Skip to main content

~ Kampung BOY ~

Alhamdulillah, sudah hampir lapan bulan Danial membesar..
Tinggal di Kuala Pegang pula sudah 5 bulan,
maksudnya dah lima bulan Danial jadi Kampung BOY
Sangat seronok rupanya tinggal di kampung
Paginya sangat sejuk
tambahan pula, rumah sewa kami di kaki bukit
kena pulak air kolah pagi2 hari, terlompat-lompatlah Danial,
masa kecil-kecil dulu, bila nak mandi pastilah bunyi Danial meminta tolong
tolong,tolong,tolong, saya sangat sejuk, tak mau mandi,
macam tu la lebih kurang maksudnya,
tapi kini Danial sudah terbiasa dengan suasana kampung,
air kolah yang sangat sejuk itu menjadi kesukaannya,
apatah lagi dapat mandi air telaga dirumah pengasuh,
sengih sampai ke telingalah si kecil itu,
kata orang bandar, air telaga kotor,
tapi air telaga tu lah yang ada tak bercampur dengan apa-apa,
keluar dari bumi Allah,
syukurlah Danial kerana kamu terpilih menjadi Kampung BOY,
Kamu sangat bertuah sayang,
kamulah Kampung BOY yang dibesarkan di rumah pengasuh
Mama dan baba bayar untuk seorang pengasuh, tapi kamu dijaga oleh tiga orang,
mama baiyah, nani (nenek) dan kak long,
sungguh terjaga kamu.
Paling seronok, pagi-pagi bila mama hantar ke rumah mama baiyah,
mama baiyah akan bawa kamu hidup udara segar,
tengok bunga-bunga, kamu geram, lalu dikamu ramas bunga dengan tangan kecilmu,
tapi mama baiyah tak marah pun, digelakkan kamu..
katanya "Danial sudah pandai pegang bunga.."
Bila petang menjelma, Kampung BOY mama akan bermain-main diluar rumah,
merengek-rengek minta di bawa berjalan,
atau pun minta kawan, siapakah kawan Danial?
KAK MIMI...
kawan yang setia menunggu Danial sejak pulang dari sekolah...

Comments

  1. danial hebat! bestnye acik bace die mandi air gunung dgn telaga..khasiat utk badan yg bukan sikit..tak payah mandi ais...semoga membesar sebagai panglima Allah yang bakal membela agama islam insyaAllah!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

bila?

Danial sayang, bila kamu mahu mula berjalan? saya sendiri tidak tahu mama, Bulan depan kamu dah nak dapat adik, seronok tak? Seronok mama. Jadi bila kamu nak mula berjalan? Mama dan baba sangat tertunggu-tunggu. Kalau boleh, sekarang juga Danial nak berjalan, macam orang lain. Begitulah kononnya dialog mama dan Danial.  Mama dan baba sangat ingin melihat kamu berjalan, kamu pula suka merangkak saja. Mulanya risau juga, adakah anak mama ok? Siap bawa jumpa doktor lagi, mana taknya Ali Ilhamy, Irdina, Tasneem dan kawan seangkatan Danial sudah lama menjejak langkah... Tapi rupanya setiap yang Allah buat tu semuanya terbaik kan? Danial masih ingin memberi peluang kepada mama dan baba untuk mendukung mu sayang. Bila dah dapat kaki nanti, tak terkejar la pulak. Mama sebenarnya teringin sekali pergi ke masjid kita, sudah lama rasanya tidak melangkah ke sana,  rindu yang teramat mencengkam diri ini, mendengar kuliah bersama-sama baba. Tapi,...

Zahra : 7 bulan

Salam wbt..  Sudah lama mama menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang tak sudah-sudah hinggakan tak sempat nak update tentang diri dan anak-anak. WAN DAMIA AZZAHRA Alhamdulillah, Zahra sudah masuk 7 bulan sudah mula makan macam-macam.. buat masa sekarang, Zahra banyak makan makanan yang dibekalkan oleh cikgu PENGASUH yang sangat baik hati.. nak mengharapkan mama, lambatlah sikit sayang.. Rambut pun dah makin panjang..  Kalau pergi mana-mana, ada saja yang bekenan dengan rambut Zahra, katanya macam topi keledar, siap tanya apa petua mama buat sampai rambut lebat cam gini.. Tak ada apa pun nak dipetuakan.. memang dari lahir lagi rambut Zahra sedia lebat.. Zahra boleh meniarap sekitar umur 5 bulan 11 hari.. Bagus sayang, mama suka dengan perkembangan kamu.. Kamu anak yang sihat. Zahra anak yang sangat mudah dijaga.. mama bersyukur sangat.. Zahra macam faham jer mama ni keje jauh.. Pagi-pagi tak merengek pun, bila mama siap susukan sekitar pukul 6 ...