Skip to main content

Kisah setahun

Setahun yang hebat ! 
Danial berjaya melangkah setahun pertama dalam hidup kamu dengan cukup hebat sekali. Danial membesar dengan cukup hebat. Mana tidak hebatnya, Danial berjaya menjadi hero, menemani mama di Kuala Pegang, menyapu air mata mama tatkala mama menagis kepayahan, menemani kegelapan malam tanpa tangisan tatkala bekalan elektrik di rumah sewa kita terputus, berulang alik dari Jitra ke Kuala Pegang dan macam-macam perkara hebat yang Danial berjaya lakukan. Alhamdulillah !

Kisah kelahiran 
Danial dilahirkan oleh mama pada usia 34 minggu 
tanggal 1 Muharram 1432 Hijrah
jatuh pada hari Ahad, 5 Disember 2011
Danial dilahirkan di Hospital Sultanah Bahiyah oleh Doktor Rahimah, usianya sebaya mama.
Danial lahir dengan berat 2.14 kilogram dan ketinggian 42 cm.

Kisah penyusuan
Kisah penyusuan tidak lengkap Danial banyak membuat mama rasa bersalah.
Di awal kelahiran, mama menyusukan Danial sepenuh masa dengan susu badan
ketika itu, Danial langsung tidak mahu menyusu secara terus,
Danial banyak terbiasa dengan penggunaan botol susu dan picagari memandangkan Danial tinggal di dalam inkubator selama seminggu
Jadi, mama akan mengepam susu dan Danial akan minum melalui botol,
Bercerita tentang pam susu, mama dan baba telah membeli 3 pam susu untuk memastikan proses penyusuan ibu berjaya,
pam yang pertama adalah daripada papa, pam yang banyak meninggalkan kenangan manis buat mama dan baba, apa yang manisnya? Mengepam hingga bengkak tangan, tapi hasilnya cuma 1 hingga 2 oz sahaja,
Mama beralih kepada pam Madela Harmony, mama beli sekitar RM 200. Harmony yang cukup membantu, susu keluar mencurah-curah, murah sunggguh rezeki Danial, mama pun seronok...
Penyusan Danial terus dijayakan dengan pembelian pam elektrik Spectra 3, mama beli dengan kawan, juga sangat membantu untuk mendapatkan susu yang banyak, terutamanya bila mama menggunakan kaedah double pumping,  mama berjaya membuat stok susu yang banyak...
Mac 2011, mama mula bekerja, mama bawa Danial tinggal dengan mama di Kuala Pegang,
masalah mula timbul apabila di sana tidak ada peti sejuk, mama selalu simpan susu Danial dirumah pengasuh memandangkan dia tidak ada anak, mama pam dan simpan, 
satu ketika, stok susu mula berkuarangan memandangkan mama sendiri keletihan, stress dan tidak sempat untuk mengepam di rumah.. dan Danial mula minum susu formula...

Danial yang sihat!
Alhamdulillah, mama berjaya menjaga dengan baik
Dengan izin Allah juga,  Danial jarang sekali demam,
bila Danial demam, Danial akan baring saja,
Bukannya menangis dan merengek-rengek
Bukannya berjaga malam,
Danial tahu, baba di Jitra, tingga mama je,
Tu sebab Danial tak meragam..

Danial yang kuat jiwanya ! 
Hai anakku yang kuat jiwanya,
terima kasih kerana menjadi anak yang kuat jiwanya,
sejak kecil sudah terpaksa bersusah, 
letih membesar di dalam kereta,
serak suara menangis menemani mama memandu, 
semua itu menjadikan Danial kuat jiwanya..



Comments

  1. danial hensem dah botak.. ;) bace kisah mama dan danial buat nak menitis air mate..betape kuatnya name seorang ibu demi anaknye.. mudah2an Allah kurniakan nikmat yg tidak terkira hebatnya dgn segala pengorbanan mama..bukan calang2..mama mampu tangani dgn baik..sgt bangge!!

    ReplyDelete
  2. moga Allah terus bagi kekuatan buat kami, insya Allah, ada hikmah disebalik semuanya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

bila?

Danial sayang, bila kamu mahu mula berjalan? saya sendiri tidak tahu mama, Bulan depan kamu dah nak dapat adik, seronok tak? Seronok mama. Jadi bila kamu nak mula berjalan? Mama dan baba sangat tertunggu-tunggu. Kalau boleh, sekarang juga Danial nak berjalan, macam orang lain. Begitulah kononnya dialog mama dan Danial.  Mama dan baba sangat ingin melihat kamu berjalan, kamu pula suka merangkak saja. Mulanya risau juga, adakah anak mama ok? Siap bawa jumpa doktor lagi, mana taknya Ali Ilhamy, Irdina, Tasneem dan kawan seangkatan Danial sudah lama menjejak langkah... Tapi rupanya setiap yang Allah buat tu semuanya terbaik kan? Danial masih ingin memberi peluang kepada mama dan baba untuk mendukung mu sayang. Bila dah dapat kaki nanti, tak terkejar la pulak. Mama sebenarnya teringin sekali pergi ke masjid kita, sudah lama rasanya tidak melangkah ke sana,  rindu yang teramat mencengkam diri ini, mendengar kuliah bersama-sama baba. Tapi,...

Zahra : 7 bulan

Salam wbt..  Sudah lama mama menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang tak sudah-sudah hinggakan tak sempat nak update tentang diri dan anak-anak. WAN DAMIA AZZAHRA Alhamdulillah, Zahra sudah masuk 7 bulan sudah mula makan macam-macam.. buat masa sekarang, Zahra banyak makan makanan yang dibekalkan oleh cikgu PENGASUH yang sangat baik hati.. nak mengharapkan mama, lambatlah sikit sayang.. Rambut pun dah makin panjang..  Kalau pergi mana-mana, ada saja yang bekenan dengan rambut Zahra, katanya macam topi keledar, siap tanya apa petua mama buat sampai rambut lebat cam gini.. Tak ada apa pun nak dipetuakan.. memang dari lahir lagi rambut Zahra sedia lebat.. Zahra boleh meniarap sekitar umur 5 bulan 11 hari.. Bagus sayang, mama suka dengan perkembangan kamu.. Kamu anak yang sihat. Zahra anak yang sangat mudah dijaga.. mama bersyukur sangat.. Zahra macam faham jer mama ni keje jauh.. Pagi-pagi tak merengek pun, bila mama siap susukan sekitar pukul 6 ...