Skip to main content

Danial dah pandai..

sayang, sekarang mama dan baba senang hati tengok danial.. Danial dah pandai atur waktu tidur sayang. Petang2 Danial jaga, manja-manja dengan mama baba.. malam barulah Danial lelapkan mata, tidur yang sangat nyenyak. 

Badan danial pun dah tembam. Geram mama tengok. Kesian Danial, asyik kena gigit dengan mama je. Pipi Danial macam donat, mana mama tak geram. Bila Danial tidur, mama amik peluang kelebek2 tangan kaki Danial. Semuanya comel dan cuti. 

ni lah little khalifah mama baba.. pipi dah tembam.. kuat menyusu plak tu.. ni saje kacau Danial tido, jgn marah ye sayang..

Comments

Popular posts from this blog

♡ oh my danial!! ♡

Pagi-pagi lagi, lepas tuang sebakul mainan yang mama baru kemas, Abang Danial mengalunkan iqamat dan terus solat sambil duduk dengan bacaan versi 2 tahun 10 bulan.. Main lego.. lego tu beli masa Danial umur 8 bulan lagi.. skang nak cari yg macam tu payah nak jumpa. Tengok kat cmart minggu lepas ada la, tapi harinya sekali ganda.. kn tunggu mama kumpul duit dulu la...  Sebakul bola-bola kecil ditaburkan sekitar ruang tamu.. bersabarlah wahai hati..

HOMESCHOOL: Masak

Danial anak yang sangat rajin.. Terima kasih kerana sudi  kemaskan peti sejuk potongkan sawi kemaskan periuk belanga mama kutip pinggan mangkuk yang dah basuh dan letak dalam sink (termasuklah handphone mama dan kopiah baba) semua Danial letak dalam sink. Lipatkan kain-kain yang mama dah lipat.. Syukran sayang, i love u so much oK, sekarang saya nak kemaskan ruang tamu.. mama nak tolong tak? Mama, jom kita masak! Danial nak buat sup sayur.. Mesti sodap.. Pandai sungguh, siang sayur pakai pen.. DANIAL MEMANG PANDAI!

Sanah Helwah Damia Azzahra

Today, my little hunny bunny; Damia Azzahra is two years old... Sungguh, sekejap je rasanya masa dua tahun itu berlalu. Dan saya berasa sangat kagum dengan kuasa Allah bila melihatkan dia.  Betapa besar pergantungan saya kepada Allah saat Damia dilahirkan pada minggu ke 34 dalam kandungan. Sebulan lebih awal daripada jangkaan. Sama seperti abangnya Danial. Jika ikutkan perkembangan dia dari kecil. Damia agak ketinggalan daripada segi perkembangan fizikal. Bayangkan, anak orang lain 9 bulan dah bertatih, dia baru nak mula merangkak. Masa tu kebetulan ada anak kawan yang sebaya dengan dia, jadi adalah yang membuat perbandingan. Dalam hati saya, sabo je lah. Saya memang dah tanamkan dalam minda;   perkembangan anak memang berbeza beza. Jadi, jangan banding bandingkan. Masuk setahun 5 bulan barulah Damia betul betul boleh jalan. Tapi hikmah yang terbesar yang saya dapat lihat ialah dia lebih cepat bercakap.  Setahun 10 bulan, dia sudah lancar surah al fatihah. Dan saya rekod