Skip to main content

~ Danial sudah lima bulan ~

Alhamdulillah syukur pada Allah, hari ini sudah 5 bulan anakku Danial menghirup udara segar di bumi Allah. Rasa mahu menitis saja air mata mama melihat hebatnya kurniaan Allah terhadap diri yang penuh dosa ini. Kini anak mama;
  • ketawa sakan.. suka dilayan-layan dan dimanja-manja
  • pagi tadi dah boleh meniarap, tu pun setelah bekerja keras..
  • mula cam muka mama, bila dengar suara mama terus senyum.. nampak muka mama tersengih-sengih
  • badan dan sedompol.. tak timbang lama dah, mama rasa-rasa Danial dah 7 kilo apo.. syukur sangat2..
  • bila balik kampung, ramai yang tak cam Danial.. macam tak percaya depa kata.. 
  • paling TERHARU, Danial dah membebaskan mama daripada gelaran pengepam tegar...ALHAMDULILLAH.. besarnya kuasa Allah.

Comments

  1. nak panggil ahmad ke danial? ;) tembamnye die ifa..mama die yg maintain lagi..lenguh tu nk tunggu dapat kaki..

    p/s: lappy ade jual kat pasa rusile jumaat mase kuliah tok guru ;) tapi cepat juge punohnye..baik beli flash card ke buku al furqon bace dengan lil mujahid ahmad! ;)

    ReplyDelete
  2. zefa ade jual CD murah..kite baru belikan Muhammad 8 CD buat tambah koleksi kat http://www.qqbabyshop.com/
    insyaAllah elok mterial die walaupun murah..pahtu kite pilih button lagi. trylah tengok2..

    ReplyDelete
  3. nak biasakan panggil dua-dua.. Abahnya dah terkenal dengan Mad, jadi anaknya pula..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

Tambah susu

Salam wbt.. Sehingga kini, alhamdulillah Zahra solehah saya masih lagi menyusu badan dan belum minum sebarang susu formula. Zahra juga diberi makan bubur dengan makanan harian yang sama dengan mama, baba dan abang Danial. Adik menunjukkan penerimaan yang baik, cuma kadang kala ada juga yang sembelit. Hari ini nak berkongsi tips untuk menambahkan susu badan yang saya amalkan, dan alhamdulillah berkesan juga la.. : Makan biskut/nasi.. Bila susu xda, kena makan nasi banyak-banyak walaupun tak lalu.. Pizza. saya lebih suka domino. Nak buat sendiri tak reti.. Pernah buat tapi keras sikit. Mungkin tersalah adunan. Cheese tart.  Cheezy wedged, boleh buat sendiri kat umah. Minum madu plus susu. Madu yang saya makan mengandungi habbatus sawda.. jadi memang bagus sangat. susu melimpah.. kenalah merajinkan diri dengan ikhlas untuk makan supaya anak dapat minum susu yang terbaik.. I LOVE BF.

~ cameronian ~

alhamdulillah minggu lepas, kita sekeluarga sempat bercuti di Cameron Highland.. Inilah kali kedua mama dan baba ke sana. Sebelum ni kami pergi berdua sahaja, kini kami datang bertiga. Kedatangan kali ini bertujuan untuk mengimbau kenangan manis mama dan baba, dan melaksanakan agenda percutian keluarga yang tertangguh. Sepatutnya kita ke sana minggu cuti sekolah, tapi disebabkan belum diizinkan Allah, minggu lepas baru kita berkesempatan.  Perjalanan dimulakan pada pukul 4.45 pagi. Memang awal, mamalah yang paling bersemangat bangun awal, mengejutkan baba dan Danial. Kesejukan air bukit di Kuala Pegang mennyegarkan kami. Dari bertolak hinggalah sampai ke Hentian Sungai Perak, mama dan Danial ketiduran. Kesian baba memandu keseorangan. Kami tiba di Simpang Pulai lebih kurang pukul 8.30 pagi, baba memang tak drive laju sangat. Saja nak menikmati keindahan alam yang masih menyegarkan, bebas daripada asap kenderaan.  Perjalanan waktu pagi yang sungguh indah..  Baba, mam...