Skip to main content

Posts

Medina sebulan

Kelmarin.. 14.3.2015 genaplah puteri solehah mama berusia sebulan sekejap sungguh masa berlalu Alhamdulillah... keadaan anakanda sihat walafiat di bawah lindungan Allah genap sebulan juga Medina menyusu badan tetapi minum dalam botol memandangkan anakanda menolak direct feeding... mama? Tentulah tergolong dalam exclusive pumping mother... pagi petang siang malam.. mengepam ajelah kerjanya... mana idaknya.. baba kata, Medina kuat menyusu macam baby boy.. mama akan pam susu.. dan baba akan susukan Medina menggunakan botol.. Medina boleh abiskan 5 oz sekejap je..  

Kisah stroller

Assalamualaikum ... lamanya tak update blog disebabkan malas nak tengok screen lama-lama.. mata saya akan cepat berair dan sangat sensitif dengan cahaya yang terang-terang..  Bila pergi jumpa optometris, kena pakai sepek katanya sebab silau tinggi.. kali ni update tentang stroller.. hihi..mentang-mentang la nak dapat baby baru.. nak kena beli stroller ke? Tak de la sebenarnya..  kita gunakan yang mana boleh guna...  cuma, jika ada keperluan yang mendesak, bolehlah beli. Stroller pertama yang saya dan suami beli adalah jenama scr.. harganya dalam RM160.00.. masa tu pakai beli jer.. xtau pun ada yang canggih2 dan tahan lasak... beli pun dekat tesko ja.. alhamdulillah.. sempat jugak pakai setahun lebih.. lepas Danial dah sikit.. dia pun tak dok diam dalam stroller.. sampaila tempat duduk stroller tu selalu jatuh2.. xlarat nak baiki.. stoller tu memang dah tak sesuai untuk dia dan dia tak suka duduk sebab selalu tersepit sepit.. P...

36 weeks already!

Pejam celik minggu ni dah masuk 36 minggu sudah my third pregnancy.. kandungan ke 3 sungguh banyak menguji ketahanan tubuhku.. haa.. bermula dengan alergik gatai satu badan sehingga meninggalkan parut yang comei2 seawal kandungan 3 bulan sehinggalah kisah masuk keluar wad sampai dua kali.... kali pertama masuk wad ialah minggu lepas...  ya.. baru je last week masuk wad sebab doc suspek air ketuban kurang dan baby dalam kedudukan semi breech.  Dan semalam adalah kali kedua masuk wad sebabnya, doc kata ada bunyi kat jantung mommy sebenarnya bunyi tu doc Jamilah dah detect lama dan dah bagi appointment date kat klinik pakar jantung tarikh tu pulak kena masa cuti skolah ; 9.12.2014 Tapi masa tu, kami semua balik kampong jadi mommy buat2 lupa tarikh tu balik dari kg, kenalah bersyarah bagai ngan doc lepas masuk wad minggu lepas, doc bagi new date; 914.9.2015 Ha.. kan dah kena.. echo bagi tarikh pas bersalin.. jadi ingatkan benda tu tak serius kot......

Projek Kemas Rumah : Rak Mainan Anak

Minggu ni bermulah projek mengemas rumah besar-besaran punya..  maklumlah, bila saya dah pindah sekolah, banyak lah sikit masa untuk kemas rumah dan masak memasak...  projek minggu ni ialah nak kemas tempat simpan mainan dan buku-buku anak. disebabkan tak sediakan tempat khas untuk diaorang kemas mainan.. jadi ikut sukalah nak letak mainan tu... memandangkan bajet pun ciput aje.. saya ajak cik suami pergi giant..  nak cari rak yang murah tapi cantek pada pandangan mataku yang penting kalerfull sesuailah ngan tema anak-anak bila cite kata anak-anak yang mama nak beli rak kemain lagi xcited depa.. malam tu jugaklah kita orang paksa baba pasang rak tu Ni rak yang sebelumnya.. pakai rak kasut lama aja.. warna pon xberapa menarik.. kelabu asap ajo.. ruang yang ada pon kecik.. mana muat ngan mainan yang melambak.. Rak yang ni kami beli di Giant.. macam2 kaler ada.. kami pilih hijau, merah dan biru Tuan punya rak ; tak sabar me...

Peringatan Iman Buat Diriku

Bagi para suami. Bila isteri-isteri anda mengandung. Mohon beri nasihat dan teguran pada mereka s upaya : 1. Jaga solat sebaiknya. (Jangan bila mengandung, solat pun malas nak buat atas alasan tak larat, letih dan seumpamanya) 2. Jaga aurat dengan baik. (Dedah aurat sesuka hati, pakai ketat dan seumpamanya atas alasan sudah bersuami) 3. Jaga mulut. (Dari kata-kata cacian, umpatan, makian atau suka marah-marah pada suami dan seumpamanya) Sebab. Bagi wanita mengandung ini. Kita tak tahu kondisi terakhir kelahirannya kelak. Boleh jadi saat kelahiran itu adalah saat terakhir kita hidup. Bagi para isteri. Perbanyakkan minta ampun pada suami anda atas kesilapan lalu. Ringankan mulut berzikir dan membaca Al Quran. Jaga aurat anda sebaiknya,   tak perlu nak harapkan suami anda menegur dan menasihat, baru rasa nak tutup sana sini. Sekian. -  Has Linda Alias

Al Fatihah...

Al Fatihah buat sahabatku Nur, Pagi semalam, saya dikejutkan dengan masej dari suami, mengatakan bahawa, isteri kawan baiknya yang saya pernah jumpa beberapa kali telah pergi mengadap Ilahi Terpana seketika, mengenangkan arwah Nur, orang Marang, Terengganu, dia sebaya saya. Saya dan suami pernah berkunjung ke rumahnya di Pasir Gudang, terasa seperti baru sahaja pertemuan itu. Allah menjemputnya disaat dia sarat mengandung 8 bulan pendarahan bahagian belakang menjadi asbabnya, namun, semua itu rahsia Allah, Allah, syurga untuknya. Allah telah menjanjikan yang terbaik buat hamba Nya yang solehah . Ya, Allah, jadikan hari kematianku sebagai hari yang terbaik dalam hidupku.  

Alhamdulillah

Alhamdulillah.. Rezeki sememangnya datang dari Allah, Dia lah Maha Kaya, Maha Pemberi, Maha Pendengar Setelah 5 tahun merintih dan merayu, Dia memberikan saya tempat di Jitra tepat pada masanya... Alhamdulillah, syukur pada-Mu.. terlenyaplah segala duku, terhapuslah segala air mata. Moga Allah permudahkan segala urusan.. Moga Allah permudahkan langkah perjalanan hidup kami sekeluarga ke syurga Nya.