Skip to main content

Kami Menyokong Penyusuan Ibu

Sebelum bersalin, mama langsung tidak mengambil tahu tentang penyusuan ibu. Ada la sekali JM kat Kuala Pegang bagitau tentang penyusuan ibu, dan mama iyakan saja. Selepas bersalin barulah mama tahu breastfeeding is the best for the baby. Jadi mama pun berusalah untuk mengajar Danial untuk menyusu badan. Mama gagahkan diri untuk ke hospital, nak susukan Danial. Tapi masa g sana, Danial plak tido.. kuciwa gak la.. penat baba usik-usik Danial supaya bangun, Danial lagi syok tido. Penat ye sayang.. berjuang masa nak keluar dari perut mama.

Ni lah rumah pertama Danial.. syok tak dok dalam tu? Panas macam dalam perut mama kan? 


Bila balik rumah, Danial dan terbiasa dengan penggunaan picagari yang alirannya lebih laju daripada bf, mama plak kesian nak paksa2 Danial bf, jadi mama pamkan susu untuk anak kesayangan mama ni.. pam yang baba belikan.,. DR BABy.. thanks to baba.. pandai menguruskan kami berdua.. jadi tiap-tiap kali nak minum susu, kenalah pam.. sampai la skang.. skang mama dah memiliki 3 pam susu yang semuanya berjumlah RM640.00.
.pam medela harmony yang dibeli daripada acik Munirah Embong, RM 195.00

ni plak pam spectra 3.. mama beli satu set, RM600.00..

Tq to Allah.. dengan rezeki yang diberikan, boleh mama beli pam2 ni.. pam yang sangat membantu mama untuk menyediakan susu buat Danial..

Moga Allah terus kuatkan semangat mama untuk menyusu Danial.. mama sayang baba dan Danial..

Comments

Popular posts from this blog

♡ oh my danial!! ♡

Pagi-pagi lagi, lepas tuang sebakul mainan yang mama baru kemas, Abang Danial mengalunkan iqamat dan terus solat sambil duduk dengan bacaan versi 2 tahun 10 bulan.. Main lego.. lego tu beli masa Danial umur 8 bulan lagi.. skang nak cari yg macam tu payah nak jumpa. Tengok kat cmart minggu lepas ada la, tapi harinya sekali ganda.. kn tunggu mama kumpul duit dulu la...  Sebakul bola-bola kecil ditaburkan sekitar ruang tamu.. bersabarlah wahai hati..

HOMESCHOOL: Masak

Danial anak yang sangat rajin.. Terima kasih kerana sudi  kemaskan peti sejuk potongkan sawi kemaskan periuk belanga mama kutip pinggan mangkuk yang dah basuh dan letak dalam sink (termasuklah handphone mama dan kopiah baba) semua Danial letak dalam sink. Lipatkan kain-kain yang mama dah lipat.. Syukran sayang, i love u so much oK, sekarang saya nak kemaskan ruang tamu.. mama nak tolong tak? Mama, jom kita masak! Danial nak buat sup sayur.. Mesti sodap.. Pandai sungguh, siang sayur pakai pen.. DANIAL MEMANG PANDAI!

Sanah Helwah Damia Azzahra

Today, my little hunny bunny; Damia Azzahra is two years old... Sungguh, sekejap je rasanya masa dua tahun itu berlalu. Dan saya berasa sangat kagum dengan kuasa Allah bila melihatkan dia.  Betapa besar pergantungan saya kepada Allah saat Damia dilahirkan pada minggu ke 34 dalam kandungan. Sebulan lebih awal daripada jangkaan. Sama seperti abangnya Danial. Jika ikutkan perkembangan dia dari kecil. Damia agak ketinggalan daripada segi perkembangan fizikal. Bayangkan, anak orang lain 9 bulan dah bertatih, dia baru nak mula merangkak. Masa tu kebetulan ada anak kawan yang sebaya dengan dia, jadi adalah yang membuat perbandingan. Dalam hati saya, sabo je lah. Saya memang dah tanamkan dalam minda;   perkembangan anak memang berbeza beza. Jadi, jangan banding bandingkan. Masuk setahun 5 bulan barulah Damia betul betul boleh jalan. Tapi hikmah yang terbesar yang saya dapat lihat ialah dia lebih cepat bercakap.  Setahun 10 bulan, dia sudah lancar surah al fatihah. Dan saya rekod