Alhamdulillah, sekejap je rasanya masa berlalu. Sudah 2 bulan mama menyusukan Zahra, banyak perkembangan yang telah berlaku sepanjang proses menyusukan tuan puteri ni. Setakat ini, perkembangan berat Zahra amat memuaskan hati mama.
1 bulan - 2.4 kg
Zahra yang dah bersiap cantik nak g ke Klinik Pakar, HSB kejadian berlaku pada hari ke 28, |
2 bulan - 3.56 kg
Zahra yang baru balik dari kampung.. Dah mula bam-bam.. |
Pun walau bagaimana, mungkin ada yang mencebik, keciknya Zahra, namun mama amat bersyukur kerana Zahra kini dalam keadaan sihat walafiat, biarlah berat Zahra mungkin kurang sikit, masih dalam border kuning, tapi BMI Zahra adalah normal OK! sangat sesuai dengan ketinggian dia.
sebuln je da berkilo lebih naek..penangan susu cap mama bunga!
ReplyDelete