Skip to main content

Posts

~ Mama Homeschooling ~

Inspirasi daripada mamahomeschool  dan Bayt Al Iman , mama semakin bersemangat untuk menubuhkan ~Mama Homeschooling~ buat anak-anak mama. Ya, mama mendapat semangat baru hasil daripada penjelajahan di beberapa laman sesawang yang sangat membantu proses penubuhan  ~Mama Homeschooling~.  Cuma sekarang mama dan baba masih dalam proses pengumpulan dana bagi merealisasikan impian kami.  Papan tanda Papan tanda  ~Mama Homeschooling~  buat masa ini ialah ;  Sumber rujukan utama (buku teks) ; Buku teks utama dan tiada gantinya ialah kitab suci Al-Quran dan hadis. Lokasi Buat masa sekarang, bilik darjah yang dicadangkan belum wujud memandang rumah sewa kita tiada bilik. Kita akan belajar di mana-mana sahaja, termasuklah dapur, ruang tamu, hinggalah ke tempat tidur kamu. Bahan Pengajaran ; Mama sangat berminat untuk membeli beberapa bahan yang dapat membantu proses pembelajaran Danial dan adik-adik. Banyak benda mama aim, tunggu ada dana, insya ALLAH, ...

~ setiap ujian, pasti ada hikmahnya ~

Dalam melangkah menuju tumbesaran, anakanda mama diuji Allah dengan ujian yang sangat ringan berbanding insan-insan lain. Mama dan baba sentiasa doakan semoga Danial cepat sembuh, membesar sebagai rijal yang hebat, kuat dan bersemangat. Danial demam, mama basahkan kepala Danial dengan air asam jawa.. Demam-demam pun rajin nak baca buku.. Hebatnya anak mama, tak nangis pun..

~ Alahai anak ~

Hujung minggu kali ini, mama dan baba manfaatkan masa yang ada dengan membawa Danial pulang ke Jitra. Menjenguk Baiti Jannati yang sudah lama kita tinggalkan. Memang lumrahnya, rumah yang lama telah ditinggalkan akan dihuni oleh makhluk Allah yang lain. Mama sedikit geli, baba kata macam mana nak ajar Danial jadi berani kalau mamanya sendiri yang takut. Mama bukan takut ye sayang, tapi GELI, dengan cik Siti yang sudah mula berani-berani menjenguk dapur mama yang sudah lama tak berasap tu.  Mama dapat kesan kehadiran tetamu yang tak diundang tersebut semasa mahu mengemaskan meja makan untuk berbuka puasa, dia jenguk, mama pun jenguk, akhirnya kami sama-sama senyum, mama pun menjeritlah panggil Super Baba.  Tapi dalam geli-geli mama, boleh pulak anak teruna yang hebat ni pergi main-main di dapur hingga tapak kaki Danial jadi macam arang. Danial sangat aktif explore segenap ruang rumah kuarters yang sudah lama kita tak balik. Rumah ini agak lapang berbanding rumah sewa, jadi s...

~ ISK ; Muqadimmah ~

Alhamdulillah, semalam dengan izin Allah, mama sempat menelaah buku Ini SEjarah Kita (ISK), sangat teruja untuk menggali isi kandungannya. Namun mama hanya sempat menyelak dan meneliti bahagian muqadimmah, moga Allah memberkati semuanya. Sinopsis ; Kisah-kisah zaman anbiya' ada pengajaran bagi orang yang berakal, bukan satu rekaan. Sejarah adalah sebahagian daripada kehidupan yang melahirkan kita pada hari ini. Orang yang pandai akan menjadikan peristiwa semalam sebagai pedoman supaya hari ini lebih baik daripada semalam. "Seorang mukmin tidak boleh jatuh ke dalam lubang yang sama. " (HR MUslim) Seorang mukmin yang soleh tidak akan mengulangi kesilapan yang sama berulang kali. Kaum Yahudi adalah kaum yang terdidik daripada sejarah. Doktrin fanatik keyahudian ditanam sejak kecil hingga mereka benar-benar yakin bahawa mereka adalah bangsa pilihan Allah. Mereka menganggap mereka layak memperkudakan bangsa lain seperti tertulis dalam kitab Talmud. Mereka dias...

~ Hadiah Ramadhan ~

Alhamdulillah, Ramadhan ini melimpahkan banyak rezeki daripada Allah, rezeki daripada sahabat maya saya yang cukup saya kasihi kerana Allah taala. Mama rasa sangat bersyukur kerana Allah telah mempertemukan semula dengan sahabat lama yang mama sendiri belum pernah jumpa. Syukran jazilan ya ummu Muhammad. BUKU INI SEJARAH KITA

~ Ramadhan Danial ~

Sahur Mama kebiasaannya bangun lebih awal untuk memanaskan lauk pauk dan membuat sedikit persediaan untuk bersahur. Dan ketika itu jugalah Danial akan bangun minta disusukan. Bertuah sungguh, bangun minum susu untuk kejutkan mama dan baba bersahur. Apabila selesai bersahur, mama akan masakkan bubur untuk Danial bawa bekal ke rumah pengasuh, dan kebiasaannya Danial akan minta disusukan sekali lagi, nak bermanja-manja dengan mama sebelum mama dan baba keluar bekerja. Mama biasanya akan melayan sahaja, baba pula akan bersiap-siap untuk ke masjid. Danial makan strawberi, awak tak puasa ye? Sesungguhnya saya sedang berpuasa Sesungguhnya mama sedang berpuasa sayang. Puasa banyak mengajar erti kesabaran seorang ibu yang sangat kelemahan ini. Ibu kadang kala hilang kesabaran, lalu Daniallah mangsanya, mama akan geletek Danial sepuasnya hingga Danial terliang liuk kegelian. Itulah akibatnya. Geram sungguh tengok Danial semangat nak ke sana ke mari. Hilang sabar mama bila Danial merenge...

~ semanagat mendidik ~

Peperiksaan UPSR akan menjelang tiba tidak sampai 40 hari lagi. Saya sedikit rasa gentar memandangkan ini ialah hasil didikan tahun enam yang pertama buat saya. Pengalaman mengajar yang cukup cetek ditambah pula saya mengambil cuti bersalin selama tiga bulan memberikan kesan kepada prestasi anak murid. Namun, apa pun saya tabahkan hati untuk teruskan semangat mendidik anak-anak muslim yang dahagakan ilmu. Mengajar di kampung sebenanya punya banyak cabaran. Cabaran daripada perangai anak-anak murid yang dikasihi. Anak murid yang tidak bersalah itu. Anak murid yang banyak dipaksa untuk belajar, bukan seikhlas hati datang ke sekolah. Datang ke sekolah setelah menerima hadiah rotan  dan kemarahan ayah ibu. Anak didik yang ayah ibunya tidak solat dan menutup aurat.  Bagaimana mahu mendidik? Bagaimana saya mahu mendidik, anak yang ibunya tidak menutup aurat, anak yang ibunya mengajar dia membuka aurat, saya sungguh malu, kerana pada suatu hari, anak tersebut datang ke rumah s...