Skip to main content

~ 10 bulan, semakin soleh ~

Menjelang genapnya umur Danial sepuluh bulan, kemanjaan Danial semakin terserlah. Orang kelantan kata manjo dene. Danial dulu dan kini sedikit berbeza. Dulu Danial lebih suka bermanja-manjaan dengan Baba berbanding dengan mama kerana mama sering keletihan. Kini apabila semakin besar, dan setiap hari Danial akan menemani mama apabila Baba balik ke Jitra, sudah tentunya Danial lebih suka memerap  dengan mama.

Suka di dukung
Memang lumrahnya anak kecil suka didukung. Bila sudah pandai berjalan dan berlari, tidak lagi. Kebiasaanya suka didukung akan bertukar kepada lebih suka bebas meneroka dunianya sendiri. Oleh itu, mama tidak pelik jika Danial selalu merengek-rengek minta mama dukung setiap petang atau bila-bila masa Danial rasa kebosanan. Mama suka dukung Danial walaupun berat Danial kini sudah 8.4 kg. Bila dukung Danial, mama boleh peluk cium Danial. Mama akan gurau-gurau dengan Danial. Sangat seronok.

Nak ikut!!!!!!!!!!
Mungkin itulah yang Danial katakan setiap kali Mama atau Baba nak keluar rumah. Apabila mama sarungkan jubah dan tudung, Danial akan cepat-cepat menuju ke arah mama. Danial tahu mama akan keluar rumah. Danial menjulur dengan pantas dan cekap sekali. Seolah-olah askar yang sedang mengekori musuhnya. Mama dan baba akan tergelak melihat lagak Danial. Sungguh lucu dan comel. Danial juga akan tahu bila Baba nak keluar. Baba akan ambil kunci kereta dan Danial akan cepat mengekori, sungguh pandai anak mama.

Kebolehan melambai
Perkembangan psikomotor Danial bertambah lagi. Danial kini pandai melambai-lambai apabila melihat sesiapa sahaja naik kereta. Mama juga terkejut dengan perkembangan ini. Bila mama ceritakan kepada Baba, baba sendiri tidak sabar nak tengok. 

Dapat adik! 
Inilah sebenarnya punca Danial menjadi semakin manja. 
Danial mahukan tumpuan dan perhatian. 
Mama dan Baba sedaya upaya untuk melayan Danial.
Bermain, bergurau, bergelak ketawa,
Insya Allah, Danial tidak akan rasa tersisih.
Adakah ini hadiah mama dan baba sempena Danial 10 bulan?
Mama tepis segala hasutan yang suka untuk memesongkan kepercayaan akidah kita. 
Adik Danial adalah rezeki dan anugerah buat kita semua. 
Ya, memang kebelakangan ini kita sekeluarga dilimpahi dengan pelbagai rezeki yang tidak diduga.
Syukur pada Allah.

Bercerai susu
Perlukan  Danial bercerai susu dengan mama.
Mama sebenarnya sangat berat untuk itu. 
Mama masih lagi mencari pembekal susu KariHome disekitar Jitra,
Itulah ganti susu ibu yang terbaik buat Danial pada masa ini.
Mama tahu, nilainya tidak sama dengan susu ibu, tapi tidak boleh terus menyusu.
Tekanan darah mama rendah, 89/120, 
mama dinasihatkan bercerai susu, sedihnya, menangis mama tengok Danial merajuk bila susu makin kurang.
Danial buat-buat meragam, minta perhatian,
mama, Danial nak susu mama!
mungkin itulah rintihan  Danial.

Comments

  1. tahniah cik wan junior! tahniah juge untk fa sekeluarga..wah nak bertambah dah ahli baru..ni yg jeles nih.. ;)

    p/s; takpe fa memang kewajipan kite tambah susu die sebab keperluan danial pun bertmbah..ditambah dgn baby..ni nak bergantung tu je dekat dgn mama..

    ReplyDelete
  2. tahniah !!!(excited nih) hihi...
    semoga sihat dan sentiasa dalam redho dan berkat dari Ilahi.

    ReplyDelete
  3. syukran.. kami sekeluarga mendoakan yang terbaik buat che' adil sekeluarga.. moga semuanya mudah.

    nanti Muhammad juga akan dapat adik.. tunggu giliran jer..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

~ cameronian ~

alhamdulillah minggu lepas, kita sekeluarga sempat bercuti di Cameron Highland.. Inilah kali kedua mama dan baba ke sana. Sebelum ni kami pergi berdua sahaja, kini kami datang bertiga. Kedatangan kali ini bertujuan untuk mengimbau kenangan manis mama dan baba, dan melaksanakan agenda percutian keluarga yang tertangguh. Sepatutnya kita ke sana minggu cuti sekolah, tapi disebabkan belum diizinkan Allah, minggu lepas baru kita berkesempatan.  Perjalanan dimulakan pada pukul 4.45 pagi. Memang awal, mamalah yang paling bersemangat bangun awal, mengejutkan baba dan Danial. Kesejukan air bukit di Kuala Pegang mennyegarkan kami. Dari bertolak hinggalah sampai ke Hentian Sungai Perak, mama dan Danial ketiduran. Kesian baba memandu keseorangan. Kami tiba di Simpang Pulai lebih kurang pukul 8.30 pagi, baba memang tak drive laju sangat. Saja nak menikmati keindahan alam yang masih menyegarkan, bebas daripada asap kenderaan.  Perjalanan waktu pagi yang sungguh indah..  Baba, mam...

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

~ Cuti-cuti Indah ~

Percutian kali ini sungguh indah, seronok dan relax buat mama. SEronoknya dapat bermain-main dengan Danial, melayan benda-benda baru yang Danial baru belajar dan sangat teruja tunjukkan pada mama. Banyak sangat perkembangan Danial yang mama dapat lihat sepanjang cuti sekolah ni.. Seronok, rupa-rupanya anak mama sangat pandai. Doa mama buat Danial. Perkembangan setahun Mama masih belum puas bercerita tentang kamu sayang. Rasanya terlalu banyak nak coretkan. Danial menunjukkan perkembangan psikomotor yang sangat memberangsangkan. Walaupun masih belum boleh berjalan, Danial merangkak tersangatlah laju. Danial juga kuat memanjat. Pantang nampak tangga dan grill  mesti nak panjat. Ada yang geleng  kepala melihat aksi Danial. Alhamdulillh Bila Danial berdiri, sudah jarang sekali jatuh-jatuh. Moga Danial cepat-cepat boleh berjalan kerana perut mama pun semakin besar, Danial pun sudah 10 kg,... mengah juga mama dan mendukung kamu sayang.  Mana tak 10kgnya, Danial kuat ...