Inspirasi daripada mamahomeschool dan Bayt Al Iman , mama semakin bersemangat untuk menubuhkan ~Mama Homeschooling~ buat anak-anak mama. Ya, mama mendapat semangat baru hasil daripada penjelajahan di beberapa laman sesawang yang sangat membantu proses penubuhan ~Mama Homeschooling~. Cuma sekarang mama dan baba masih dalam proses pengumpulan dana bagi merealisasikan impian kami. Papan tanda Papan tanda ~Mama Homeschooling~ buat masa ini ialah ; Sumber rujukan utama (buku teks) ; Buku teks utama dan tiada gantinya ialah kitab suci Al-Quran dan hadis. Lokasi Buat masa sekarang, bilik darjah yang dicadangkan belum wujud memandang rumah sewa kita tiada bilik. Kita akan belajar di mana-mana sahaja, termasuklah dapur, ruang tamu, hinggalah ke tempat tidur kamu. Bahan Pengajaran ; Mama sangat berminat untuk membeli beberapa bahan yang dapat membantu proses pembelajaran Danial dan adik-adik. Banyak benda mama aim, tunggu ada dana, insya ALLAH, ...
usaha keras dari sekarang untuk kesenangan pada masa hadapan.