Skip to main content

Takut untuk makan

Cuti sekolah sudah bermula ! Mama dan Danial sangatlah seronok kerana kita berdua dapat balik ke tanah tumpahnya darah Danial, Jitra.. Rindu Jitra. Sejak minggu lepas lagi, mama sudah sibuk mengemaskan semua barang-barang kita memandangkan Ustazah Azizah akan melangsungkan akad nikah Cik Syahirah dan juga mengadakan majlis selawat dan akikah buat cucunya. Keseronokan berganda buat keluarga ustazah kali ini. Tahniah dari kami. Setelah membuat kerahan tenaga bersama baba, semua barang dapat dipunggah ke dalam kereta dengan jayanya walaupun barang-barang berselarak di sana sini. 

Balik ke Jitra memberikan mama peluang untuk kembali beraksi di dapur setelah lama meninggalkannya tak berasap. Sedih sungguh melihatkan keadaan dapur itu, barang-barang banyak yang tidak lengkap memandangkan mama tidak membawa semua barang balik ke JItra. Mama sangat teruja untuk memasak memandangkan sudah lama baba tidak merasa air tangan mama.

Hilang selera!
Lama sudah rasanya mama asyik hilang selera makan. Mungkin kerana kepenatan atau mama sendiri yang malas untuk memasak dan mencari makanan. Jika di Kuala Pegang, mama lebih senang makan di sekolah. Petang dan malam, menunya ialah apa sahaja yang sedia ada, tiada langsung usaha untuk memasak, lagi pun baba di Jitra. Jika lapar sangat, mama akan terus tidur.

Takut untuk makan
Mama sebenarnya dilanda sindrom takut untuk makan. Takut apa bendanya? Takut sebab sekarang ni banyak sangat benda yang meragukan. Bila mama nak makan di kedai, mama akan timbulkan banyak persoalan dalam diri,antaranya;
  1. tukang masak ni solat ke tak
  2. telur basuh ke
  3. dia guna barang yang ada halal ke

Persoalan yang timbul membuatkan mama hanya pergi makan di kedai yang sama setiap hari, sampai masanya mama sendiri sudah jemu, dalam hati tertanya-tanya, bila la mama dapat makan nasi, ikan bakar cicah budu? Sindrom terlalu takut untuk makan pernah timbul secara seriusnya dalam diri mama semasa mengandungkan Danial dulu. Mama begitu alah dengan makanan di kedai. Setiap hari mama akan masak, bermula daripada sarapan hinggalah makan malam. Masa tu sangatlah larat dan berdisiplin untuk bangun awal memandangkan kedua-dua mama dan baba kena travel agak jauh untuk sampai ke tempat kerja. Hinggakan bila nak balik kampung pun mama akan tetap masak untuk di bawa bekal. Takut sekali untuk makan di kedai-kedai yang meragukan.
penambah perisa yang pasti ada di mana-mana restoren, takut untuk makan

Azam Memasak
Mama teringat satu papan iklan yang dapat dilihat tepi jalan raya ketika pulang ke kampung,.. azam kerja, azam niaga, dan macam-macam azam lagi la.. Tapi mama punya keazaman ialah untuk memasak makanan yang sedap-sedap dan hebat-hebat untuk keluarga kita. Menurut Prof. Dr Muhaya, kita hendaklah membuat perkara yang terbaik sahaja. Jadi mama pun begitu, sudah ada yang berjaya, namun masih banyak yang belum tercapai. Biar nanti, baba dan anak-anak mama makan makanan air tangan mama sahaja, pergi sekolah nanti kita bawa bekal yang Danial sendiri seronok nak bawa. Ada macam-macam menu, semuanya homemade.ok!. Insya Allah..

Comments

  1. yeah~~~
    ummu danial nak mula beraksi,hihi

    ReplyDelete
  2. aksi dimulakan dengan sambal kicap che' adil, tapi tak mengancam sama dengan yg di shah alam ari tu, kurang apa ntah..

    ReplyDelete
  3. tengah bawa perut memang camtu....suka air tangan org lain dari air tgn sendiri.hihhi.cuba lagi. =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

~ cameronian ~

alhamdulillah minggu lepas, kita sekeluarga sempat bercuti di Cameron Highland.. Inilah kali kedua mama dan baba ke sana. Sebelum ni kami pergi berdua sahaja, kini kami datang bertiga. Kedatangan kali ini bertujuan untuk mengimbau kenangan manis mama dan baba, dan melaksanakan agenda percutian keluarga yang tertangguh. Sepatutnya kita ke sana minggu cuti sekolah, tapi disebabkan belum diizinkan Allah, minggu lepas baru kita berkesempatan.  Perjalanan dimulakan pada pukul 4.45 pagi. Memang awal, mamalah yang paling bersemangat bangun awal, mengejutkan baba dan Danial. Kesejukan air bukit di Kuala Pegang mennyegarkan kami. Dari bertolak hinggalah sampai ke Hentian Sungai Perak, mama dan Danial ketiduran. Kesian baba memandu keseorangan. Kami tiba di Simpang Pulai lebih kurang pukul 8.30 pagi, baba memang tak drive laju sangat. Saja nak menikmati keindahan alam yang masih menyegarkan, bebas daripada asap kenderaan.  Perjalanan waktu pagi yang sungguh indah..  Baba, mam...

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

~ Cuti-cuti Indah ~

Percutian kali ini sungguh indah, seronok dan relax buat mama. SEronoknya dapat bermain-main dengan Danial, melayan benda-benda baru yang Danial baru belajar dan sangat teruja tunjukkan pada mama. Banyak sangat perkembangan Danial yang mama dapat lihat sepanjang cuti sekolah ni.. Seronok, rupa-rupanya anak mama sangat pandai. Doa mama buat Danial. Perkembangan setahun Mama masih belum puas bercerita tentang kamu sayang. Rasanya terlalu banyak nak coretkan. Danial menunjukkan perkembangan psikomotor yang sangat memberangsangkan. Walaupun masih belum boleh berjalan, Danial merangkak tersangatlah laju. Danial juga kuat memanjat. Pantang nampak tangga dan grill  mesti nak panjat. Ada yang geleng  kepala melihat aksi Danial. Alhamdulillh Bila Danial berdiri, sudah jarang sekali jatuh-jatuh. Moga Danial cepat-cepat boleh berjalan kerana perut mama pun semakin besar, Danial pun sudah 10 kg,... mengah juga mama dan mendukung kamu sayang.  Mana tak 10kgnya, Danial kuat ...