Skip to main content

~ puting kosong ~

danial, mama sangat fobia dengan puting kosong.. bukan pe banyak dah citer yang mama dengar tentangnya.. tapi nampaknya anak mama ni sgt sukakannya bila nak tido.. 

masa pregnant dulo2.. kak ipar sering ingatkan jangan bagi puting kosong kat anak.. nanti gigi anak sedikit ke depan.. saya pun janji pada diri sendiri tak bg anak puting kosong..

bila danial lahir.. masa minum susu, susu meleleh-leleh kat tepi bibir..
masa lapar danial minum elok je.. setitik pun tak leleh..
tapi bila dah kenyang, tapi gak gigit benda, danial hisap puting tapi luahkan susu..
jadi mama kena pamkan lebih..
mak mertua sarankan beli puting itu.. kami pun belilah..
ada gak saya tanya, ada ape2 kesan tak..
mak kata bagi masa belum tumbuh gigi.. ade benarnya..
lagi pun mak kata anak2 nya termasuklah hubby saya pun pakai puting itu..

konfius2.. 
bila refer kat sini.. drazwan.blogspot.com dan susuibu.com rata2nya tidak menyokong penggunaan puting ni..
ye la da terang2 tulis kat botol tu "PENGGUNAAN BOTOL SUSU, PUTING, DAN PUTING KOSONG BOLEH MENGGANGGU PENYUSUAN IBU" lebih kurang camtu la bunyinya..

hubby plak berkata " jangan risau, nanti dia dah besar sket kita buangla.." 
bukan pe sayang oi.. mama takut ia jadi satu habit...
buat masa sekarang, keadaan masih lagi terkawal..
tu pun, mama banyak luangkan masa ngan danial..
bagi je susu walaupun meleleh-leleh..
kita cuba buat yang terbaik sebelum terlambat..


  danial dan puting kosongnya... harap cepat2 dapat buang puting ni dalam hidup kami.,,.

Comments

  1. nanti jd mcm kakak auni..
    dulu dia xbrapa nak sgt,skrg xmo lepas lgsung. gigi dah ke dpn..

    ReplyDelete
  2. harap2 auni cepat2 dpt tinggal puting tuh.. mesti lagi comel..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

bila?

Danial sayang, bila kamu mahu mula berjalan? saya sendiri tidak tahu mama, Bulan depan kamu dah nak dapat adik, seronok tak? Seronok mama. Jadi bila kamu nak mula berjalan? Mama dan baba sangat tertunggu-tunggu. Kalau boleh, sekarang juga Danial nak berjalan, macam orang lain. Begitulah kononnya dialog mama dan Danial.  Mama dan baba sangat ingin melihat kamu berjalan, kamu pula suka merangkak saja. Mulanya risau juga, adakah anak mama ok? Siap bawa jumpa doktor lagi, mana taknya Ali Ilhamy, Irdina, Tasneem dan kawan seangkatan Danial sudah lama menjejak langkah... Tapi rupanya setiap yang Allah buat tu semuanya terbaik kan? Danial masih ingin memberi peluang kepada mama dan baba untuk mendukung mu sayang. Bila dah dapat kaki nanti, tak terkejar la pulak. Mama sebenarnya teringin sekali pergi ke masjid kita, sudah lama rasanya tidak melangkah ke sana,  rindu yang teramat mencengkam diri ini, mendengar kuliah bersama-sama baba. Tapi,...

Zahra : 7 bulan

Salam wbt..  Sudah lama mama menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang tak sudah-sudah hinggakan tak sempat nak update tentang diri dan anak-anak. WAN DAMIA AZZAHRA Alhamdulillah, Zahra sudah masuk 7 bulan sudah mula makan macam-macam.. buat masa sekarang, Zahra banyak makan makanan yang dibekalkan oleh cikgu PENGASUH yang sangat baik hati.. nak mengharapkan mama, lambatlah sikit sayang.. Rambut pun dah makin panjang..  Kalau pergi mana-mana, ada saja yang bekenan dengan rambut Zahra, katanya macam topi keledar, siap tanya apa petua mama buat sampai rambut lebat cam gini.. Tak ada apa pun nak dipetuakan.. memang dari lahir lagi rambut Zahra sedia lebat.. Zahra boleh meniarap sekitar umur 5 bulan 11 hari.. Bagus sayang, mama suka dengan perkembangan kamu.. Kamu anak yang sihat. Zahra anak yang sangat mudah dijaga.. mama bersyukur sangat.. Zahra macam faham jer mama ni keje jauh.. Pagi-pagi tak merengek pun, bila mama siap susukan sekitar pukul 6 ...