlah sikit sayang.. Rambut pun dah makin panjang..  Kalau pergi mana-mana, ada saja yang bekenan dengan rambut Zahra, katanya macam topi keledar, siap tanya apa petua mama buat sampai rambut lebat cam gini.. Tak ada apa pun nak dipetuakan.. memang dari lahir lagi rambut Zahra sedia lebat.. Zahra boleh meniarap sekitar umur 5 bulan 11 hari.. Bagus sayang, mama suka dengan perkembangan kamu.. Kamu anak yang sihat. Zahra anak yang sangat mudah dijaga.. mama bersyukur sangat.. Zahra macam faham jer mama ni keje jauh.. Pagi-pagi tak merengek pun, bila mama siap susukan sekitar pukul 6 ...