Skip to main content

T-Shirt Labuh Muslimah

Bermula tahun lepas, mama banyak mengumpulkan t-shirt labuh. Senang sket nak g sukan skolah ataupun jalan-jalan. Berfesyen yang menutup aurat tu kan baik sayang. Mama dah beli satu untuk Januari punya. Tengok ni, cantikkan? Baba kata ok, mama on je la.

Seperti mama kata, baba always right. muslimah kena menutup aurat dengan sempurna. Mama malu dengan baba. Selalu mama degil bila baba tegur. Isteri yang tak dengar cakap suami tak boleh masuk syurga. Bila ingat macam tu tahu pula rasa takut. 
patern ni sedikit kecik dan singkat.. tapi dah ada dua helai.. beli ngan cikgu balqis..
mama nak beli yang ni bulan depan.. m0ga tak abis stok..

Comments

  1. lawa lah yg itam 2..aritu beli ngn kawan scr online. parcel dh sampai pejabat pntadbiran polimas tp sampai hari ni parcel 2 tak dpt dikesan kr mana. tak tahu sapa ambik..frust betul

    ReplyDelete
  2. biasa saya guna alamat opis hubby, terus dapat.. ade la tersangkut kat sape2 tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

bila?

Danial sayang, bila kamu mahu mula berjalan? saya sendiri tidak tahu mama, Bulan depan kamu dah nak dapat adik, seronok tak? Seronok mama. Jadi bila kamu nak mula berjalan? Mama dan baba sangat tertunggu-tunggu. Kalau boleh, sekarang juga Danial nak berjalan, macam orang lain. Begitulah kononnya dialog mama dan Danial.  Mama dan baba sangat ingin melihat kamu berjalan, kamu pula suka merangkak saja. Mulanya risau juga, adakah anak mama ok? Siap bawa jumpa doktor lagi, mana taknya Ali Ilhamy, Irdina, Tasneem dan kawan seangkatan Danial sudah lama menjejak langkah... Tapi rupanya setiap yang Allah buat tu semuanya terbaik kan? Danial masih ingin memberi peluang kepada mama dan baba untuk mendukung mu sayang. Bila dah dapat kaki nanti, tak terkejar la pulak. Mama sebenarnya teringin sekali pergi ke masjid kita, sudah lama rasanya tidak melangkah ke sana,  rindu yang teramat mencengkam diri ini, mendengar kuliah bersama-sama baba. Tapi,...

Zahra : 7 bulan

Salam wbt..  Sudah lama mama menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang tak sudah-sudah hinggakan tak sempat nak update tentang diri dan anak-anak. WAN DAMIA AZZAHRA Alhamdulillah, Zahra sudah masuk 7 bulan sudah mula makan macam-macam.. buat masa sekarang, Zahra banyak makan makanan yang dibekalkan oleh cikgu PENGASUH yang sangat baik hati.. nak mengharapkan mama, lambatlah sikit sayang.. Rambut pun dah makin panjang..  Kalau pergi mana-mana, ada saja yang bekenan dengan rambut Zahra, katanya macam topi keledar, siap tanya apa petua mama buat sampai rambut lebat cam gini.. Tak ada apa pun nak dipetuakan.. memang dari lahir lagi rambut Zahra sedia lebat.. Zahra boleh meniarap sekitar umur 5 bulan 11 hari.. Bagus sayang, mama suka dengan perkembangan kamu.. Kamu anak yang sihat. Zahra anak yang sangat mudah dijaga.. mama bersyukur sangat.. Zahra macam faham jer mama ni keje jauh.. Pagi-pagi tak merengek pun, bila mama siap susukan sekitar pukul 6 ...