Skip to main content

Posts

Mac already..

Alhmdulillah.. sudah masuk bulan mac cepat sungguh masa berlalu adik zahra dah masuk setahun rupanya sehingga kini mama belum pernah update story pasal breastfeeding adik. bukan tak mau citer, tapi masih dalam tempoh bertenang..huhu my sweet ZAHRA is 11 months adik zahra sudah hampir masuk 11 bulan alhamdulillah.. masih fully menyusu dengan mama nak sampai tempoh setahun ni, banyak sungguh cabaran nak bf rupanya baru mama tahu, sebab sebelum ni masuk 5 bulan dah kalut nak campur fm dah. tu sebab tak de knowledge pasal breastfeeding ibu-ibu memang kena rajin membaca untuk tambah ilmu tentang bf ni.. alahai seksanya nak menulis sebab abang danial dah "patahkan" mama punya huruf-huruf keyboard ni.. patah tu samalah dengan cabut.. kita teruskan pasal adik zahra.. tiap-tiap hari mama kelekla pam spectra yang besar gedabak tu ke hulu ke hilir untuk pumping kadang-kadang ada student tanya, cikgu bawak apa tu? mama senyum je.. ada hari, bawak sajer je pam tu, tak...

Sweet January

 Januari 2013 telah pun membuka tirainya.. Tapi mama baru berkesempatan untuk update di sini.. Maklumlah, kesibukan menguruskan bintang hati Malam ni, Baba sibuk memeriahkan PROGRAM LANTUNAN MAHABBAH di Stadium Suka Menanti, jadi adalah sedikit ruang untuk buka lap top.. Jika tak, memang kurang rajin nak mengadap,.. Kali ni, mama nak coretkan kenangan kita ke KL minggu lepas.  2 tujuan utama kita ke KL: 1) walimah anak ayah Jib, tok sedara adik ngan abg, sepupu mama 2) IKEA  DAY 1 Rabu, 16 Januari Kita bertolak dari rumah dah lewat pun, dalam pukul 7.00 malam. Itu pun sebab kita terpaksa bertolak tergesa-gesa dek kerana baba dapat surat kena pergi kursus Jika ikutkan jadual asal, kita akan bertolak hari Khamis, 17 Januari, terpaksalah mama ambik cuti. DAY 2 Khamis, 17 Januari Hari ini baba pergi kursus, mama pulak temankan Cik Ma yang masih bercuti selepas keguguran. Anak-anak Cik Ma semua bersekolah, jadi tinggal kita je kat...

P.A.S.I.R

Danial suka sangat main pasir, batu-batu kecil dan tanah-tanih. Ini satu perkembangan yang bagus sebab dapatlah mendekatkan Danial dengan alam. Lebih baik main dengan pasir daripada main game, kan Danial? Bila balik kampung, inilah peluang untuk Danial main sepuasnya. Maklumlah, rumah kita tak bertanah. Nak main pasir, kenalah pergi pantai. Ini episod Danial bermesra dengan alam di kampung Tok Ki semasa cuti sekolah ni. Baru jumpa alat ni. Sangat teruja. Main sorang-sorang je. Tak de kawan. Ni Pak Cik Sepupu Danial : Udin yang tiba-tiba muncul. Main jangan tak main. Kusyuk sungguh. Nak korek lubang, kemain lagi. Mama, kom buat rumah! Danial angkat pasir letak dalam pasu nenek Mama, ni pokok apakah? Abis tangan kotor. Meneroka alam. Pengkaji sedang meneliti pokok ciptaan Allah. Akhir sekali: PEACE FOR GAZA

Susu Danial

Sekadar berkongsi Danial kini minum susu ILHAM, keluaran ebunda

Balik Kampung : Selising

Suasana di kampung sememangnya menjanjikan ketenangan.. Kat kampung, Danial suka kejar ayam itik tok ma, main air cha, main pasir. Semuanya seronok buat Danial..  Yang pakai spek tu Tok Ma Danial, yang tersenyum manis tu Mama Da.. rancak berbual bual anok beranok.. Baru lepas masuk bawah rumah, kejar kucing, xdapat pon.. Termenung atas gere Sepupu seangkatan dengan Danial ditambah dengan abang Kamil yang tersengih, Danial, Akif, Aisyah Tengok Ayah Dil siang ikan yang dibela belakang rumah Tok Ma Bahagianya baba tersenyum Inilah Tok Bah Danial.. 

10 wasiat Imam Hassan al Banna

Jika terdengar azan,maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu. Perbanyakkan bacaan al-Quran,selalu membuka kitab2 untuk menambah ilmu,pergi ke majlis2 Ilmu,perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah. Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang Fushah kerana Bahasa Arab yang betul (Fushah) adalah lambang(syiar) Islam. Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaranyang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah. Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang. Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia mala...

Sanah helwah ya Danial!

Salam Rabu yang berkat buat semua.. Hari ini adalah hari kelahiran Danial yang kedua Selamat Hari Lahir Sayang Moga Danial jadi anak hebat Moga Danial jadi penghuni syurga Moga Danial akan jadi pejuang di Palestin Moga Danial Bahagia dunia dan akhirat Moga Danial terus memberikan keceriaan buat kami semua.