Skip to main content

ALONG - setahun 3 bulan

Along Danial, gelaran yang diberikan oleh ummu Muhammad, kini sudah sangatlah besar. Maafkan maaf kerana kurang kesempatan untuk update progress Along dengan adik kerana banyak urusan yang menyibukkan mama. Along makin pandai, Along makin soleh.

Disember 2011 - Genaplah setahun umur Along, mama sangatlah seronok melihat Along membesar dengan baik. Namun, Along selalu demam-demam seperti kanak-kanak lain. Bila mama tanya pandai doktor, itu adalah biasa. Begitu juga kata nenek kerana Pak Long dulu juga suka demam semasa kecil.

Januari 2012 - Along setahun sebulan. Masih belum boleh berjalan. Mama dan baba sentiasa positif, Along masih ada 5 bulan sebelum adik dilahirkan. Along masih ada masa. Along seperti biasa, menjadi rutin bulanan, demam untuk bermanja dengan mama dan baba. Along juga ditahan wad di Hospital Baling. Kenangan paling tidak dapat dilupakan sepanjang berada di Baling.

Februari 2012 - Setahun 2 bulan. Danial ikut mama berpindah ke Jitra. Bukan main sedih lagi pengasuh Along di Kuala Pegang. Kesian pula mama melihatnya. Menangis-nangis peluk Along buat kali terakhir sebelum kita berpindah ke Jitra. Apa tidaknya, daripada kecil menjaga Along dengan sangat baik sekali, siap rindu-rindu bila kita bercuti panjang. 

Mac 2012 - Along mula suka tinggal di Qaseh Suci. Bila balik sekolah, nampak seronok jer. Tak macam mula-mula mama dan baba hantar dulu, asyik menangis saja. Along makin manja dengan mama. Nak dapat adik katakan. Malam-malam masih nak menyusu. Membuatkan mama tak sampai hati tak bagi. Mama sendiri tak tahan bila digigit gigi taring Along yang sudah menumbuh. Sakit yang amat, bila mama tepuk kaki Along, Along akan kata " apo ni" .. itulah yang Along suka sebut sekarang. Meniru semula percakapan mama bila marahkan Along. Lucu juga Along ni. Rasa nak cubit-cubit pipi Along. 


Comments

  1. wah taring along dah tumbuh..along sini taring tak tumbuh lagi..takde taring pun sakit aduhai

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

bila?

Danial sayang, bila kamu mahu mula berjalan? saya sendiri tidak tahu mama, Bulan depan kamu dah nak dapat adik, seronok tak? Seronok mama. Jadi bila kamu nak mula berjalan? Mama dan baba sangat tertunggu-tunggu. Kalau boleh, sekarang juga Danial nak berjalan, macam orang lain. Begitulah kononnya dialog mama dan Danial.  Mama dan baba sangat ingin melihat kamu berjalan, kamu pula suka merangkak saja. Mulanya risau juga, adakah anak mama ok? Siap bawa jumpa doktor lagi, mana taknya Ali Ilhamy, Irdina, Tasneem dan kawan seangkatan Danial sudah lama menjejak langkah... Tapi rupanya setiap yang Allah buat tu semuanya terbaik kan? Danial masih ingin memberi peluang kepada mama dan baba untuk mendukung mu sayang. Bila dah dapat kaki nanti, tak terkejar la pulak. Mama sebenarnya teringin sekali pergi ke masjid kita, sudah lama rasanya tidak melangkah ke sana,  rindu yang teramat mencengkam diri ini, mendengar kuliah bersama-sama baba. Tapi,...

Zahra : 7 bulan

Salam wbt..  Sudah lama mama menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang tak sudah-sudah hinggakan tak sempat nak update tentang diri dan anak-anak. WAN DAMIA AZZAHRA Alhamdulillah, Zahra sudah masuk 7 bulan sudah mula makan macam-macam.. buat masa sekarang, Zahra banyak makan makanan yang dibekalkan oleh cikgu PENGASUH yang sangat baik hati.. nak mengharapkan mama, lambatlah sikit sayang.. Rambut pun dah makin panjang..  Kalau pergi mana-mana, ada saja yang bekenan dengan rambut Zahra, katanya macam topi keledar, siap tanya apa petua mama buat sampai rambut lebat cam gini.. Tak ada apa pun nak dipetuakan.. memang dari lahir lagi rambut Zahra sedia lebat.. Zahra boleh meniarap sekitar umur 5 bulan 11 hari.. Bagus sayang, mama suka dengan perkembangan kamu.. Kamu anak yang sihat. Zahra anak yang sangat mudah dijaga.. mama bersyukur sangat.. Zahra macam faham jer mama ni keje jauh.. Pagi-pagi tak merengek pun, bila mama siap susukan sekitar pukul 6 ...