Skip to main content

Posts

♥cuti♥

Entri tertangguh ~ lama dah tulis, tapi tak boleh nak publish sebab kat kampung tak de line... Cuti akhir tahun bermula sudah cutinya hampir sebulan setengah masa berharga bersama buah hati si pengarang jantung yang besar sudah cuti yang panjang  perencanaannya perlulah kemas kerana masa harganya lebih mahal dari emas bila cuti teringatkan sekolah ada kerja yang tak sudah harapkan jarak jauhkan langkah jika tidak sampai sudah Bila cuti, ayah bonda telefon mengharapkan cucu pulang ke kampung mana tidak, cucu 2 saja pun Tempat mencurah kadih dan sayang walau cuti anakku tetap ke nurseri kerana bonda ada urusan belum selesai hantar lambat balik moga anakanda aman di sana.. nanti pulang kita bermanja- manja kerana kamu pasti lebih selesa rumah bersih makanan tersedia.. selamat menjamu penuh selera.. i ♥ u anak-anak

Cuti Krismas

Ni pengalam pertama bawa my two D's pergi taman rusa di Uum Seronok sungguh Danial dapat bagi makan kat mousedeer Damia berani sungguh.. boleh je pergi dekat sikit Danial baling dari jauh je..  Alahai rusa; berebut-rebut nak roti yek. Jinak sungguh rusa kat sini.. yang penting, masuk adalah percuma.. Baba pegang tangan adik, tak sangka adik sangat berani.. berebut dengan baba nak bagi roti kat rusa Adik yang over excited; tangan berenti tunjuk mama, tengok bebek tu bukan bebek dik, mousedeer Habis 2 bungkus roti, tapi rusa tak kenyang; kata Danial Adik bangun awal, mandi awal.. xsabar nak pergi jalan adik, mana tudung tutung..tutung..  cepat2 cari..pastu kalut nak pakai.. pakai elok kemain masuk dalam kete.. terus tanggal.. simpan katanya..

♥ my school ♥

SK KAMPONG KOTA BUKIT 50 kilometer dari Jitra but i ♥ this school so much bilangan murid : 221orang Bilangan guru : 19 orang hanya ada 2 bangunan sekolah terletak di Kg Kota Bukit.. My staffroom.. baba kata : kesiannya cikgu, kena dok dalam bilik gini... mama kata: tu la cikgu, banyak terima apa yang tersedia.. Rph yang wajib kena buat setiap hari...  Meja kerjaku.. tak boleh tunjuk banyak2, bersepah bagai..

our jannah

Inilah rumah iman kami penuh simple bersahaja tiada yang istimewa kecuali penghuninya...huhu sentiasa riuh rendah... tak tahulah apa jiran2 kata... Syurga ni selalu riuh dengan suara danial bergusti dengan baba.. jika diikutkan kata hati, banyak mende lagi nak beli dan tambah tapi biarlah dulu, sementara anak besar, gunalah apa yang ada dulu beli macam- macam barang menyempitkan ruang yang tak berapa nak luas.. tambah lagi, ruang atas langsung tak digunakan.. hanya untuk simpanan barang.. Ruang sink mama yang menjadi tempat mainan anak... Ruang menonton tv.. sama ruang ngan tempat anak sepahkan mainan.. ini hanya lakonan semata-mata ye.. kalu ikut kebiasaan, nak pijak lantai pun tak leh.. bersepahan mainan.. Ruang tamu.. hanya kerusi panjang yang ada ...kalu dtg ramai-ramai, ikut sunnah nabi..kena duduk atas lantai.. Ruang yg sengaja dilapangkan untuk memudahkan laluan trafik anak-anak..senang nak main kereta dan motor... senang juga nak solat jema...

♡ oh my danial!! ♡

Pagi-pagi lagi, lepas tuang sebakul mainan yang mama baru kemas, Abang Danial mengalunkan iqamat dan terus solat sambil duduk dengan bacaan versi 2 tahun 10 bulan.. Main lego.. lego tu beli masa Danial umur 8 bulan lagi.. skang nak cari yg macam tu payah nak jumpa. Tengok kat cmart minggu lepas ada la, tapi harinya sekali ganda.. kn tunggu mama kumpul duit dulu la...  Sebakul bola-bola kecil ditaburkan sekitar ruang tamu.. bersabarlah wahai hati..

♡ mewarna ♡

Semalam, balik dari taman permainan menyinggah sebentar di cmart abang danial mengamuk nak beli buku mewarna nasibla murah saja maklumlah, mamamu sedang menabung sekarang,  Tiada perbelanjaan melebihi bajet, ok!

riadah

Badan sihat, otak cerdas bawa anak bersukan di poli